Showing posts with label specialist. Show all posts
Showing posts with label specialist. Show all posts

Thursday, 27 February 2014

Pengalaman Pertama Kali Dibedah

Serius bila dengar perkataan bedah dah buat saya takut inikan lagi bila masuk bilik bedah lagilah menakutkan dengan suasananya yang sejuk dan terang - benderang ditambah pula dengan kain hijau khusus untuk pembedahan.

Pengalaman Pertama Kali Dibedah

Pada keesokan harinya selepas menetap di Hotel Tebrau City, seawal 7.30 pagi sudah bergerak ke Hospital Pakar Sultan Ismail. Seperti biasa perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pembedahan.


Pengalaman Pertama Kali Dibedah
sekadar gambar hiasan


Pembedahan yang dilakukan ini hanya ringan sahaja.  Ini bermakna tidak perlu tinggal di wad untuk beberapa hari. Pembedahan ini dilakukan adalah untuk meletakkan tube kecil pada bahagian dalam telinga bagi memudahkan aliran serta pendengaran menjadi lebih jelas.


Selesai pendaftaran, saya dikehendaki menukar baju kepada baju pesakit yang berwarna putih dan hijau kemudian baring katil yang telah disediakan.


Menunggu giliran dibedah sangat lama  hampir 2 jam sehingga terlelap mata di atas katil yang telah disediakan. Suasana ketika itu tersangat sejuk dan sunyi.



Bilik Pembedahan


Apabila sampai giliran, katil saya terus ditolak ke tempat pembedahan. Serius saya cakap, sangat menakutkan dengan hati yang berdegup dengan kencangnya sambil kesejukkan.


Sebelum pembedahan bermula, Dr disitu akan bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh saya dan memberitahu apa yang mereka akan buat ketika pembedahan nanti.


Pembedahan akan dilakukan ketika sedar dan doktor akan memberikan ubat bius bagi mengurangkan rasa sakit. Dalam bilik pembedahan, saya hanya dapat lihat lampu yang berada di hadapan saya dan tidak mampu menoleh ke kanan mahupun kiri.


Walaupun tidak rasa sakit tapi saya dengar bunyi seakan-akan bunyi angin kencang dan juga bunyi jahitan. Muka saya ditutup dengan kain hijau dan dibuka hanya bahagian telinga. Pembedahan selesai dalam masa satu jam sahaja.


Selesai sahaja pembedahan tersebut, saya dibawa ke wad biasa dan selepas itu saya menukar baju saya yang asal. Dan boleh balik rumah selepas mengambil ubat di farmasi.


Sudah Mula Terasa Sakit


Sejam kemudian ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, telinga saya sudah mula sakit kesan daripada pembedahan tadi. Ini kerana mungkin ubat bius yang telah diberikan tadi sudah mula hilang kesan.


INSYA ALLAH, Pembedahan berat fasa kedua akan dilakukan sekitar bulan April ini selepas mendapat pembelian alat untuk telinga yang memerlukan persetujuan dari pihak kerajaan. Semoga keadaan berjalan dengan lncar.