Showing posts with label jerebu berbahaya. Show all posts
Showing posts with label jerebu berbahaya. Show all posts

Monday, 19 October 2015

Jerebu Oh Jerebu

Jerebu datang tanpa di undang. Datangnya pula membawa perkara yang tidak menyihatkan tubuh badan manusia. Satu dugaan buat Malaysia sebab kehadirannya yang sentiasa berulang-kali berlaku.


Dah jadi satu cuaca yang patut ada pula bila selalu sangat jerebu ada kat Malaysia ni. Kejap ada kejap tak ada.


Jerebu ni tak ada kalau tak ada pembakaran secara terbuka dari mana-mana negara. Tak salahkan mana-mana negara. Takut kalau salahkan negara itu ini krang ada yang tak puas hati plak di salahkannya kita pula. Ego yang tak terkalah.




[caption id="attachment_4777" align="aligncenter" width="1024"]Jerebu oh Jerebu sumber gambar dari bukanemmawatson.blogspot.com[/caption]

Aktiviti Terganggu Gara-gara Jerebu


Bila time jerebu ni plak banyak aktiviti terganggu lagi-lagi bab pembelajaran. Kebiasaannya kerajaan akan mengumumkan cuti untuk murid sekolah.


Pastu ada pula yang complain,




abis budak sekolah  je yang ada hidung, Pelajar U and pekerja ni tak ada hidung just ada insang ke?.



Pekerja ni nak cuti tapi pergi kerja boleh rilex tak pakai mask lagi-lagi yang naik motor dengan slumber menghirup udara kotor jerebu. Come on la~


Bagi cuti krang bukan duduk rumah pun tapi pergi berjalan sakan sama je pergi kerja juga. Boleh nampak situasi ni time cuti sempena awal muharam dengan keadaan yang berjerebu time ni.



Batuk dan Sesak Nafas Ketika Jerebu


Time jerebu ni pula, memang ramai yang batuk dan sesak nafas hope pergilah klinik yang berdekatan cek kesihatan dan minta ubat hilangkan batuk. Jangan dibiarkan berterusan sebab nanti berjangkit dengan orang lain dah satu hal pula kat situ.


Kalau batuk pakailah mask supaya tak berjangkit dengan orang lain. Ambil ubat batuk kasi legakan tekak.




[caption id="attachment_4779" align="aligncenter" width="700"]Jerebu sumber gambar dari http://www.straitstimes.com/[/caption]

Periksa berapa tahap IPU di tempat korang sama ada di tahap bahaya ataupun biasa.


Berhati-hatilah korang nak keluar tu fikirlah 2 kali, kalau nak kuar juga tu please la pakai mask, jangan ingat korang kuat sangat and jangan nak malu pakai mask. Pastu banyakkan banyak minum air mineral. Untuk kesihatan korang juga bukan untuk orang lain.