Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan - adarain

Thursday, 15 May 2014

Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa masih ingat lagi dengan filem Godzilla pada tahun 1998? Filem tersebut pernah mengegarkan dunia perfileman pada masa itu dengan fenomena raksasa mengganas di bumi.


Filem Godzilla sekali lagi kembali dalam dunia perfileman dengan aksi yang penuh mendebarkan dengan serangan raksasa yang lebih besar pada tahun ini.



Sinopsis Godzilla 2014


Seekor raksasa Godzilla bersama 3 ekor raksasa Muto telah muncul setelah sekian lama bersembunyi untuk beberapa tahun. Salah seekor muto betina telah bunting dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk bertelur di samping mencari radiasi nuklear bagi meneruskan kelangsungan kehidupan buat anak-anaknya nanti. Raksasa Muto mencari bahan radiasi nuklear di Jepun dan Amerika sebagai bahan makanan.




[caption id="attachment_2164" align="aligncenter" width="700"]Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan sumber gambar dari http://hdwallpapers.org[/caption]

Raksasa Muto mempunyai sayap dan mampu terbang serta memiliki kuasa di mana ia boleh menyebabkan seluruh bandar kehilangan tenaga elektrik (black out) termasuk sistem alat komunikasi dan kenderaan.


Dalam erti kata lain ialah bom EMP (Electronic Magnetic Pulse). Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki bom EMP seperti Amerika dan Rusia. Bom EMP ini boleh menyebabkan seluruh tenaga elektrik dan kawalan komunikasi terpadam dengan serta-merta sejauh 5 batu.


Manakala Raksasa Godzilla pula mempunyai kuasa untuk mengembalikan tenaga elektrik termasuk sistem komunikasi.


Hero dalam filem ini iaitu Ford cuba untuk mendapatkan kembali nuklear yang telah dirampas oleh raksasa Muto. Ini kerana bom tersebut berada di tengah-tengah bandar yang bukan sahaja boleh mengorbankan raksasa Muto malah mengorbankan berjuta-juta penduduk di bandar. Dalam pada masa yang sama, Ford cuba untuk memusnahkan telur-telur raksasa Muto dari menetas.




[caption id="attachment_2179" align="aligncenter" width="700"]Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan Godzilla cuba memasuki kawasan bandar[/caption]

Apakah hubungan raksasa Godzilla dan Muto? Dapatkah ford bersama rakan-rakannya mengambil bom nuklear dari raksasa Muto dengan masa yang ditetapkan ke tengah laut? Dapatkah ford memusnahkan telur-telur raksasa Muto? Nak tahu kena saksikan sendiri di pawagam.



Review Filem Godzilla


Mengambil latar tempat yang berlaku di Amerika Syarikat, filem yang diarahkan oleh Gareth Edwards ini menampilkan barisan pelakon popular antaranya Aaron Taylor-Johnson, Ken Watanabe, Elizabeth Olsen dan ramai lagi. Kemunculan Godzilla kali ini dilihat lebih menggerunkan dan mendebarkan hingga mampu menghancurkan landskap di atas muka bumi.




  • Start filem ini ditayangkan, dalam beberapa minit sudah ada konflik. Jalan cerita memang hebat dan tidak ada babak yang terlalu bosan. 

  • Trafik CGI memang terbaik salah satu contohnya ialah scene suasana bandar mati umpama padang jarak padang tekukur, runtuhan loji dan sebagainya.

  • Kelainan pada filem ini ialah kemunculan 1 raksasa baru iaitu raksasa Muto yang bersayap dan boleh terbang.

  • Bila tengok raksasa Godzilla tetiba teringat Ultraman. Lebih kurang sama macam raksasa dalam cerita ultraman.

  • Serius cakap memang gerun tengok muka raksasa dalam filem ini. Boleh dikatakan raksasa paling menggerunkan untuk tahun ini. 

  • Ada satu babak dalam filem ini buat aku terperanjat habis iaitu babak di mana anak ford dalam bas yang terperangkap di jambatan. Then kamera fokus pada tempat kabus untuk beberapa saat, tiba-tiba 'gedebumm' muncul burung main terjah tingkap bas. perghh!  burung je pon, bunyi main peranan. :)

  • Macam ada instinct Godzilla dengan anak Ford siap sempat selamatkan sam dari terkena bom askar di jambatan.

  • Hero 'ford' tak berapa strong atau menyerlah sangat. Biasa-biasa je. Hero sebenar dalam filem ini baru mantap! Nak tahu siapa hero sebenar dalam filem ini kena tengok sendiri.


Best ke tidak Godzilla? Bagi pendapat saya sendiri, memang best dan menghiburkan. 4/5 bintang untuk filem Godzilla.


Comments

26 komentar

Ingat-ingat lupa cerita Godzila dulu..

WaƔlaykumussalaam,menarik juga cerita yang bro kongsikan.

kena tengok ni... bru tahu best ke tak.... :)

baru plan nak pegi tengok besok malam.
beli yang 3D punye.
mesti nampak real punye..haha

kena tengok sendiri baru boleh nilai best ke tidak.

Aku lagi dah lupa terus. haha

ehh..dah keluar eh filem nya nih..

hehehe.. ni yang scary nak gi tengok ni.. baru nak dating-dating ngan husband esok tgk Godzilla.. tapi betul la.. lupe dah yg lame nye!

Mcm best.. boleh layan ni. Thanks sharing info Bahrain.. :)

Tentu Best Filem Godzilla 2014 ni... Tentu gegar Stadium dibuatnya.. Lebih-lebih lagi kalau dapat tengok dekat pawagam 3G... Fuh!

Kiranya, Godzilla ni raksasa baik jugak la dalam filem ni untuk fight dengan raksasa lain. Tak tau pulak dalam filem ni ada raksasa-raksasa lain. Hehe

raksasa baik dan hero dalam filem ni.

Macam best aje filem nie, nanti boleh gi tengok...

aku tgk dah semalam...mati2 aku igtkan godzilla yg jahat tp 2 ekor binatang tu pulak yg jahat.....dlm trailer x der pom 2 ekor tuh..

owh nampaknya filem ni tak sesuai dengan akak yg berjiwa lemah lembut ni hehe

Kali nie real sket berbanding filem yang dulu. Saspen.

kayaknya seru tuh,belum nonton nih

tengok jangan tak tengok. :)

mcm menarik
ada masa nak tgk juga lah :)

Whenever you, like entirely many millions of people in many countries, have absolutely decreased totally
hooked on all goals that Minecraft is all about _ but aren_t everything
that crazy in relation to purchases money each
one three months to participate in on a website server _ then you really are actually in destiny!


While decide to progress with our No cost of charge Minecraft Host Current hosting treatments, and not simply could you play part and parcel of the world_s most popular game consoles (of them all), but bear in mind you_re
actually generally in a position to do for
that reason with flawless and total amount control over the server also an environments!



Obviously, for those who arrange to push further with our Cost free Minecraft While hosting resolution (with our dedicated donors that allocates
us to can offer this service at zero cost), you will be in complete management!

Less Hamachi or perhaps the loss of time connection forwarding, our nodes are on the internet and to suit your needs 24/7!
Naturally, a cost-free Minecraft Server Hosting formula isn_t available
for you. Although, there are also a large amount of _power players_ available on
the market that are fitted with just about broken the side
of Minecraft as they are seeking a wonderful experience.
Being allowed to completely manipulate kinds of tables, to supplement your own personal custom plug-ins, also to develop your visitors also relations is an succulent and thus wonderful inescapable fact that you_ll be in a position to enjoy!
On our Free of cost Minecraft Servers that exists 27 pre-installed mods suitable for you which you
can receive a split second accessibility to you can also at the same time jump between the lights at any given time.

We're a group of volunteers and opening a new scheme in our
community. Your website offered us with valuable information to work on. You have
done an impressive job and our entire community will be grateful to you.

Hahaha sama lah! Nad pun teringat Ultraman tau time tengok cerita ni! Hahaha


EmoticonEmoticon