Dalam tempoh ini, jumlah tempahan biasanya naik mendadak sebab ramai pembeli mula beli awal untuk persiapan raya, cari hadiah, tambah stok barang rumah, atau sekadar ambil peluang beli sempena promosi Ramadan.
Masalahnya, bila order terlalu banyak masuk serentak, sistem courier pun boleh jadi sesak dan hub penghantaran mula overload.
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Akhirnya, seller yang akan jadi orang pertama kena “serang” walaupun hakikatnya barang sudah dipos.
Ini realiti berniaga online. Bila barang lambat sampai, ramai buyer terus mesej seller dulu. Ada yang tanya elok-elok, tapi ada juga yang terus marah, sindir, atau salahkan seller sepenuhnya. Padahal dalam banyak kes, seller sebenarnya dah buat kerja mereka proses order, packing, print airway bill, dan serahkan parcel kepada courier tepat pada masa.Masalah sebenar selalunya berlaku selepas parcel bergerak ke hub. Bila jumlah parcel terlalu tinggi, proses sorting jadi lambat, tracking lambat update, dan penghantaran pun tergendala. Masa inilah seller kena banyak sabar kerana walaupun punca utama bukan dari pihak mereka, mereka tetap perlu berdepan dengan emosi customer.
Realiti "Logistics Nightmare" di Bulan Ramadan
Bulan ni bukan setakat kita yang berpuasa, abang courier pun manusia biasa. Bila semua orang nak shopping baju raya serentak.
Hub Overload: Parcel bertimbun macam gunung kat gudang.
Kekurangan Tenaga Kerja: Volume barang naik 3-4 kali ganda, tapi jumlah lori dan rider tetap sama.
Faktor Cuaca/Puasa: Kelajuan penghantaran mungkin sedikit terjejas sebab faktor manusiawi.
Masalahnya, bila semua orang beli pada masa yang sama, sistem penghantaran akan mula rasa tekanan. Hub jadi penuh, van penghantaran tak menang tangan, dan parcel mungkin tersangkut lebih lama daripada biasa. Walaupun seller dah siap posting awal, itu masih belum menjamin barang akan terus sampai ikut jangkaan customer.
Sebab itu seller kena bersedia dari awal, bukan sekadar bersedia dari segi stok, tetapi juga dari segi mental. Mental dengan customer yang berbagai ragam.
Jenis-Jenis Customer "Shortcut"
The Flash: Order pagi tadi, petang dah tanya "Bila nak pos? Saya nak pakai buka puasa esok."
The Investigator: Setiap jam refresh tracking. Asal status tak gerak sikit, terus serang inbox seller.
The Emotional: Terus guna ayat
- "Saya doakan bisnes awak tak berkat sebab barang saya lambat.", dia start main2x agama plak..
- "Macam ni ke cara awak berniaga", dia persoalkan cara seller berniaga...
- "This item from oversea????????" padahal dah tahu beli barang Malaysia tapi sebab lambat sangat dia chat macam tu.. memang emosi betul tu..
Mungkin buyer ni baru nak belajar beli secara online jadi belum biasa lagi corak pembeliannya macam mana ataupun boleh jadi first time beli dengan seller baru jadi rasa sangsi atau berjaga-jaga takut kena scam ke apa..
Kadang-kadang seller memang tak ada jawapan lengkap kenapa parcel tersangkut sebab dorang bukan kurier pun just seller je. Tapi itu tak bermakna seller perlu senyap. Customer biasanya lebih marah bila mesej mereka tak dibalas langsung. Sekurang-kurangnya, balas dahulu dengan penjelasan bahawa parcel sudah dipos dan kemungkinan berlaku kelewatan kerana overload semasa Ramadan.
Respons yang cepat boleh kurangkan rasa marah customer walaupun masalah belum selesai. Mereka sebenarnya nak rasa seller ambil peduli, bukan menghilang lepas barang dipos. Tips ini dapat 'cool down' customer yang mengamuk
Alternatif boleh buat announcement kat Story atau Feed sekirang penghantaran mengalami gangguan kelewatan. Jadi buyer akan alert.
Pesanan Khidmat Masyarakat
Janganlah "last minute" sangat. Faham yang seller bukan pemilik syarikat kurier. Kerja seller habis lepas barang diserahkan kat kaunter pos. Banyakkan bersabar, ini kan bulan ibadah.
Berniaga waktu Ramadan memang ada potensi jualan yang sangat tinggi, tapi cabarannya pun sama besar. Isu barang lambat sampai memang hampir tak boleh dielakkan bila hub courier mula overload. Jadi, seller memang kena ready bukan sahaja dari segi stok dan packing, tapi juga dari segi komunikasi, emosi, dan kesabaran.
Hakikatnya, bila customer mengamuk sebab barang lambat sampai, seller kena jadi orang tengah antara buyer dan courier. Memang meletihkan, tapi itulah sebahagian daripada realiti berniaga online, especially bila masuk musim puncak macam Ramadan.
Kalau seller dah bersedia awal, sekurang-kurangnya bila customer mula panik atau marah, kita masih boleh handle dengan lebih tenang dan profesional.
