Apabila menjelang hari raya di bulan Syawal pasti setiap kampung sudah mula memasang pelita bagi memeriahkan suasana pada waktu malam dan juga menyambut hari yang mulia.
Kebanyakkan pelita pasang di kawasan luar bandar berbanding di bandar kerana risiko memasang pelita di kawasan bandar seperti rumah teres amat tinggi dan boleh berlaku kebakaran tanpa disedari.
lain pula halnya di kawasan luar bandar iaitu di kampung. Halaman di kawasan kampung biasanya luas dan risiko kebakaran rumah itu kurang dan jarang kita dengar rumah kampung terbakar gara-gara pelita melainkan dalam filem dan drama-drama melayu.
Pelita semakin dilupakan? |
Punca Pelita Semakin Berkurang
Pada tahun ini, saya mula perasan pelita di kawasan kampung tidak banyak kelihatan dan hanya beberapa rumah sahaja yang memasang pelita.
Apakah yang menjadi punca utama pelita semakin kurang dipasang dalam kawasan kampung?
Mungkinkah kenaikan minyak diesel menjadi punca menyebabkan kekurangan pelita dipasang di kawasan kampung ataupun terlalu sibuk dengan urusan hal masing-masing menyebabkan tiada pelita dipasang. Kemungkinan lain tentang kesedaran penduduk kampung berkenaan dengan hukum memasang pelita
Hukum Memasang Pelita
Hukum memasang pelita merupakan satu bida'ah di mana Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah mengamalkan sebelum ini. Pelita yang dipasang 7 hari sebelum menjelang syawal telah dipersoalkan kerana pelita hanya dipasang pada 7 hari sebelum menjelang syawal dan bukan sejal awal Ramadan lagi.
Amalan ini dianggap sebagai karut dan perlu dihentikan dengan segera jikalau ada masih ada sesetengah umat Islam yang mengamalkan mengikut pandangan Ustaz Abu Hassan.
Pasang pelita Sebab Nak Main Mercun
Rumah saya di kawasan kampung dan kebiasaannya pelita akan dipasang apabila hendak bermain mercun ketika saya masih kecil. Ketika itu, gembira bukan main kepalang apabila sepupu-sepapat hadir bersama dan membawa banyak mercun. Keadaan itu sememangnya meriah dengan bunyi bising pelbagai mercun.
Sekarang dah besar dan minat untuk bermain mercun semakin berkurangan berbanding masa kecil dahulu. Meriam sekarang sudah tidak lagi kedengaran di kampung mungkin muda-mudi sekarang tengah leka bermain gajet masing-masing.
Dulu tak banyak kes kecederaan bermain mercun dan sekarang semakin banyak kes budak-budak terputus jari dan tangan gara-gara mercun. Lebih hebat lagi mampu membuat mercun sendiri.
Zaman Berubah kepada ke arah Lampu solar Lip-Lap
Salah satunya mungkin ramai yang dah beralih kepada lampu elektronik atau lampu solar. Harga pun mampu milik sekarang dan boleh bertukar warna. Lagi meriah dan berwarna-warni pada waktu malam.
Yang penting, zaman dulu lebih banyak memberi memori manis di bulan Ramadhan kalau nak dibandingkan dengan sekarang. :)
38 Comments
Suka tengok area kampung malam-malam bila semua rumah pasang pelita 1-2 hari before raya.. cantikk... :)
Sekarang pelita pun ada yang pakai lampu jaa. tapi design pelita...
Dah tak ada minyak tanah..
memang nampak meriah jer kalau ada rumah yang pasang pelita banyak2 dekat nak raya
masa kecik2 dulu pakai pelita buluh dgn minyak api, skrg ni mmg dah berkurangan
kat kg saya di batu pahat , masih aktif . malah setiap kg akan pasang pelita di jalan masuk utama . dah mcm pertandingan . meriam juga masih meriah ... tapi thn ni beraya kat kl jer ... huhuhuuu
Sekarang guna pelita moden...kat rumah we all pun ada...senang nak guna..meriah jugak...
kalau kat kampung saya kami tak pasang pelita..pasang panjut..buat dari tempurung kelapa..susun tinggi pada batang kayu..tujuan nak cucuh bunga api je..
Kat rumah mak saya dari dulu saya yang rajin pasang pelita.. Bukan niat apa-apa pun.. Sekadar suka-suka..
hukumnya bidah tapi zaman dahulu sangat membantu pejalan kaki menerangi jalan di zaman tak ada lampu listrik
Nampak meriah suasana kampung. :)
Dunia dah moden. Pakai lampu lagi banyak makan elektrik.
Lagi meriah kalau satu kampung pasang pelita. hehe
DUlu saya pun pernah pakai buluh sekarang pakai jenis pelita plastik je. :)
owh ye ke beraya tahun kat kl?. Mesti terkilan kan tak dapat beraya di kg.
SUasana meriah hati pun jadi gembira dengan kehadiran sanak saudara. :)
owh, menarik juga tu. Ada kreativiti :)
Orang sekarang pasang pelita sekadar suka-suka bagi memeriahkan lagi suasana.
pasang pelita untuk tunjukkan kemeriahan raya. sekarang dah kurang, maybe sebab minyak mahal.
terasa kemeriahannya kalau pasang pelita kat sekitar rumah especially kawasan kampung. kalau rumah teres ada tanah pun seronok jugak letak pelita. senang nak main mercun. hihi.
Dah lama pun kawe tak pasang pelita ni :D Zaman ni sana-sini terang benderang. Pasal pelita pun, pelita tenggelam dek pancaran lampu moden.
pasang pelita saja je orang dulu nak rasa meriah , sekarang orang pasang lampu letrik hehehe,
kalau kat kampung..memang meriah la. kat kawasan perumahan kurang sikit.
Dulu minyak tanah murah.
Sekarang ni harga dah melambung naik.
Macam tak ekonomical pulak nak pasang lampu raya. Tapi memang hati ni rindu dengan suasana dipenuhi lampu pelita.
Bukan selalu kan. Masa puasa dan aidil fitri je
Satu soalan lupa tanya tuan.. Theme blog ni pakai blogspot kan?
Theme Blog ini untuk Wordpress sahaja. :)
Harga minyak sekarang dah naik tak macam dulu, Nak jimat pasang pelita 1 malam raya je. ;)
Pasang lampu elektrik lagi la banyak makan eletrik. Duit pun sedap keluar. :)
Main mercun tu yang budak suka. hehe
Itu mungkin menjadi salah satu faktor.
minyak tanah mahal sekarang ni. pakai lampu lip lap jelah ;(
Pelita hanya dipasang utk menyemarakkan suasana kemeriahan hari raya, ianya xlebih dari itu...namun kini berkurangan sebab harga minyak yg mahal. Kat kampung masih pasang tapi jumlahnya dikurangkan dan guna minyak diesel.
Memang dah kurang sangat dah orang pasang pelita ni. Rasanya jangan la kaitkan pelita dengan agama ni. Kita niatkan untuk meriahkan suasana hari raya je. Tak salah kan? Hehe. Kalau kat kampung memang meriah kalau pasang pelita ni. Nak main bunga api pun senang.
aku sendiri dah banyak tahun tak pasang pelita
huhu
Pakai lampu lip lap pun dah meriah kan. :)
Memang betul masih lagi mengamalkan tapi tak semeriah zaman dulu.
Tak salah rasanya kalau nak pasang pelita just suka-suka lagi pun bukan budaya yang tak elok ataupun terikut-ikut dengan budaya orang lain.
Mungkin masa tak mengizinkan. :)
Minyak tanah pun dah mahal sekarang ni. Dulu pernah pasang pakai pelita plastik. Besok pagi tengok habis cair pelita tu, tinggal paku buat sangkut je yang ada.