Runner Runner: Siapa Sebenarnya Dipermainkan? - adarain

Thursday, 10 October 2013

Runner Runner: Siapa Sebenarnya Dipermainkan?

Salah Bangunan


Kali ini aku menonton filem Runner Runner bersama dua orang rakan di GSC Dataran Pahlawan, Melaka. Sebenarnya jalan nak ke GSC tu pun sebenarnya aku tak berapa nak ingat sangat tetapi dengan keyakinan tinggi sampai juga. Kebiasaanya aku tonton wayang di GSC Aeon, bandar Melaka.

Sememangnya aku memang fail kalau nak jadi penunjuk arah, punyalah jalan ke sini ke sana sampai rakan aku pun dok pening mana wayangnya. Last-last, tanya kaunter rupanya di sebelah bangunan Mahkota Parade.

Barulah sampai ke destinasi yang sebenar Bangunan dataran pahlawan dengan hanya berjalan kaki sahaja. Tidak jauh dari Mahkota Parade ke Bangunan Dataran Pahlawan. Orang Melaka mesti tahu.

Filem Runner Runner Gandingan Bersama Pelakon Hebat


Gandingan mantap dalam filem Runner-runner iaitu Justin Timberlake sebagai Richie Furst dan Ben Affleck sebagai Ivan Block. Lakonan mereka memang tidak dapat dinafikan, sememangnya mantap dan berkesan. Sekiranya tiada mereka berdua dalam filem ini mungkin filem runner runner ini akan menjadi bosan.

[caption id="attachment_836" align="aligncenter" width="490"]Runner Runner: Siapa Sebenarnya Dipermainkan? Sumber dari google.com[/caption]

Ben affleck sebelum ini pernah berlakon dalam filem Pearl hearbour yang popular pada masa dahulu manakalah Justin Timberlake juga popular dengan filem In Time yang lain daripada filem yang lain.

Aku menjangkakan filem ini penuh dengan aksi tapi ternyata apa yang aku bayangkan jauh tersasar kerana filem ini hanya bercakap-cakap sahaja dan tidak menitik beratkan aksi-aksi seperti filem-filem yang lain seperti fast and furious.

[caption id="attachment_837" align="aligncenter" width="504"]Runner Runner: Siapa Sebenarnya Dipermainkan? Sumber dari google.com[/caption]

Sinopsis Filem Runner-Runner


Filem yang berdurasi hampir 1 jam 30 minit ini mengisahkan seorang pelajar bernama Richie Furst (Justin Timberlake) terlibat dengan perjudian secara online. Namun, Richie kalah dalam perjudian secara online dan Richie dapat merasakan ada penipuan yang berlaku dalam perjudian online tersebut.

Lantas, Richie nekad untuk berjumpa terus dengan Ivan Block (Ben Affleck) yang merupakan pemilik sebenar perjudian secara online di costa Rica untuk mendedahkan isu penipuan dalam perjudian secara online serta mendapatkan duitnya kembali.

Selepas berjumpa dengan Ivan Block, Richie telah ditawarkan untuk berkerja dengan ivan sebagai orang kanan serta protege kepada Ivan Block dan richie menerima tawaran tersebut.

Dari situlah, bermulalah konflik yang berlaku di antara Richie dan Ivan. Di mana Richie telah dipermainkan oleh ivan dalam bisnes perjudian online. Banyak muslihat yang telah dilakukan oleh Ivan terhadap Richie tanpa sedar.

Jom langsingkan Badan


Ivan telah merasuah banyak polis supaya tidak ditangkap dan telah diketahui oleh Richie sendiri. Ivan merupakan penjenayah yang paling dikehendaki oleh FBI kerana melakukan aktiviti penipuan dalam perjudian. Richie telah membuat keputusan yang sama iaitu merasuah polis dan gangster untuk memerangkap Ivan dari melakukan aktviti penipuan.

Adakah Ivan berjaya ditangkap dan dibanteras oleh polis? Sama ada terlepas atau tidak? pergilah tengok sendiri.

Ulasan Filem Runner Runner


Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, filem ini akan menjadi bosan jika tiada pelakon yang terkenal ataupun mantap seperti Ben Affleck dan Justin Timberlake

Filem ini tidak terlalu membosankan walaupun tiada aksi yang ditonjolkan dalam filem ini kerana banyak konflik serta muslihat yang berlaku dalam filem ini yang membuatkan kita ingin tahu apakah muslihat tersebut.

Namun segala persoalan itu akan terjawab sedikit demi sedikit apabila plot penceritaan bergerak ke penamatnya. Untuk filem ini aku bagi 3.8/5 bintang.

AMARAN! Judi adalah HARAM di dalam ISLAM

Dikejar Dengan Perempuan


Selepas selesai sahaja menonton filem ini lebih kurang dalam pukul 11.30pm, aku dan rakan terus menuju ke tempat parking kereta. Sebelum sampai ke tempat parking kereta, tiba-tiba dengar suara perempuan menjerit.

Ingatkan perempuan tu nak jual badan ataupun nak curi duit rupa-rupanya nak tanya ada duit pecah RM10, sebab perempuan tu nak masukkan duit untuk autopay parking.

Maka aku pun berilah duit pecah pada perempuan itu dan pada masa yang sama aku juga membayar tiket parking. Nasib baik tak lari terus kalau tidak mesti perempuan tu bengang.

 
Comments

15 komentar

Hey there! I realize this is somewhat off-topic but I
had to ask. Does building a well-established website such
as yours require a massive amount work? I am completely new to blogging but I do write in
my diary daily. I'd like to start a blog so I can share my personal experience
and feelings online. Please let me know if you have any recommendations or tips for
new aspiring bloggers. Thankyou!

Assalam. Kerana belum menontonnya, tidak tahu siapa permainkan siapa - tetapi yang nyata, perempuan itu setiap detik mendoakan orang yang telah memudahkan urusannya :)

emm sinopsis macam best aje..walaupun tanpa pelakon yang hebat..tapi tak tahu lah..sebab tak tengok lagi..hehe

mmeg best, tgk cerita lagi best

aku rasa perenggan terakhir artikel hang ni paling menarik aku baca. haha..

dah lama tak layan citer movie

Err drama melayu singapore ada juga buat cerita runner - runner hehe

awek tu, tak minta no phone ke bro..

macam best jer bro, rasanya aku macam nak tgk lah

3.8/5 bintang je? Mana lagi 1.2? Hehehe

Hahaha perenggan last tu yang tangkap masuk dalam minda. Habis semua yang baca jadi lupa.


EmoticonEmoticon