Singapore siapa yang tak kenal antara negara yang dikenali sebagai antara negara yang terkecil di seluruh dunia. Walaupun kapasiti yang kecil tapi negara Singapore juga antara negara yang termaju dan disegani berbanding dengan negara asia yang lain.
So, bila korang nak melancong antara negara terdekat yang wajib korang kena pergi adalah Singapora. Jangan tak tahu, kecil-kecil negara ini ada juga kemudahan pelancongan yang sangat menarik seperti Taman tema Universal USS, Gardens, Jurong Bird Park dan banyak lagi. Ramai yang kata kalau nak shopping terutamanya perfume or Smartphone, singapore antara yang termurah.
Tempat Menarik Di Singapore
- USS SingaporeUniversal Studio Singapore sangat sesuai untuk semua golongan yang bukan sahaja tertumpu pada kanak-kanak sahaja. Antara teman tema yang menarik dalam ini antaranya ialah Lost World, Madagascar, Sci-fic city, Taman hollywood dan banyak lagi.
- Gardens By The BayBagi mereka yang gemar dengan suasana alam semula jadi di tengah-tengah bandar ini adalah tempat yang sesuai. Merupakan sebuah taman yang dipenuhi dengan tumbuhan semula jadi dalam satu kubah dan mempunyai tiga (3) taman yang berlainan iaitu Bay Central Garden, Bay South Garden dan Bay East Garden. Waktu terbaik untuk melihat kemeriahan dalam taman ini pada waktu malam sekitar 7-9 malam
- Singapore Flayer
Nak tengok suasana Singapore dari atas boleh naik roda gergasi dan dapat melihat suasana singapore sekitar 30 minit. Jangka masa yang boleh dikatakan panjang dan sangat memuaskan untuk melihat suasana singapore.
Tempat Makan Best Di Singapore
- Makansutra Gluttons BaySesuai untuk pelancong yang ingin makan sambil melihat pemandangan Marina Bay dan Singapore Flyers. Ini antara gerai yang halal untuk di makan Redhill Rong Guang BBQ Seafood, Thai Yummy Food, Huat Huat Chicken Wing & Carrot Cake, Old Satay Club Mee Goreng, Alhambra Padang Satay dan Sweet Spot
- Lau Pa Sat Festival MarketAntara salah satu tempat makanan yang hampir keseluruhan gerai adalah halal untuk dimakan. Pelbagai jenis makanan yang dijual dari menu vegetarian sampailah makan besar dengan family.
- Newton Food CenterJuga antara tempat makanan yang terkenal dikalangan pelancong. Tempat ini terkenal dengan makanan laut (seafood). Sesiapa yang nak makan makanan laut ketam semua boleh datang sini. Antara gerai yang halal, Lucky Newton Seafood, Hajah Monah Kitchen, Al-Amin Indian Muslim Food, Razzaq Kum, Takara Grilled Seafood dan banyak lagi.
- Singapore Food Trail, Singapore FlyerMerupakan pusat Street Food yang terkenal di sini antaranya ialah Katong Road, North Bridge Road, Syed Alwi Road, Bugis Street dan Perak Road. Suasananya membuatkan kita seolah-olah berada di zaman 60-an.
Tempat Shopping Di Singapore
- Mustafa Centre
Tempat shopping yang dibuka selama 24 jam. Pelbagai barangan yang dijual kat sini antaranya ialah Smartphone, alat elektronik dan juga souvenir - Lucky PlazaDi sebut antara tempat shopping murah kat sini. Produk murah antaranya ialah Jam, aksesori, pakaian dan banyak lagi. Dikatakan produk yang jual di sini adalah dari Filipina.
- Bugis StreetAntara beberapa jalan yang terkenal dengan jualan yang boleh dijadikan sebagai cenderahati seperti magnet, dompet, beg, baju dan banyak lagi.
Melancong dengan Traveloka
Amacam? Banyakkan tempat menarik kat singapore ni? No wonderlah ramai pelancong datang ke sini untuk melihat suasana negara singapore yang kecil tapi maju.
Kalau nak melancong ke Singapore dengan cara jimat bolehlah guna melalui traveloka app untuk tempahan tiket penerbangan dan juga hotel. Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia, malah tawaran yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair. Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download)
Traveloka sekarang sekarang ada menawarkan promosi diskaun hanya untuk 3 (tiga) hari sahaja sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan dengan melakukan tempahan di Traveloka App
Syarat Mudah dapat Diskaun Traveloka
- Hanya penerbangan ke Singapore melalui Traveloka App sahaja
- Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon ini [SEAFLYSIN] ).
- Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138.
- Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
- Booking period (flight): 14th July (Jumaat) - 16th July (Ahad)
- Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
- Travel period: anytime
- Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi
Jangan lepaskan peluang untuk diskaun menarik hanya 3 hari, promosi potongan harga (discount) sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan hanya melalui Traveloka
Untuk destinasi lain dengan tawaran yang menarik sila layari website traveloka [DISINI] dan download aplikasi traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini,
13 Comments
Waah dah travel habis singapore ni. Macam best. Tempat-tempat yang dikongsikan pun menarik
Waaa best nya .. In shaa allah kalo ada rezeki ke sana nak lah singgah sini =)
Belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Singapore walaupun saya pernah belajar di Johor selama 6 tahun setengah... Dah beberapa kali juga buat perancangan nak ke sana, tapi ada sahaja halangan... huhuhu...
In Shaa Allah, kalau ada peluang pergi ke sana boleh saya cari tempat ni...
Salam ukhuwah. Singapore food trail - Banyak juga rupanya street food yang terkenal di Singapore. Bugis Street antara yang selalu disebut kebanyakan kenalan yang pergi ke sana.
sungguh menarik juga tawaran ini..
siapa yang mampu boleh la melancong ke Singpura
Saya pun ada bercadang untuk pergi kesini insha Allah lah satu hari nanti :D terima kasih untuk perkongsian
Jalan jalan ke Singapura lagi jimat guna pengangkutan awam.
Semakin popular nampaknya Traveloka sekarang, senang nak pilih tempat penginapan dengan harga yang bersesuaian
Banyak juga tempat makan yang menyelerakan di singapura
yang penting halal dan harga berpatutan
singapore memang best weh, rugi kalau tak terjah hehe
ada rezeki dapatlah ke sana. boleh dijadikan rujukan dan panduan kalau masih tercari-cari tempat makan yang menarik di sana. tambahan pula disertakan sekali tempat menarik dan tempat shopping yang boleh dilawati di sana.
Skrg saya baru nak jimat duit untuk travel ke Singapore lagi currency put tinggi juga.
kumpul duit sebanyak yang boleh. hehe