Tuesday, 25 February 2020

Powerbank Jenama Pineng Yang Original


Hari ini aku berkesempatan untuk membuat ulasan berkenaan dengan powerbank yang telah aku beli melalui seorang owner yang sangat dipercayai.

Banyak sudah aku mencari di kedai termasuk internet juga untuk mencari powerbank yang terbaik dan akhirnya, aku sudah jumpa yang terbaik dan harganya boleh tahan sesuai dengan kualiti powerbank tersebut.

Sekarang kalau kita lihat ramai pengguna smartphone sedang sibuk mencari Powerbank yang terbaik dan berjaga-jaga supaya tidak tertipu dengan produk tiruan.

Powerbank Jenama Pineng
sekadar gambar hiasan

Powerbank yang kita sudah sedia maklum merupakan battery luar yang mampu mengecas smartphone pada bila-bila masa sahaja tidak kira dimana korang berada.  Jadinya, siapakah sebenarnya yang memerlukan powerbank ini?. Jawapannya ialah:

  1. Mereka yang selalu melakukan aktiviti luar seperti melancong dan sebagainya
  2. Mereka yang selalu sangat menggunakan smartphone seperti mengambil gambar,  whastapp, WeChat, Selalu bermain game dan sebagainya.

Beli Powerbank Yang Original


Jenama Powerbank manakah yang terbaik untuk korang guna?. Jawapannya ialah, Powerbank  Pineng Sebab apa aku kata powerbank Pineng:

  1. Nampak berkilat dan Eksklusif (sekarang dah macam2x keluaran jadi ada yang tak berkilat)
  2. Sedap dipegang
  3. Ada dua USB port dan ini membolehkan korang mengecas dua smartphone dalam satu-satu masa. (sekarang dah ada lebih dari 2 USB)
  4. Ada torchlight
  5. Pelbagai jenama smartphone korang boleh charge termasuk Mp3,iPod, Mp4 Player dan sebagainya.
  6. Lebih rigan berbanding zaman dulu. 
Sudah 4 bulan aku menggunakan produk ini, ternyata ianya memang berkualiti dan original. Dan apa yang aku perasan perbezaan Charger Smartphone aku dengan Powerbank ini, ternyata battery smartphone aku cepat penuh mengguna powerbank berbanding Charger.

Setakat ini tidak ada kerosakan pada smartphone. Jadi kepada mereka yang masih mencari-cari tu bolehlah lawat laman web owner yang aku beli, www.thefaizibrahim.com.my.

Ini kerana jika korang membeli powerbank yang tidak original, macam-macam boleh berlaku seperti powerbank meletup, powerbank tidak berfungsi dan merosakkan battery mahupun smartphone.

Macam mana Nak tahu Powerbank Pineng Yang Original dan Tiruan?

Ini ada beberapa tips kalau nak tahu powerbank ti jenis tiruan ataupun tidak. 

  • Power bank tiruan cepat rosak. Baru beli seminggu, dah tak boleh guna. Cas tak masuk ke smartphone.
  • Mudah meletop. (pernah berlaku tapi isu ini sudah lama)
  • Powerbank 20,000 tapi baru caj sekali je dah habis battery powerbank.. Biasa 5-6 kali baru habis battery powerbank
  • Caj Battery powerbank tak pernah penuh-penuh Not fully charge. 
  • Warranty terlalu singkat seperti 1 bulan sahaja. paling teruk 1 minggu warrantynya. . 
  • Terlalu ringan sangat macam tak ada isi dalamnya. 
Tapi sekarang aku rasa dah jarang orang jual powerbank tiruan lagi. Melainkan powerbank sekarang ni banyak orang bagi doorgift biasanya powerbank 5,000 mah. Powerbank macam ni tak berapa tahan dan kualitinya tak tahan lama serta cepat rosak. 

Lagi satu, sekarang ada smart powerbank yang memang khas untuk smartphone yang fast charging. Sekarang ini je dah banyak smartphone yang jenis fast charging macam brand Oppo, Huawei, Oneplus dan banyak lagi. 

Salah satu powerbank yang menyokong fast charging ialah brand Baozu. Brand Baozu ini boleh digunakan pada brand Oppo, Oneplus dan Huawei yang ada fast charging. 

Untuk Akhirnya, terpulang untuk korang menilai atau memilih jenama powerbank yang korang rasa terbaik tetapi sila pastikan powerbank tersebut adalah original.

28 Comments

tercari-cari juga powerbank nih. masih lagi usha-usha.

Sekarang ni dah ada banyak power Bank yang terdapat dipasaran... Tinggal pilih jer mana yang berkenan di hati....

memang penting dan mesti pada powerbank kalau guna smartphone. selalu batteri habis bila jalan2 lama.

power bank ni penting tapi kerap gak tertinggal kau pi mana2 event hahaha tengok2 bateri dah low, skarang ni masih mncari lagi power bank yang ringan dan senang jer nak bawak kemana2, agak2 yang ni ok x?

kalau macam tu belilah pineng yang 5000 mah punya, kecik lagi comel, senang nak bawak.

Powerbank ni sekarang seperti sudah menjadi seperti satu kemestian..

Selamat berkenalan bro...saya rasa nama bro...jadi pemenang cabutan bertuah di pakarniaga.com, contest meneka sticker di cermin belakang kereta, hadiahnya domain dan hosting percuma, jika meneka dgn tepat atau hampir tepat. Powerbank bro info tu memang terbaik la...berapa harganya bro...???

Belum pernah lagi gunakan, tidak memerlukan buat masa sekarang..mungkin lain masa kot??

Salam perkenalan jugak. yap.Domain & hosting percuma dari pakarNiaga. harga powerbank boleh tgk link yang aku kasi..

teringin nak pakai smarthone...bila dah ada baru terfikir powerbank...

saya masih tidak berpeluang untuk membeli atau menggunakannya

powerbank dah jadi mcm penyelamat utk smartphone dah. Agak2 kalau kerja pagi sampai malam, mmg xsempat la nak balik cas kat rumah :D

Baru dengan brand nie. Nanti aku try la kot.

Agree, sangat penting. Gua pun kadang2 fedup bila bateri cepat sangat kong bila kat luar

sedang mencari .. sbb nya bateri selalu tk cukup ketika berada di luar rmah

Insya ALLAH, nnti dapat juga beli smartphoene..

Cubalah try pineng ni. Insya ALLAH, berpuas hati.

berapa kapasiti dia dan harganya..

ada banyak banyak jenis kapasiti, yang aku beli 11,200mah - rm150

aku sedang kumpul duit nak beli powerbank
mungkin yang ini boleh dipertimbangkan nanti
thanks

Dah ada powerbank. Alhamdulillah sangat membantu

Saya pun sudah memiliki Power Bank 20kmAh yang dibeli pada harga RM50. Puas hati dengan prestasinya.

saya menjual power bank . pelbagai jenama yang terdapat seperti yoobao, pineng dan banyak lgi . harga dari rm40 - rm150 . boleh dibeli secara borong . lgi byk beli lgi murah saya bagi harga . untuk maklumat lanjut boleh layari blog saya http://www.zmartzshopz.blogspot.com/

fuhh..macam-macam jenama. ini kali pertama aku dengar jenama pineng..

Macam2x jenama, tapi aku guna jenama ni, setakat ni memang terbaik.

Yeahhh..mak pun masih tercari2 powerbank yg blh dipercayai. Takut gak beli yg klon or dr jenama yg tak dikenali. Takut nnt x pepasal je gajet kita plak yg rosak..

Tu berapa kuasa dan harganya tu?

12,000 Mah - RM150. saya dah lama pakai powerbank ni dan masih elok. Powerbank ni original

ngamlah...dah ada testimonial camni..bagus utk senangkan bakal pembeli memilih mana yg terbaik

thanks bro berkongsi