Pengalaman Temuduga Buat Kali Pertama
Sudah beberapa hari tidak update blog, kali terakhir update blog pada 2 februari 2013. Kesibukan melanda gara-gara membuat persiapan menghadapi temuduga buat kali pertama di Johor.
Sudah tentu satu perkara yang sangat mendebarkan dan menakutkan kerana macam-macam perkara boleh terjadi @ yang difikirkan seperti tidak sihat di hari temuduga, tidak dapat mengawal perasaan nervous, tertanya-tanya soalan yang akan dilontarkan oleh juri sama ada senang ke susah dan sebagainya.
Apabila tarikh temuduga semakin hampir iaitu pada 4 Februari 2014. Persiapan rapi perlu dibuat bagi memastikan soalan yang diberikan oleh juri nanti dapat dijawab dengan lancar tanpa tersekat-sekat.
Antara persiapan yang dilakukan ialah mengemaskini sijil-sijil, saterika pakaian, tanya rakan lain yang ada pengalaman temuduga dan bercakap sendirian seolah-olah cuba menjawab persoalan dari juri.
Tidak Terjawab
Hari yang ditunggu sudah tiba, Kali pertama masuk bangunan tersebut terlihat banyak orang yang hadir untuk sesi temuduga tetapi begitu ketara dengan kelihatan perempuan yang ramai berbanding lelaki yang boleh dikira dengan jari.
[caption id="" align="aligncenter" width="384"]
Macam biasa, daftar diri kemudian menghadapi peperiksaan bertulis sehingga 10 minit. Selepas itu, barulah menunggu giliran untuk ditemuduga. Dalam menunggu giliran temuduga, terserempak dengan rakan lama masa sekolah dahulu siap sempat berborak lama-lama.
Apabila masa giliran sudah sampai, terus masuk pejabat dengan keadaan tersenyum dan teramat nervous. Aku anggarkan sesi temuduga aku dalam 15 - 20 minit.
Pada mulanya agak selesa dengan soalan yang diberikan juri namun lama-kelamaan dalam kerancakkan juri memberi soalan ada beberapa soalan yang membuatkan aku agak tersekat-sekat untuk memberikan jawapan yang terbaik. Agak terkilan juga dengan 'persembahan' aku dengan beberapa soalan.
Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Tawakal dan Redha
Apa yang penting sudah buat yang terbaik. Keputusan sama ada layak atau tidak hanya juri dan ALLAH S.W.T sahaja tahu, aku hanya mampu tawakal dan redha dengan keputusannya nanti. Di harap korang dapat yang baca ini dapat mendoakan terbaik. Yang penting pengalaman temuduga ini dapat dijadikan sebagai permulaan untuk menghadapi sesi temuduga yang akan datang.