Sikap Manusia Yang Marah Dan Mengambil Berat
Selalunya bila seseorang itu kena marah, pasti kemarahan itu akan dibalas dengan kemarahan juga ataupun mungkin memendam perasaan. Tapi sedarkah kita, kenapa orang mudah menjadi marah dengan mereka?
Pernah tak kita terfikir dengan lebih mendalam kenapa kemarahan itu boleh tercetus? Adakah kerana hadirnya kemarahan itu berpunca dari sikap kita sendiri? Logik ke kalau kemarahan seseorang itu datang tanpa bersebab?
Cuba kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan semula. Apakah sebabnya kita boleh marah? Mungkinkah orang yang melahirkan kemarahan itu adalah orang yang memiliki panas baran? Barangkali ada juga kebetulannya.
Manusia Yang 'Busy Body' Atau Mengambil Berat?
Bila orang mengambil tahu tentang diri kita, kita katakan yang mereka itu sibuk nak ambil tahu hal diri kita. Tapi kalau kita selami betul-betul, adakah dia penyibuk atau sekadar ingin mengambil berat? Kadang kala pandangan daripada orang yang berlainan ini akan melahirkan salah faham.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Yelah, kalau tidak ada orang 'penyibuk' macam ni, siapa lagi yang akan mengambil berat tentang manusia lain? Siapa nak mengambil berat tentang persekitaran? Tentang Masyarakat? Tentang sikap buruk dan perangai keji? Siapa?
Bila terjadi sesuatu yang tidak baik terhadap orang-orang di sekeliling kita, siapa yang perlu dipersalahkan? Waktu itu, mulalah masing-masing nak menuding jari sesama sendiri. Padahal sebelumnya semua langsung tidak ambil endah dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.
Jadi apa yang patut kita sama-sama lakukan? Perlu ke kita menjaga tepi kain orang atau kita tidak menghiraukan orang sekeliling? Dalam dunia ini, kadang-kadang kita perlu bersikap terbuka. Jangan terlalu cepat untuk menghakimi orang lain. Munkin mereka ada alasan tersendiri dan logik untuk bersikap sedemikian.
Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, sekali-sekala itu korang patut juga menyibuk diri tentang orang lain agar perkara-perkara buruk dapat diatasi, selain menerapkan sikap keterbukaan dalam hal-hal yang sepatutnya.
Get notifications from this blog
sibuk kat orang jangan sampai jatuhkan maruah.. ada yang perlu kita sibukkan seperti tegur-menegur untuk kebaikan...kan.. kan... =)
ReplyDeletemenyibuk dalam erti kaat yang positif tak mengapa bro..tapi jgn kita duk menyibuk..hingga menyakiti hati org lain...itu dah salah bro..hu3
ReplyDeleteAssalam Tuan Bahrain.
ReplyDeleteMenyibuk tidak bagus. Tapi mengambil berat itu yang elok. Adakala 'menyibuk' itu hanyalah istilah sahaja bagi mereka yang tidak gemar di sapa.
fikir secara positif aje. hoho..
ReplyDeleteSebab tu kita nie perlukan golongan sebegini untuk perbaiki diri kita.....
ReplyDeleteyap, betul tu. Bukan senang mereka nak ambil tahu pasal kita. Ramai skearang ni lebih pentingkan diri sendiri.
ReplyDeleteya, mengambil berat dan menyibuk suatu yang berbeza. Menyibuk ni lebih kurang semua benda nak tahu dari A ke Z
ReplyDeleteBetul tu. Kadang2x orang menyibuk macam ni boleh merimaskan.
ReplyDeletesetuju tu...tapi masalah org kita...selalu sangka buruk bila ditegur....huuuu
ReplyDeletemungkin jugak sbb salah cara kita menegur
kadang2, menegur utk berubah jadi lebih baik mmg menyakitkan...hoho
ReplyDeleteitu yg bagus...tapi ramai yg masih -ve...
ReplyDeletepatutnya, -ve dan +ve...baru ngam
terbaik! apapun, ambe selalu ajar dan didik diri utk sentiasa berfikiran +ve...
ReplyDeleteinsyaAllah, apa jua yg datang tak kira bergolek bergayut terbang...kita fikir +ve...
kat sini sibuk pasal orang sebab dengki
ReplyDeleteKita sebagai anggota masyarakat, memang perlu mengambil berat tentang satu sama lain. Cuma, bila proses urbanisasi yang sangat pantas berlaku beberapa dekad terakhir ni telah membentuk pemikiran individualistik di dalam masyarakat. Akhirnya, wujudlah sikap kau-kau, aku-aku dikalangan penduduk bandar.
ReplyDeleteKlu menyibuk diatas erti kata "berpesan2 utk kebaikan" itu menjadi satu tuntutan kita, tp klu menyibuk yg x tentu arah ni mmg merimaskan.. thanks sharing ye :)
ReplyDeletekalau marah mesti pujuk balik...kalau marah tak bertempat payah juga
ReplyDeleteSibuk2 tapi jangan menyusahkan orag sudahlah
ReplyDeletekekadang bengang dengan orang macam ni.. tapi kita perlukan kritikan itu juga untuk memperbetulkan apa kesalahan kita yang mungkin selama ini kita tidak perasan.. :)
ReplyDeletehehe kadang den kurang selesa dengan sikap 'tak cukup kain ni'. tapi redha je la, orang tu sayang ngan kita.. hehehehe
ReplyDeletePernah kena macam dalam situasi ni,memang rimas
ReplyDeleteSangat merimaskan nak tegur krang takut terasa.
ReplyDeletebetul tu. cukuplah tanya nak kemana je jangan tanya lebih2x sudah.
ReplyDeleteKadang2x seperti dicontrol pun ada.
ReplyDeleteBersangka baik, mmg sayang kat kita la tu..
ReplyDeleteTake positif..mengambil berat tu sgt2 perlu dlm keadaan msyarakat skrg ni. Tp jgn la sikap mengambil berat tu smpi jd menyibuk pulak. Apapun, berpada2 pada setiap tindakan adalah yg terbaik kan..
ReplyDeleteBusy body sebenarnya ada masa bagus gak..hehe..ada masa melampau gak..haha
ReplyDeleteYang melampau tu yg payah..
ReplyDeleteBergantung kepada sejauh mana pemahaman seseroang dalam issue ini. Bagus utk kita saling mengambil berat atas perkara2 yg wajib dan perlu.
ReplyDeleteCuma yg perlu dielakkan ialah mengambil tau hal2 yg tak sepatutnya kerana itu mungkin aibnya yg tak sepatut pun kita amik tau.
Jaga lah aib org lain dan Insyaa Allah, Allah akan jaga aib kita juga. Amik tau hal yg perlu sebenarnya tak salah.
betul tu mak legenda. Mengambil berat memang digalakkan tetapi jangan berlebihan.
ReplyDeleteCakap pasal aib orang nie, orang sekarang pun bukan boleh percaya sangat. Kita cerita pasal diri kita selepas tu diberitahu kepada rakan yang lain tentang aib kita.
ReplyDeleteApi bertembung api mahu rentung jadinya.
ReplyDeleteselalu rasa nak tegur itu ini...tetapi masyarakat dalam talian tak sama dgn kehidupan di luar talian... dah kenal rapat baru berani menegur apa salah silap.
ReplyDeletemasyarakat dalam talian agungkan kebebasan...masing2 rasa dia betul