√ Budaya Spornoseksual Di Kalangan Lelaki - Adarain

Budaya Spornoseksual Di Kalangan Lelaki

Kalau dulu perkataan metroseksual amat sinonim dengan lelaki yang merujuk kepada lelaki yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk lebih bergaya dan tampak kacak di khalayak orang ramai.

Golongan seperti ini adalah mereka yang mempunyai pendapatan yang agak lumayan dan menetap di bandar. Golongan seperti ini tahun demi tahun semakin meningkat dan tidak hairanlah dengan penampilan tersebut pada abad ini.


Budaya Spornoseksual Cetus Fenomena


Pada tahun ini pula muncul perkataan spornoseksual yang khusus untuk lelaki. Perkataan tersebut yang digabungkan dari perkataan 'sport' dan 'porno' merujuk kepada lelaki bertubuh sasa yang obses dengan berselfi sambil menayangkan badan mereka di laman sosial.


Perkataan yang ditujukan khas untuk lelaki selalu ada perkataan 'seks'. Tiada perkataan lain yang sesuai agaknya sehingga menggunakan perkataan seks. :D




[caption id="attachment_2776" align="aligncenter" width="640"]Budaya Spornoseksual Di Kalangan Lelaki sumber gambar dari Instagram[/caption]

Kebanyakkan mereka sangat gemar bergambar ketika di dalam gym dan juga dilihat selalu mengenakan singlet, baju V dan tidak berbaju.




Selfie pertama kali muncul dalam satu kemaskini forum di Australia pada 2002.  Perkataan selfie sangat popular pada tahun 2013 malah dalam instagram sahaja, perkataan selfie yang dilakukan dalam hastag kini mencecah sehingga 162 juta pos.


Bukan sahaja model malah pelakon lelaki pada abad ini sudah mula menitik berat dalam menjaga dan membina badan dan ini dapat dilihat pelakon dari India seperti Shah rukh khan dan amir khan manakala Malaysia pula iaitu Norman hakim,  Remy Ishak dll.


Mereka seperti ini sanggup berhabis duit, waktu dan tenaga demi mendapatkan badan yang cantik dan mantap. Tubuh badan yang berketul-ketul manakala rambut, kumis dan jambang pula dikemas rapi menonjolkan sisi maskulin yang mampu mencairkan hati wanita.



Baik Buruk Budaya Spornoseksual


Dengan aktiviti dalam gym yang menyihatkan badan mampu memberikan impak yang positif dalam kehidupan terutamanya dalam kerjaya dari sudut positif.


Manakala dari segi negatifnya, budaya seperti ini nampak seperti bermegah diri dan obsesi diri ini tidak bagus malah menyerlahkan sisi bongkak.


Ramai yang memberi tanggapan buruk bahawa budaya seperti ini adalah lelaki yang gay. Terpulang kepada anggapan orang ramai terhadap budaya seperti ini dan tak semua yang mengamalkan budaya seperti ini adalah gay.



Kesimpulan


Setakat ini di kalangan rakan saya sendiri tidak pernah mengamalkan budaya spornoseksual yang semakin menular di seluruh dunia termasuk saya sendiri.


Budaya spornoseksual seperti ini ada baik dan buruknya bergantung kepada niat seseorang. Sama ada tujuan yang dilakukan sekadar suka-suka, memberi motivasi kepada orang lain atau membangga diri dengan badan yang ada.


Kalau Metroseksual dan Spornoseksual ditujukan khas untuk lelaki sahaja tetapi bagaimana pula dengan panggilan atau perkataan yang sesuai untuk perempuan yang sanggup berbelanja duit yang besar demi kecantikan di tambah pula selfie dengan badan yang cantik dan sasa.

Get notifications from this blog

43 comments

  1. badan yang sasa kalau kerja kontrak..bagus tu..tapi kalau sekadar kerja ofis..tak membazir tenaga ke?..

    ReplyDelete
  2. Bagi mereka ianya bukan satu pembaziran tapi satu hobi dengan meluangkan masa bina badan di Gym.

    ReplyDelete
  3. Mungkin dah masuk bahagian riak. Niat menunjuk nunjuk

    Elakkan budaya macam ni

    ReplyDelete
  4. Kebanyakkan mereka pasti ada sifat menunjuk-nunjuk / riak.

    ReplyDelete
  5. ini songsang punya aura isyh hentikan cukup..cukup hiii

    ReplyDelete
  6. Ya brtul tu bro...apa niat kita. itu yang penting sebenarnya..terima kasih kongsikan..

    ReplyDelete
  7. Ooooo... Itu ke maksudnya.. Mula2 takut nak buka link ni duk pikir lain maksudnya.. Rupanya sport + porno.. Pertama kali dengar perkataan ni.. Ha'ah kan? Kalau pompuan apa plak gelaran dia? Ermmm..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  8. teringi nak jadi Spornoseksual tapi badan x sado...hahah

    ReplyDelete
  9. macam saya memang tak reti nak selfie-selfie ni,kalau Spornoseksual pula , badan biasa-baisa je, heheh tak pernah ke gym lagi setakat ni

    ReplyDelete
  10. Sejak ada gajet dan laman media sosial ni... dah macam2 istilah baru keluar. Budaya yg langsung tidak sesuai bagi kita umat Islam.

    ReplyDelete
  11. istilah baru nih... baru first time dengar, ada istilah spornoseksual nih.. huhu~

    ReplyDelete
  12. yang penting niat tu kena betul.

    ReplyDelete
  13. badan tough sapa taknak, tapi takyah tayang kat umum...

    ReplyDelete
  14. sekarang ini banyak sangat dia punya istilah

    ReplyDelete
  15. ada budaya macam ini jugak kah. haiya..

    ReplyDelete
  16. Masih tertanya-tanya sampai sekarang. hahaha

    ReplyDelete
  17. nak seribu daya tak nak seribu dalih. :D

    ReplyDelete
  18. Badan pun yang ada kira dah ok, janji sihat.

    ReplyDelete
  19. yap, betul juga mungkin kerana media sosial yang dicipta maka lahirkan budaya yang tidak pernah langsung difikirkan.

    ReplyDelete
  20. Itu baru satu, tak taulah ada perkataan baru lain keluar.

    ReplyDelete
  21. Kalau setakat membangga baik tak payah. :D

    ReplyDelete
  22. Itu baru abad ini, belum lagi masa akan datang mesti lagi banyak perkataan baru.

    ReplyDelete
  23. Bersenam ikut cara mana pun ok je. Tapi bila dah sibuk nak tayang six pack tu kat dalam Insta dengan FB memang membawa kepada unsur-unsur riak. Mungkin mereka bertujuan nak impress awek-awek di luar sana.

    ReplyDelete
  24. macam-macam budaya sekarang ni

    ReplyDelete
  25. Mungkin la kot tapi kalau setakat badan di jaga tapi solat tak jaga, sia-sia je.

    ReplyDelete
  26. Senang cerita, dahaga like & pujian

    ReplyDelete
  27. mmh wujud ek word ni? haha! Takpolah. Badan den tak sado. Pergi gym tiap hari pon angkat ringan2 jo :P

    ReplyDelete
  28. Saya pun sasa jugak he he tapi malasla nak berselfie selfie ni..he he

    ReplyDelete
  29. Baru wujud perkataan ni. haha

    ReplyDelete
  30. wow, mantap bro. humble la ni. hehe

    ReplyDelete
  31. Apa buruk sangat istilah yang diberikan. Adoi. Rasanya bergantung kepada niat masing2. Orang yang lihat gambar tu pun mungkin jeles tengok orang yang berbadan sasa. Sejak aku main gym ni, serius baru aku tahu betapa susahnya nak dapat badan sasa ni. makan tahun jugak. Dengan disiplin yang ketat. senang cerita memang susah la. Sebab tu diorang ni berbangga dapat badan macam tu. Hasil usaha bertahun membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  32. 1st time dengar word ni.. thanks atas pencerahan. den ni bukan minat badan ketak2, badan kecik xpe, janji sihat sudah :)

    ReplyDelete
  33. Bila dah zaman macam nie..memang spornoseksual nie tidak dinafikan..masing-masing ingin menunjukkan kecantikkan badan masing-masing..tetapi jangan sampai menjadi tahap menunjuk-nunjuk dan riak..berdosa akhirnya...

    ReplyDelete
  34. Hasil badan macam tu memang bukan senang semuanya hasil usaha yg gigih.

    ReplyDelete
  35. ada je member yg rajin ke gym, nk badan ketang2, pastu selfie tayang muscle, tapi x de la sampai bukak baju.. biasa2 je.. heheh

    ReplyDelete
  36. Eww.. I cukup pantang tengok body ketul-ketul camtu.. tak turn on pun.. hahaha

    ReplyDelete
  37. pergi gym untuk kesihatan tu mmg terbaik...tapi kalau nak bina badan tu tak letih ke..nak kene maintain lagi otot2 tu

    ReplyDelete
  38. jadi model bagus badan macam ni...tapi tak bagus/tak sanggup nak tayang badan...heee

    ReplyDelete
  39. Semua tergantung pada niatnya, kalau niat baik tentu tidak akan dipamerkan untuk publik. Olahraga bertujuan untuk menjaga kesehatan tubuh saja.

    ReplyDelete