Filem Korea Paling Best 2013 - adarain

Thursday, 16 January 2014

Filem Korea Paling Best 2013

Keyword 'Filem korea Paling best' sekarang sedang bermain-main di blog aku sedangkan tidak ada entri khusus untuk keyword tersebut. Sama keadaannya seperti keyword 'filem seram' sebelum ini. Jadi untuk tidak menghampakan pengunjung, maka sediakanlah entri khas untuk filem paling seram 2013.


Kebetulan aku pun salah seorang peminat filem korea jadi tak salah untuk berkongsi filem korea yang paling best sepanjang tahun 2013. Filem korea kalau bab komedi memang lawak habis, tapi kalau bab melody drama memang korang semua akan sedih punya.


Ramailah yang kata tak minat korea lah, itu inilah macam-macam alasan tapi sekali tengok memang meleleh beb. Baru tahu penangan drama dan filem korea macam mana.


Ok, tak nak merepek merapu terus on the spot aku senarai pendekkan 5 filem korea Paling best 2013.  Sebelum korang nak tengok, pastikan ada tisu di tangan korang. Kebanyakkan senarai filem yang aku senaraikan ini memang sedih. Tak percaya pergi tengok sendiri.



Filem Korea Paling Best 2013


Berikut adalah 5 senarai filem korea paling best 2013 mengikut pilihan aku sendiri tanpa dihasuti oleh mana-mana pihak.


1) The Flu
Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan penyakit H1N1 yang telah tersebar luas di bandar terkemuka di Korea Selatan. Penyakit tersebut telah tersebar akibat pengambilan buruh secara haram melalui container tetapi hanya seorang yang hidup dalam container tersebut dan secara tidak langsung telah menyebarkan penyakit H1N1 kepada orang ramai.


Penyakit H1N1 telah menyebabkan satu bandar tersebut lumpuh dari segi ekonomi sehingga negara barat turut masuk campur dalam konflik tersebut. Dapatkah doktor-doktor mencari penawar untuk penyakit H1N1?




[caption id="" align="aligncenter" width="346"]Filem Korea Paling Best 2013 Filem The Flu[/caption]

Filem ini sangat dahsyat sampai Malaysia aku rasa sendiri pun tak mampu buat filem macam The Flu. Bayangkan manusia mati bergelimpangan dan di tanam hidup-hidup bagi mereka yang ada symptom penyakit H1N1 di padang stadium demi mengelak dari tersebar penyakit H1N1. Lagi best konflik menteri yang bangang dalam filem ini yang mengikut telunjuk negara barat. Nasib baik Perdana menteri bijak.


1) Secretly Greatly
Konflik korea Selatan dari dulu sampai sekarang masih tegang termasuklah dalam filem ini. Kisah Seorang agent yang hebat telah dihantar dari korea utara ke Korea Selatan untuk menyelesaikan misi. Kemudian di hantar lagi seorang demi seorang agent yang menjadikan mereka bertiga semakin akrab.


Namun, suatu hari mereka bertiga mendapat mesej yang memerlukan mereka untuk membunuh diri tanpa bersebab, jikalau tidak melakukan perkara tersebut dianggap sebagai pengkhianat. Mereka tidak mahu membunuh diri kerana mereka tidak pernah gagal dalam misi yang diberikan sebelum ini. Apakah mereka bertiga selamat?


Filem aksi ini berkisarkan tentang persahabatan. Kalau buat kat Malaysia memang tak menjadi. Filem ini tersangat sedih aku cakap ko. Jadi, sediakan tisu siap-siap.


3) The Tower
Bangunan berkembar runtuh akibat salji buatan yang dikendalikan oleh helikopter dari atas bangunan berkembar sempena hari natal. Tak semena-mena kipas salji buatan tersebut hilang kawalan lalu jatuh di tingkat tertinggi bangunan berkembar lalu menyebabkan kebakaran yang luar biasa.


Orang yang berada di tingkat bawah selamat keluar dari bangunan tersebut tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berada di tingkat atas sekali?. Bangunan berkembar biasanya dalam 80+ tingkat. Kebanyakan mereka yang berada di tingkat atas tidak boleh keluar atas beberapa faktor selain daripada api yang semakin merebak. Adakah mereka selamat dari runtuhan bangunan berkembar tersebut?


Siapa yang tengok filem ini, tahulah bahawa banyak babak yang menggelisahkan dan menakutkan. Sedih pun ada dalam filem ini. Bangunan megah tidak menjanjikan keselamatan yang tinggi.


4) Cold Eyes
Filem penyiasatan ini berkisarkan tentang detektif-detektif yang berusaha untuk mencari pembunuh yang bijak dan penuh misteri sehingga mereka berasa putus asa untuk mencari pembunuh tersebut kerana tiada petunjuk untuk menjejaki pembunuh tersebut. Yang penting dalam filem ini harus peka dan mata memainkan peranan. Sekali terlepas pandang memang susah untuk menjejaki pembunuh misteri itu.


Filem ini agak berat dan sesuai untuk mereka yang suka dengan filem yang penuh misteri dalam penyiasatan.


5) Montage
Filem ini mengisahkan dimana seorang detektif tidak dapat menyelesaikan masalah satu kes pembunuhan kanak-kanak yang memakan masa bertahun-tahun menyebabkan kes pembunuhan tersebut ditutup. Selepas kes itu ditutup, muncul kes baru yang seakan-akan sama dengan pembunuhan kanak-kanak beberapa tahun yang lalu. Dapatkah detektif tersebut menemui jawapan yang berkaitan pembunuhan kanak-kanak.


Filem ini pun berat juga tetapi tidak di sangka pembunuh dalam filem ini adalah seorang tua. Membunuh kanak-kanak seorang diri pula tu. Pembunuhan yang tidak disengajakan katanya.


Filem Korea Paling Best 2014



Kesimpulan


Itulah senarai 5 filem korea paling best 2013. Semua senarai filem tersebut merupakan filem Box Office dan telah berjaya mengutip berjuta-juta won. Filem Miracle In Cell No 7 (comedy) dan The Berlin File pun best juga.

Comments

46 komentar

the tower aje aku tak tengok lagi. yang lain, memang best.

the flu antara yang terbaik selepas greatly secretly. hoho..

emm tak pernah tngok lagi semua tu..ahaha

Banyak rupanya filem Korea yang best. .. tapi saya belum pernah menonton semua filem yang disenaraikan. .

Jika dilihat kepada top 5 ini sahaja membuktikan filem terbaik dan popular di Korea bukan kisah cinta/seram/komedi. Ianya lebih universal dgn isu2 berat, semasa dan kehidupan. Kecanggihan perfileman mereka juga belum mampu ditandingi oleh kita. Good review....tertarik nak tonton filem Korea! :)

Jangan marah bro saya tak suka filem korea hehe

Memang filem diorang dah kehadapan berbanding filem Malaysia.

Memang banyak filem korea yang best.

tak pernah aku tengok filem korea
drama dekat tv tu ada la sekali sekala

belum tengok semua. secreatly greatly itu aje sempat tonton.

Ada dua je cerita korea aku pernah tengok. Satu tajuk dia The Kick. yang kedua S** Is Zero. :D

Kebanyakkan filem Korea disenaraikan belum ditonton lagi.

Okay akan ditontonkan filem-filem terbaik Korea.

Boleh disusunkan senarai filem yang bakal ditonton.

filmnya saya belum pernah lihat mas, tapi ada satu film korea yang sangat bagus menurut saya, yang mengisahkan tentang sekolah sihir, ada salah satu murid sekolah yang di anggap remeh ternyata punya kemampuan luar biasa melebihi siswa2 yang lain, dan di akhir cerita ia beradu kemampuan dengan gurunya dan sehingga gurunya kalah.

apa itu yah mas judul filmnya, lupa saya, bagus sangat itu film

Tak pernah pula dengar kisah filem macam itu, seperti yang diceritakan macam menarik. Jarang dengar filem korea buat satu filem seperti sihir. Kalau ada boleh kongsikan. :)

Tengok trailer The Kick macam best.

Semua dah pernah tengok kecuali Montage tuh..huhu

Tidak pernah tengok semua tu. Tapi baru je habis tengok " My Girlfriend is Gumiho. " Hehe

the tower dah download..yg lain belom lagi.
buat pasal korea variety show pulak.
running man..haha

drama korea pun belum sempat nak nonton, filemla gilah...heee. the flu tu macam best je.

Variaty show dengan running man aku tak tengok sangat sebab pening kepala dengan kamera dok goyang-goyang. haha

The flu bukan macam tapi memang best.

Biasa layan drama je la.... tapi filem nie boleh saya cari laaa.... good suggestion

Sis selalu tengok cite korea je , filem lom ada masa lagi.

Ok lepas ni harus tengok sume cite yang diatas tu..:)

Selalu layan drama, sekali sekala layan filem pula. FIlem yang aku nyatakan kat atas memang terbaik!

cerita melayu pun aku tak update lagikan korea.. hahahaha

pernah layan The Tower je dalam senarai movie dalam entri ni...layan jugak kalau sesekali layan movie Korea ni...hee

Kita suka gak cerita korea ni..suka tengok pelakon dia orang yang comel dan hensem tu..he.he

KB tak perlu tengok dah tahu cerita bagus..kerana direview oleh bro yang sememangnya ada bakat menulis review..tahniah.

p/s/: KB ada bakat membodek je!

bro dari dulu sampai sekarang memang pandai membodek..hahah

perempuan macam tu suka yang comel dan hensem je. Teringat pula dengan filem Confusion Of Murder walaupun dia pembunuh still peminat suka kat dia sebab comel. haha

xpernah tgk filem korea.. huhuhu

I suka cerita cold eyes and the flu

xpernah tgk pun cita korea..ahah

Menariklah drama The Flu itu, bolehlah download. Secretly Greatly dah tengok. Bagi saya biasa je..hohoho. Tapi pecah panggung filem itu. Tengok pun sebab ada Kim Soo Hyun, hero dia. Montage itu pun macam best. Banyak lagi tak tengok ni.

dah lama sangat tak tengok cite korea nih...
bila la nk start tengok..bila dah tengok berhantu la plak....hahhaha

haha, apa yang berhantu tu.?

satu pun xpernah tgk melainkan miracle in cell no. 7... amal bookmark entry ni :D
nak download semua.. skrg mmg tgh download cerita tapi cerita thailand.. ghost station.. xtau best ke x :D

silakan. selamat mendownload dan menonton serta berpuas hati dengan jalan cerita filem korea. Dijamin puas hati. :)

silakan sahaja. Semoga terhibur dengan jalan cerita filem korea. :)

kita cuma dah tgk the tower je.. gila bestt !! yg lain, cari link download semua tak jumpa.. tak reti.. kalau ada link download tu pun, asyik keluar link merepek, dan ada yg kena bayar.. alaa.. mcm mane la yg lain2 boleh tgk cter ni dgn hanya download je ehh ? :D

The Tower memang best. hehe. Biasanya blogger indonesia banyak upload dekat blog. Kena grab cepat filem korea biasanya tak lama link dalam seminggu dah takde. Kena cari sampai page 10 dalam google tu. mesti ada. hehe

무하마드(muhamadeu) delete 28 September 2014 at 10:00

Mcm2 koleksi 한국 드라마(hanguk deurama) yg ak dah downlod..koleksi cd dvd mlmbak2..bnyk gle cte ak..hahaha..ak prefer historical drama ataupun yg jenis misteri penyiastan pastu ad polis pastu ad skali prosecutor pastu adegan fitnah..huh..memag best drama cmtu..korea terbaik..대한민국 화이팅.. :)

무하마드(muhamadeu) delete 28 September 2014 at 10:08

Top 3 k drama pada ak:
1.gu family book (memng best gler2..tgk smpai mnangs2)
2.I miss u (mnangs jgk cte ni..mmg fav ak)
3.moon that embrc the sun(best cter ni mnarik..ak mngs2 tgk cter ni..trutama sbb yoon woo (heroin pertama) tu mase dye bdak2 mcm adik ak muke dye..sdh smcm je..
4.two weeks.ak ske jgk cte ni tp rasenye klau dprbaiki lg mst best..rse mcm ad kkurgan.tp best la layan.

무하마드(muhamadeu) delete 28 September 2014 at 10:18

Ak rase cte jang ok jung ni kalau diperbaiki lagi jalan cte dsdpkan lagi mst best..pastu dtmbhkn dgan ost yg best2 mst bleh mltop mcm cter jwel in the place ker atau il jimae ke..atau queen sonduk..mmg pengarah drama tu mmg bdh..
Pastu ad lg stu drama ni tajuk dye (bul ui yeosin jeong I) xtau ap dlm bhse bi lpe..cter pasal buat tembkar draja..cter dye best tp dye xpndai nk sdpkan lg..mmg rugi..pngarah dye bdoh..hmm tu je la kot..ak rse ak ni dah tgk beribu2 jenis drma dh..rse xtau nk donlod ap..


EmoticonEmoticon