Makanan Asli Thai di Restoran Thai Tomyam Kung Di Presint 8
Rasa dah lama tak makan makanan thai time tulah nak cari restaurant thai yang best-best.. Usha-usha kat google tengok makan tempat makan thai yang best kat putrajaya. Maka, terjumpa lah satu good review pasal restaurant ini iaitu Restoran Thai Tomyam Kung. Bermula lah pencarian kedai ni kat sana...
Suasana Restoran Thai Tomyam Kung
Suasana kat sini pun sangat besar, bersih, ada aircond then sekali tengok macam ada rupa kedai mamak pun ada.. Pekerja pun macam berasal pure dari Thailand..
Kalau kedai penuh kat dalam terpaksa lah korang makan kat luar yang tak ada aircond.. kalau petang memang panaslah, tapi kalau malam sejuklah nak makan pun senang.
Sedap Ke tak Restoran Thai Tomyam Kung
First time datang sini agak blur jap nak order mana satu menu kat sini.. Sebab jarang sangat makan makanan thai..So, main bedal je order makanan. Kitaorang order Tomyam Kung, Ikan Siakap stim lemon, Sotong goreng Black Peper dengan sayur. Order banyak tapi yang makannya cuma dua orang je.
Minuman kitaorang order teh hijau ais dengan teh ais...
[caption id="attachment_7151" align="aligncenter" width="720"] Teh Hijau dan Teh ais[/caption]
Rasa memang kaw-kaw memang pure punya makanan thai. tetiba teringat makanan thai kat krabi dulu... Dengan tomyam kung penuh santan unik lain dari tom yam Malaysia..memang meleleh kalau hirup tapi pedas sangat.. kalau yang memang suka makanan pedas order tomyam kung.. ikan siakap stim limau pun memang terbaikk rasanya.. rasanya buat korang terangkat senang cakap. :D
[caption id="attachment_7146" align="aligncenter" width="720"] Tom Yam Kung[/caption]
[caption id="attachment_7147" align="aligncenter" width="720"] Ikan Siakap Steam limau[/caption]
[caption id="attachment_7152" align="aligncenter" width="720"] Sotong Goreng Black Pepper[/caption]
Tak percaya korang kena pergi rasa kedai ini... gerenti tak menyesal.. plus, ramai sangat yang datang kedai ini masa datang lagi-lagi time nak malam... kebanyakkan family yang datang sini. Bila ramai yang datang sini maknanya sedaplah tempat ni..
Lokasinya - No.A1-G-5, Ayer@8, Jln P8G, Presint 8, 62050 Putrajaya.. Kalau korang pandai ikut google maps or waze ke memang sampailah sini... jangan sampai sesat sudah.. kawasan ini agak belakang sikit boleh kata tersembunyi skit sebab belakang apartment or kawasan perumahan...
Get notifications from this blog
nama Unik..
ReplyDeleteBila tengok dalam gambar cukup menyelerakan...
Boleh cuba ni kalau pergi ke Putrajaya..
suka gak makanan thai, memang kena dengan selera
ReplyDeleteTempat saya pun ada kedai tom yam yang sedap
ReplyDeleteTom yam pok tek nya mengancam
Pedas dan pekat
Kalau pergi putrajaya memang tak sah tak makan
ReplyDeleteBanyak tempat makan best
waduh waduh waduh, tercabar iman hehe
ReplyDeletekena singgahla kalau ke putrajaya
ReplyDelete