Showing posts with label kesan berkawan. Show all posts
Showing posts with label kesan berkawan. Show all posts

Friday, 24 January 2014

Itulah Penangan Berkawan

Melewati hari-hari indah bersama rakan-rakan seumpama saat yang paling menyeronokkan. Berehat, makan, minum, bersiar-siar, lepak, bertukar-tukar  masalah, pendek kata semuanya banyak dilakukan bersama. Tak terkata betapa kukuhnya ikatan ini, hinggakan dunia dirasakan milik bersama. Apa yang ada pada kawan? Sehari tak jumpa kawan, hidup rasa tak bermakna, dunia dirasakan sepi. Itulah penangan berkawan.

Sejauh mana keakraban ini hingga boleh membuatkan fikiran begitu tenang dan lupa segala masalah. Hanya yang berkawan sepenuh jiwa mampu merasakannya. Bukan setakat itu sahaja, keunikan persahabatan, berborak sampai pagi pun sanggup. Mata tak terasa kelat. Cerita disudahkan satu-persatu. Masih bersusun lagi cerita, lawak, sesekali kutukan dilemparkan, perasaan marah jauh sekali terpancar. Namun, ia tambah mengeratkan lagi tali persahabatan. Tanpa disedari, ikatan persahabatan dirasakan lebih akrab daripada hubungan pertalian darah sekalipun. Itulah penangan berkawan.

[caption id="attachment_1434" align="aligncenter" width="604"]Itulah Penangan Berkawan sumber gambar dari vk.com[/caption]

Betapa mengagungkan kawan, sampaikan seorang kawan terasa hati yang lain pun turut terasa pedihnya. Seorang kawan sakit, semuanya terasa sakit juga. Seumpama kata pepatah, "cubit paha kiri, paha kanan terasa juga". sanggup lakukan apa sahaja demi kawan. Asalkan kawan tak hilang, tak lari, tak mati dan yang penting tak lupakan kawan sendiri. Ada juga yang aku saksikan, sanggup berhabis kerana kawan dari keluarga sendiri dengan alasan kawan sejati sukar ditemui. Itulah penangan berkawan.

Itulah Penangan Berkawan


Berkawanlah selama seratus, seribu, sejuta tahun tapi akhirnya tali ikatan yang terjalin pasti akan terputus jika tak kena pada gayanya. Kalau terlalu baik, di akhirnya nanti pasti ada cacat-celanya. Banyak penyebab yang boleh terjdi. Mungkin hanya dengan satu kesalahan kecil sahaja. Dalam persahabatan perlu wujudkan persefahaman barulah betul. Fahamilah, sejauh mana persahabatan yang dilalui bersama, keseronokan diwujudkan bersama, bahagia dicipta bersama tapi kawan tak selamanya akan bersama. Akhirnya, itulah penangan berkawan.

Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia


Serius, aku bukanlah pandai sangat bila bab berkawan apatah lagi dalam mencari kawan tapi dalam dunia persahabatan ni mungkin aku bolehlah berhujah sedikit sepanjang tahun melalui sehingga kini. Tak kira bagaimana rupa dan corak persahabatan. Aku rasa dah boleh baca. Sebahagian orang tak sedar bahawa mereka sendiri taksub dalam berkawan dan ada juga berkawan atas dasar kasihan. Sekadar picisan pesanan agar berkawan biarlah berpada-pada, jangan terlalu taksub bimbang nanti memakan diri sendiri.