Showing posts with label pertarungan paling hebat. Show all posts
Showing posts with label pertarungan paling hebat. Show all posts

Friday, 16 May 2014

Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa masih ingat lagi dengan filem Godzilla pada tahun 1998? Filem tersebut pernah mengegarkan dunia perfileman pada masa itu dengan fenomena raksasa mengganas di bumi.


Filem Godzilla sekali lagi kembali dalam dunia perfileman dengan aksi yang penuh mendebarkan dengan serangan raksasa yang lebih besar pada tahun ini.



Sinopsis Godzilla 2014


Seekor raksasa Godzilla bersama 3 ekor raksasa Muto telah muncul setelah sekian lama bersembunyi untuk beberapa tahun. Salah seekor muto betina telah bunting dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk bertelur di samping mencari radiasi nuklear bagi meneruskan kelangsungan kehidupan buat anak-anaknya nanti. Raksasa Muto mencari bahan radiasi nuklear di Jepun dan Amerika sebagai bahan makanan.




[caption id="attachment_2164" align="aligncenter" width="700"]Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan sumber gambar dari http://hdwallpapers.org[/caption]

Raksasa Muto mempunyai sayap dan mampu terbang serta memiliki kuasa di mana ia boleh menyebabkan seluruh bandar kehilangan tenaga elektrik (black out) termasuk sistem alat komunikasi dan kenderaan.


Dalam erti kata lain ialah bom EMP (Electronic Magnetic Pulse). Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki bom EMP seperti Amerika dan Rusia. Bom EMP ini boleh menyebabkan seluruh tenaga elektrik dan kawalan komunikasi terpadam dengan serta-merta sejauh 5 batu.


Manakala Raksasa Godzilla pula mempunyai kuasa untuk mengembalikan tenaga elektrik termasuk sistem komunikasi.


Hero dalam filem ini iaitu Ford cuba untuk mendapatkan kembali nuklear yang telah dirampas oleh raksasa Muto. Ini kerana bom tersebut berada di tengah-tengah bandar yang bukan sahaja boleh mengorbankan raksasa Muto malah mengorbankan berjuta-juta penduduk di bandar. Dalam pada masa yang sama, Ford cuba untuk memusnahkan telur-telur raksasa Muto dari menetas.




[caption id="attachment_2179" align="aligncenter" width="700"]Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan Godzilla cuba memasuki kawasan bandar[/caption]

Apakah hubungan raksasa Godzilla dan Muto? Dapatkah ford bersama rakan-rakannya mengambil bom nuklear dari raksasa Muto dengan masa yang ditetapkan ke tengah laut? Dapatkah ford memusnahkan telur-telur raksasa Muto? Nak tahu kena saksikan sendiri di pawagam.



Review Filem Godzilla


Mengambil latar tempat yang berlaku di Amerika Syarikat, filem yang diarahkan oleh Gareth Edwards ini menampilkan barisan pelakon popular antaranya Aaron Taylor-Johnson, Ken Watanabe, Elizabeth Olsen dan ramai lagi. Kemunculan Godzilla kali ini dilihat lebih menggerunkan dan mendebarkan hingga mampu menghancurkan landskap di atas muka bumi.




  • Start filem ini ditayangkan, dalam beberapa minit sudah ada konflik. Jalan cerita memang hebat dan tidak ada babak yang terlalu bosan. 

  • Trafik CGI memang terbaik salah satu contohnya ialah scene suasana bandar mati umpama padang jarak padang tekukur, runtuhan loji dan sebagainya.

  • Kelainan pada filem ini ialah kemunculan 1 raksasa baru iaitu raksasa Muto yang bersayap dan boleh terbang.

  • Bila tengok raksasa Godzilla tetiba teringat Ultraman. Lebih kurang sama macam raksasa dalam cerita ultraman.

  • Serius cakap memang gerun tengok muka raksasa dalam filem ini. Boleh dikatakan raksasa paling menggerunkan untuk tahun ini. 

  • Ada satu babak dalam filem ini buat aku terperanjat habis iaitu babak di mana anak ford dalam bas yang terperangkap di jambatan. Then kamera fokus pada tempat kabus untuk beberapa saat, tiba-tiba 'gedebumm' muncul burung main terjah tingkap bas. perghh!  burung je pon, bunyi main peranan. :)

  • Macam ada instinct Godzilla dengan anak Ford siap sempat selamatkan sam dari terkena bom askar di jambatan.

  • Hero 'ford' tak berapa strong atau menyerlah sangat. Biasa-biasa je. Hero sebenar dalam filem ini baru mantap! Nak tahu siapa hero sebenar dalam filem ini kena tengok sendiri.


Best ke tidak Godzilla? Bagi pendapat saya sendiri, memang best dan menghiburkan. 4/5 bintang untuk filem Godzilla.


Thursday, 7 November 2013

Pertarungan Hebat Dalam Filem Thor - The Dark World

Nampaknya filem Thor - The Dark world sudah pun berada di pawagam Malaysia sejak 1 Oktober 2013 yang lalu. Aku tidak terkecuali untuk mengambil peluang ini untuk menonton filem ini di panggung wayang di aeon Melaka.

Tidak menyangka bahawa filem Thor ini akan mempunyai kesinambungannya ke Thor 2 iaitu The Dark World. Mari kita sama - sama melihat apa yang bestnya pada filem Thor - The Dark World kali ini.

Sinopsis Thor - The Dark World


Pada kali ini Thor (Chris Hermsworth) berjumpa sekali lagi dengan kekasihnya Jane Foster (Natalie Portman) yang berada di bumi setelah 2 tahun tidak berjumpa serta membawa pulang Kekasihnya dan melindunginya dari serangan Malekith (Christopher Eccleston)

Malekith telah sedar dari tidur setelah Jane Foster menjumpai benda yang berwarna merah yang sebenarnya hak milik musuh yang sungguh berkuasa dan benda tersebut telah menyerap ke badan Jane foster.

Malekith kini yang telah bangkit dari tidur berusaha untuk mendapatkan benda yang berwarna merah yang ada di dalam badan Jane Foster dengan memusnahkan beberapa tempat di istana Asgard.

Demi melindungi Jane Foster, Pemaisuri Asgard iaitu ibu kepada Thor telah mati ditikam oleh Malekith.

[caption id="attachment_1022" align="aligncenter" width="379"]Thor - The Dark World Sumber gambar dari sciencefiction.com[/caption]

Rokok Paling bahaya di dunia


Setelah melihat Asgard semakin lemah, maka thor telah memikirkan rancangan di mana rancangan tersebut memerlukan Loki (Tom Hiddleston) untuk berkerjasama dan pada masa yang sama perlu menderkaha kepada ayahandanya.

Adakah perancangan Thor berjaya untuk menumpaskan Malekith? dan Adakah Loki yang telah melakukan jenayah yang paling besar sebelum ini boleh dipercayai untuk bekerjasama?

Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam yang berdekatan untuk mengetahui jawapannya.

Filem Review Thor - The Dark World


Sememangnya filem dari Marvel Studio tidak pernah mengecewakan dari filem Captain America, Iron Man, The Avengers termasuklah filem Thor sendiri.

Hollywood bila menghasikan satu filem yang memerlukan CGI atau pun secara digital sememangnya menjadi dan tidak nampak seaakan-akan seperti kartun.

Antara babak--babak yang menarik sekali ialah apabila Dr Eric dengan berbogel telah melakukan kajian di tempat kejadian pada filem Thor yang pertama, Loki bergurau dengan Thor dengan menukar fizikalnya menjadi Captain America, serangan puak-puak Malekith ke atas Istana Asgard dan banyak lagi babak-babak menarik.

[caption id="attachment_1021" align="aligncenter" width="600"]Thor - The Dark World Adakah loki benar-benar memberikan kerjasama dalam menentang Malekith?
sumber gambar dari sciencefiction.com[/caption]

Pelakon semua sama cuma penambahan watak yang membawakan watak secara antagonis seperti Malekith bersama puak-puaknya.

Jalan cerita pula senang difahami dan secara keseluruhannya untuk filem ini sangat berpuas hati. Filem ini kalau korang tidak pernah menonton Thor yang pertama dan filem The  Avengers  pun tidak mengapa kerana tidak ada babak flash back yang memerlukan kita untuk mengingati kembali. Hanya perlu ingat Loki telah melakukan jenayah itu sahaja sudah cukup.

4.5/5 bintang untuk diberikan pada filem ini.