Berikut adalah
perkongsian dari Dr Khairul Hafidz berkenaan dengan cara
pemakanan sewaktu di bulan ramadan.
Saya yakin buat
mereka yang ingin menurunkan berat badan, bulan Ramadhan adalah bulan yang
ramai orang tunggu-tunggu, kerana orang rasa waktu inilah paling mudah nak
turunkan berat.
Jawapan ya dan
juga tidak. Bulan Ramadhan boleh menjadi pemangkin untuk turun berat lebih
banyak atau ianya adalah pintu jahanam diet yang dah kita amalkan.
Tips Cara
Pemakanan Yang Berkesan
Beberapa tips
cara pemakanan yang boleh saya berikan:
SAHUR
1. Makanan
karbohidrat kompleks seperti nasi perang atau roti wholemeal yang memerlukan
waktu yang lebih lama untuk dicerna, menyebabkan kita mampu menyimpan tenaga
lebih lama untuk berpuasa.
Jika tak mampu,
makanan berkarbohidrat lain pun boleh, penting untuk bekalan tenaga kita.
2. Makanan
tinggi serat supaya kita berasa kenyang lebih lama. Contoh buah-buahan dan
sayur-sayuran.
3. Protein
supaya perasaan puas makan kita dapatkan. Contoh: ayam, ikan, daging.
4. Elakkan
minuman berkafein kerana kafein bersifat diuretik, maknanya kita akan kerap
kencing.
Lebih kerap
kencing, lebih banyak air yang keluar dari badan hingga boleh menyebabkan
dehidrasi. Contoh minuman berkafein seperti teh, kopi dan minuman berkarbonat.
5. Elakkan
makanan tinggi garam. Boleh menyebabkan dehidrasi juga.
6. Banyakkan
minum air masak. Air masak mengandungi zero kalori yang sangat baik untuk
menjimatkan kalori per hari kita.
Tetapi jangan
minum terlalu banyak pula, cukup 2-3 gelas kerana kalau minum terlalu banyak,
lebih banyak pula kencing. Kurangkan air manis banyakkan minum air masak.
BERBUKA PUASA
1. Awalkan
berbuka (maknanya berbuka setelah azan Maghrib, jangan buka waktu dhuha pulak)
2. Berbuka
dengan makanan gula ringkas seperti kurma. Ia bantu berikan tenaga dengan cepat
3. Kawal nafsu
makan! Makan makanan yang berkualiti (pinggan makanan yang mengandungi
karbohidrat, protein, lemak, garam mineral dan vitamin)
4. Banyakkan
minum air masak dari air manis. Di samping zero kalori, ia bantu untuk
menghidrasi kembali badan.
Cara
Pemakanan Jangan Berlebihan dan Membazir
Yang terpenting
dalam diet sewaktu berpuasa adalah untuk tetap MENGIRA KALORI.
Penyebab ramai
orang yang kekal berat badan atau makin naik berat badan kerana mereka gagal mengawal
nafsu makan.
Bersahur
sebanyaknya, berbuka apa lagi, dah macam ada saka dalam badan.
Elakkan membeli
makanan berlebihan untuk berbuka terutamanya di bazar Ramadhan. Jika mampu,
masak sendiri kerana kita boleh mengawal minyak dan lemak punca tinggi kalori
serta mengawal kuantiti makanan yang dimasak.
Lagi satu,
berpada-pada waktu moreh. Yang banyak kita tengok, moreh lagi banyak makan dari
berbuka.
Walaupun
berpuasa, kekal kira kalori. Jika sebelum puasa kalori per hari kita adalah
1500 Kal, jadi waktu puasa pun patut sama. Jangan sebab puasa, naik pulak
kalori sampai 3000 Kal. Ini semua akibat gagal kawal nafsu makan kira.
Moga tips-tips
ini boleh menjadi sedikit panduan buat semua. Harap kalian kekal fokus dengan
matlamat untuk menurunkan berat badan.
Tetap kawal
diri, dan banyakkan beribadah dalam bulan Ramadhan ini, InsyaAllah banyak
keberkatan yang kita boleh dapatkan, jasmani dan rohani.
Jika tidak, yang
kita dapat, hanyalah lapar dan dahaga.
4 Comments
Terima kasih di atas perkongsian info..
Semoga kita beringat, terutamanya semasa kita pergi ke bazar Ramdhan..
Terima kasih... perkongsian yang bagus untuk diet yang betul di bulan puasa
Selamat berpuasa. Teraweh jangan lupa pergi
Skrg musim panas ni, jadi kena banyakkan minum air kosong..