Cari Tempat Makan Menarik Dengan Saji.my
Tentang Saji.My Paltform tempat makan best
Mencari tempat makan menarik bukan sahaja ada pada rancangan jalan-jalan cari makan yang popular di tv3 malah saji.my juga turut memaparkan tempat-tempat makanan yang menarik di seluruh Malaysia.
sekadar gambar hiasan |
Secara ringkasnya, domain saji.my cukup ringkas dan mudah diingati. Theme blog yang simple dengan warna utamanya iaitu biru, putih dan hijau. Tidak terlalu serabut serta kemas dan sedap mata memandang.
Buka sahaja web saji.my, akan muncul satu borang di mana bagi mereka yang tidak mahu ketinggalan artikel baru dari saji.my bolehlah mengisi borang tersebut untuk melanggan.
Uniknya pada saji.my ialah di mana saji.my telah membahagikan tempat makanan yang menarik mengikut 3 kategori iaitu breakfast, launch dan dinner. Sangat memudahkan bagi pengunjung untuk memilih kategori yang telah disediakan pada bahagian atas sekali.
Tambahan lagi, wujud peta pada web tersebut memudahkan lagi pengunjung untuk mengetahui lokasi secara terperinci berkenaan dengan tempat makanan menarik melalui saji.my
Pada bahagian footer, mungkin admin web ini dapat memisahkan dengan Misi dan Visi web saji.my ini dengan yang lain kerana berlaku campur aduk dengan Nasi arab, Oh burger bakar dan jadi reviewer.
Tempat Makan Menarik Di Johor
Nampaknya makanan menarik yang berada di Muar sudah pun saya pergi kesemuanya yang secara kebetulan saya tinggal di Muar, Johor Bahru.
Tempat menarik makanan di Muar yang telah dinyatakan pada saji.my adalah Mee Bandung Hanifah, Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Restoran Murtabak JD Singapore dan banyak lagi.
Kesemua tempat makanan tersebut ternyata memang sedap dan rugi bagi mereka yang tinggal di Muar tetapi tidak merasai lagi kelazatan pada tempat tersebut. Walaupun tempatnya tidaklah seperti 5 bintang akan tetapi rasa makanannya seperti 5 bintang.
Chicken Chop Hutan Bandar
Cumanya saya mahu tambah satu lagi tempat makan menarik di Johor Bahru iaitu di Hutan Bandar, Johor bahru. Tempat tersebut terkenal dengan masakan ala barat (western food) serta harga yang cukup murah berbanding tempat makanan yang lain iaitu chicken chop berharga RM5 sahaja.
Tempat tersebut yang diberi nama Chicken Chop Hutan Bandar di buka seawal 5 petang dan berakhir pada 1 pagi. Boleh dikatakan tempat tersebut selalu dipenuhi dengan pelanggan sama ada baru mahupun tetap.
Makanan ala barat yang disediakan pula sangat sedap walaupun servisnya agak lambat sedikit. Saya faham servisnya lambat atas dasar pelanggan yang terlalu ramai dan pekerjanya yang sedikit. Tetapi penantian itu berbaloi dengan rasanya yang lazat.
Chicken Chop yang berharga Rm 5 sangat banyak sehingga rakan saya tidak mampu untuk menghabiskan makanan tersebut. Tetapi bagi saya dengan makanan itu habis sahaja ditelan dalam perut.
Antara menu makanan ala barat yang disediakan ialah Lamb Chop, grilled chicken dan banyak lagi.
Berikut adalah alamat Chicken Chop Hutan Bandar:
Alamat : Chicken Chop Hutan Bandar
Hutan Bandar Johor Bharu
Jalan Tasek Utara, Taman Bakti, 80200 Johor Bahru
Hutan Bandar Johor Bharu
Jalan Tasek Utara, Taman Bakti, 80200 Johor Bahru
Get notifications from this blog
next time kalau outstation JB lagi...memang nak jalan2 cari makan la...lama dah x buat aktiviti tu...
ReplyDeleteTapi rasanya blog diorang tak konsisten update kan.... cuma mempunyai koleksi kedai makan yang banyak sebagai rujuakn....
ReplyDeletetak pernah masuk lagi laman web saji tuh , tengoklah jap-jap lagi ke...
ReplyDeletesenang skit nak cari tempat makan cam nih, bagus2
ReplyDeleteDah dekat 20 tahun tak ke hutan bandar JB...macam manalah rupanya. Masih hutan lagi atau tinggal nama saje?
ReplyDeleteThanks for info Bahrain..dah lama kita tak visit saji.my..rasanya dulu cuma ada resepi aje...
ReplyDeletesama-sama, sekarang ni ada sedikit penambahan :)
ReplyDelete20 tahun, lama tu. ada perubahan sedikit. :)
ReplyDeleteSenang nak cari makan ;)
ReplyDeleteada masa boleh singgap ke sana :)
ReplyDeletenampak sedap aje makanan diatas tuuu. hoho..
ReplyDeletesalam ziarah,
ReplyDeleteterima kasih info ini...nanti boleh terjah website saji..
chicken chop rm5 mesti beratur panjang punyalah, lambat sikit...habis.
ReplyDeletemujur perut saya sudah terisi kalau tak mahu pi cari gprs gak ni
ReplyDeleteport cari resepi baru ni :)
ReplyDeleteBagus info ni.. memudahkan utk cari tempat2 yg bersesuaian dgn selera & keadaan.. t kasih diatas perkongsian Bahrain.. :)
ReplyDeletekalau dilihat dari gambar websitenya wah nyediain juga nih makanan indonesia, saya lihat ada makanan khas solo jawa tengah indonesia mas, wih keren abis nih buat para pelancong yang mengunjungi malaysia dan mencari makanan indonesia, recomeded sangat ini mas
ReplyDeleteko review saji, aku review makanan yang ko post kan nih, hehehe
ReplyDeleteSama-sama. Perkongsian bersama
ReplyDeletesaya belum habis lawat keseluruhan blognya. Tak sangka ada makanan Indonesia. ternyata ada pelbagai makanan ada tak kira di Malaysia mahupun masakan di luar negara.
ReplyDeleteye ke?..haha
ReplyDeletehehe hari ini nak meketerdarah dekat mana ya ?
ReplyDeletesaji.my ni masuk jugak kn MSMW2014 ni kn....
ReplyDeletebaguslah saji.my ni sesuai kalau nak cari tmpt mkn yang best n menarik :)
ReplyDeleteTak pasti. :)
ReplyDeleteMemang sesuai kalau nak cuba tempat makanan yang baru dan menarik :)
ReplyDeletemeketerdarah la mana-mana janji sedap :)
ReplyDeletefyna tak pernah lak terjah website tue. pasni boleh lah try-try usha.
ReplyDeletesaji.my memang membantu pada yang kaki makan macam aku.... tq saji.my
ReplyDeletewah...bagus laa saji.my nie...kalau time2 tengah2 outstation and tatau nak makan mana bleh refer kat sini...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
memang menarik review bro..rasanya macam belum pergi laman web tersebut!
ReplyDeletemasalah juga bg saya kalau selalu masuk blog makanan..nnt mesti nak pergi try hehe
ReplyDeleteTerbaiklaa saji macam Google Food lak tengok hehe
ReplyDeleteBahaya juga tu..haha sebab boleh habis duit gara-gara makan je. :)
ReplyDeletegoogle food sedap pula nama tu. haha
ReplyDeleteYup..banyak yang menarik yang ada dalam saji.my ni..kalau boleh luaskan lagi lokasi tu..hehe
ReplyDeleteokeh. nak gi melawat saji.my. dah lama tak singgah.
ReplyDeletepenah makan chicken chop kat hutan bandar tu. ikutkan biasa je tapi maybe sebab harganya murah kot tu yg femes. kalo kat area shah alam n kl ni mmg x dpt ler RM5 :D
ReplyDeleterasanya sama seperti makanan western yang lain cuma harga buat aku terkejut. RM5 je.
ReplyDeletemmmmhh...enak sepertinya
ReplyDelete