Showing posts with label filem korea box office 2013. Show all posts
Showing posts with label filem korea box office 2013. Show all posts

Friday, 17 January 2014

Filem Korea Paling Best 2013

Keyword 'Filem korea Paling best' sekarang sedang bermain-main di blog aku sedangkan tidak ada entri khusus untuk keyword tersebut. Sama keadaannya seperti keyword 'filem seram' sebelum ini. Jadi untuk tidak menghampakan pengunjung, maka sediakanlah entri khas untuk filem paling seram 2013.


Kebetulan aku pun salah seorang peminat filem korea jadi tak salah untuk berkongsi filem korea yang paling best sepanjang tahun 2013. Filem korea kalau bab komedi memang lawak habis, tapi kalau bab melody drama memang korang semua akan sedih punya.


Ramailah yang kata tak minat korea lah, itu inilah macam-macam alasan tapi sekali tengok memang meleleh beb. Baru tahu penangan drama dan filem korea macam mana.


Ok, tak nak merepek merapu terus on the spot aku senarai pendekkan 5 filem korea Paling best 2013.  Sebelum korang nak tengok, pastikan ada tisu di tangan korang. Kebanyakkan senarai filem yang aku senaraikan ini memang sedih. Tak percaya pergi tengok sendiri.



Filem Korea Paling Best 2013


Berikut adalah 5 senarai filem korea paling best 2013 mengikut pilihan aku sendiri tanpa dihasuti oleh mana-mana pihak.


1) The Flu
Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan penyakit H1N1 yang telah tersebar luas di bandar terkemuka di Korea Selatan. Penyakit tersebut telah tersebar akibat pengambilan buruh secara haram melalui container tetapi hanya seorang yang hidup dalam container tersebut dan secara tidak langsung telah menyebarkan penyakit H1N1 kepada orang ramai.


Penyakit H1N1 telah menyebabkan satu bandar tersebut lumpuh dari segi ekonomi sehingga negara barat turut masuk campur dalam konflik tersebut. Dapatkah doktor-doktor mencari penawar untuk penyakit H1N1?




[caption id="" align="aligncenter" width="346"]Filem Korea Paling Best 2013 Filem The Flu[/caption]

Filem ini sangat dahsyat sampai Malaysia aku rasa sendiri pun tak mampu buat filem macam The Flu. Bayangkan manusia mati bergelimpangan dan di tanam hidup-hidup bagi mereka yang ada symptom penyakit H1N1 di padang stadium demi mengelak dari tersebar penyakit H1N1. Lagi best konflik menteri yang bangang dalam filem ini yang mengikut telunjuk negara barat. Nasib baik Perdana menteri bijak.


1) Secretly Greatly
Konflik korea Selatan dari dulu sampai sekarang masih tegang termasuklah dalam filem ini. Kisah Seorang agent yang hebat telah dihantar dari korea utara ke Korea Selatan untuk menyelesaikan misi. Kemudian di hantar lagi seorang demi seorang agent yang menjadikan mereka bertiga semakin akrab.


Namun, suatu hari mereka bertiga mendapat mesej yang memerlukan mereka untuk membunuh diri tanpa bersebab, jikalau tidak melakukan perkara tersebut dianggap sebagai pengkhianat. Mereka tidak mahu membunuh diri kerana mereka tidak pernah gagal dalam misi yang diberikan sebelum ini. Apakah mereka bertiga selamat?


Filem aksi ini berkisarkan tentang persahabatan. Kalau buat kat Malaysia memang tak menjadi. Filem ini tersangat sedih aku cakap ko. Jadi, sediakan tisu siap-siap.


3) The Tower
Bangunan berkembar runtuh akibat salji buatan yang dikendalikan oleh helikopter dari atas bangunan berkembar sempena hari natal. Tak semena-mena kipas salji buatan tersebut hilang kawalan lalu jatuh di tingkat tertinggi bangunan berkembar lalu menyebabkan kebakaran yang luar biasa.


Orang yang berada di tingkat bawah selamat keluar dari bangunan tersebut tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berada di tingkat atas sekali?. Bangunan berkembar biasanya dalam 80+ tingkat. Kebanyakan mereka yang berada di tingkat atas tidak boleh keluar atas beberapa faktor selain daripada api yang semakin merebak. Adakah mereka selamat dari runtuhan bangunan berkembar tersebut?


Siapa yang tengok filem ini, tahulah bahawa banyak babak yang menggelisahkan dan menakutkan. Sedih pun ada dalam filem ini. Bangunan megah tidak menjanjikan keselamatan yang tinggi.


4) Cold Eyes
Filem penyiasatan ini berkisarkan tentang detektif-detektif yang berusaha untuk mencari pembunuh yang bijak dan penuh misteri sehingga mereka berasa putus asa untuk mencari pembunuh tersebut kerana tiada petunjuk untuk menjejaki pembunuh tersebut. Yang penting dalam filem ini harus peka dan mata memainkan peranan. Sekali terlepas pandang memang susah untuk menjejaki pembunuh misteri itu.


Filem ini agak berat dan sesuai untuk mereka yang suka dengan filem yang penuh misteri dalam penyiasatan.


5) Montage
Filem ini mengisahkan dimana seorang detektif tidak dapat menyelesaikan masalah satu kes pembunuhan kanak-kanak yang memakan masa bertahun-tahun menyebabkan kes pembunuhan tersebut ditutup. Selepas kes itu ditutup, muncul kes baru yang seakan-akan sama dengan pembunuhan kanak-kanak beberapa tahun yang lalu. Dapatkah detektif tersebut menemui jawapan yang berkaitan pembunuhan kanak-kanak.


Filem ini pun berat juga tetapi tidak di sangka pembunuh dalam filem ini adalah seorang tua. Membunuh kanak-kanak seorang diri pula tu. Pembunuhan yang tidak disengajakan katanya.


Filem Korea Paling Best 2014



Kesimpulan


Itulah senarai 5 filem korea paling best 2013. Semua senarai filem tersebut merupakan filem Box Office dan telah berjaya mengutip berjuta-juta won. Filem Miracle In Cell No 7 (comedy) dan The Berlin File pun best juga.