23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah - adarain

Wednesday, 31 July 2013

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

[caption id="attachment_345" align="aligncenter" width="300"]Bahaya Syiah Kredit - https://www.facebook.com/alfatehdesigner[/caption]

  1. Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf

  2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat

  3. Kebanyakkan pengikut Syiah ketika solat mereka akan membawa At-Turbah  Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud

  4. Pengikut syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

  5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor - asar dan Maghrib - Isyak walaupun tanpa bermusafir.

  6. Menghalalkan nikah mutaah

  7. Memaki hamun dan mencela para Sahabat Nabi S.A.W dan ister-isteri Nabi.

  8. Mencela imam-imam sunnah seperti Imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

  9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

  10. Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi Khalifah dari Saidina Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

  11. Seorang Syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

  12. Beriktiqad Imam-imam 12 mereka ada maksum (Bebas dari dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-nabi dan Malaikat-malaikat yang paling hampir dengan ALLAH.

  13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi.

  14. Rukun Islam yang pertama bagi Ahli Sunnah adalah mengucap dua kalimah Syahadah tapi rukun Islam pertama bagi Syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12, maka jatuh kafir.

  15. Kain kafan mayat mereka bertulis.

  16. Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

  17. Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

  18. Suami halal meliwat isteri

  19. Harus taqiah (boleh menipu/ berpura-pura) untuk menarik ahli Sunnah masuk ke Syiah.

  20. Mereka tidak ada solat tarawikh. Jika ada orang Syiah yang bertarawikh itu bermakna mereka bertaqiah.

  21. Mereka lebih banyak menyebut nama imam-imam mereka  dari menyebut kalimah ALLAH terutama ketika mereka ditimpa musibah.

  22. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

  23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut Syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong. tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul dengan rantai.


Jelas kesesatan Syiah yang jelas cuba merosakkan akidah Umat Islam pada hari ini. Diambil petikan dari ustaz Kazim elias berkenaan dengan Budaya Syiah. Katanya, " Budaya Syiah itu apa?, ambil paling senang iaitu iraq, Jahat-jahat Saddam Hussein, dia masih ahli sunnah. Tapi puak-puak syiah pada masa itu, bantah dia, lawan dia, bunuh dia. Puak syiah ini baik dengan siapa?, Dengan Amerika! Amerika ini Kafir, dia sanggup menjatuhkan kerajaan sunni dan naikkan kerajaan Syiah di iraq. Dia tolak berkasih sayang dengan orang Islam dan orang Sunni dan mengambil orang kafir menjadi regunya! untuk membunuh orang Islam sendiri! inilah  ciri-ciri Syiah!" 
Comments

7 komentar

terima kasih atas perkongsian ini.. saya pun susah nak prasan mana satu depa ni..

Harap sangat, orang yang kita kenali dijauhi dengan ajaran syiah yang menyesatkan ni.

Malang la sapa yang masih percaya dan terpengaruh dengan ajaran sesat ni.

Ramai yang memperkatakan tentang Syiah sekarang ini. Jadi satu isu nasional dah!

salam.
baru tahu pasal semua diatas tu. terima kasih atas perkongsian ini

syiah yang semakin menular sekarang...menakutkan betul...

Paling penting, kita sama2 pegang quran dan sunnah utk elak terjebak dgn mereka syiah

moga2 mereka kembali ke jalan yg benar dan kita dikekalkan dalam jalan Allah..ameen


EmoticonEmoticon