√ Status Halal Produk Yeo's Diragui? - Adarain

Status Halal Produk Yeo's Diragui?

Produk Yeo's sememangnya sudah sinonim dan popular di negara Malaysia dengan produk minuman yang berbagai-bagai perisa antaranya ialah susu soya, susu soya hitam, teh kundur, teh bunga kekwa, yogurt dan laici. Namun, produk yeo's tidak terhad pada minuman sahaja malah juga menyediakan makanan seperti seri kaya, sardin, kari ayam dan sebagainya.



Menarik Tentang Yeo Hiap Seng Malaysia Berhad


Sebelum kita pergi jauh tentang kelebihan produk dari Yeo's, apa kata kita terjah tentang apa yang menarik pada Yeo Hiap Seng Malaysia Berhad. Bak kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta




[caption id="" align="aligncenter" width="640"]Status Halal Produk Yeo's Diragui? Yeo's pilihan dihati[/caption]

Banyak sejarah tentang Yeo Hiap Seng dari awal penubuhannya dengan kejayaan membotolkan susu soya bean sehinggalah berkembang kepada kepelbagaian minuman yang penuh asli seperti teh bunga, teh kundur dan sebagainya di Malaysia khususnya.


Menariknya tentang Yeo Hiap Seng Malaysia ialah kerana pernah memperkenalkan minuman penciptaan baru apabila menjadi yang pertama di dunia memperkenalkan minuman dalam kotak serta yang pertama dalam negara Malaysia memperkenalkan jus campuran buah-buahan 100%. Pencapaian yang begitu membanggakan buat Yeo Hiap Seng Malaysia Berhad.



Status Halal Produk Yeo's Diragui?


Sememangnya rakyat Malaysia yang beragama Islam sangat menitikberatkan dalam isu halal dan haram dalam pemakanan dan juga minuman.


Isu ini hangat pada tahun 2007 di mana Produk Yeo's telah dikatakan tidak mendapat status halal dari Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun, Pihak Yeo's menafikan tentang perkara ini dan mengesahkan bahawa produk Yeo's telah mendapatkan status halal dari JAKIM dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak media agar dapat menyiarkan di surat khabar kepada orang ramai tentang Isu ini.




[caption id="" align="aligncenter" width="640"]Status Halal Produk Yeo's Diragui? Bukti logo halal dari JAKIM[/caption]

Jadi selepas ini tidak perlu diperbesarkan lagi isu ini terhadap produk Yeo's kerana sudah terbukti bahawa produk yeo's memiliki status halal yang sah dari JAKIM.



Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s


Bagi mereka yang mementingkan kesihatan tubuh badan, produk yeo's amat sesuai bagi mereka yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat yang berpanjangan. Inilah salah satu kelebihan pada produk yeo's berbanding produk-produk yang lain.




[caption id="" align="aligncenter" width="640"]Status Halal Produk Yeo's Diragui? Gembira bersama Yeo's[/caption]

Produk yeo's sangat mementingkan kualiti pada produk yeo's  kepada pengguna. Perisa minuman pada produk yeo's mempunyai banyak khasiat seperti Teh Hijau.


Teh Hijau mempunyai banyak khasiat antaranya ialah:




  • Mengurangkan paras kolestrol

  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

  • Mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan

  • saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang (sesuai untuk diminum Pesakit Jantung)


Itu baru khasiat pada Teh Hijau belum lagi pada perisa lain yang mempunyai pelbagai khasiat yang diperlukan dalam tubuh badan kita.


Tambahan lagi, minuman produk yeo's juga mengambil pendekatan dengan mengurangkan kadar gula dan tiada bahan pengawet yang digunakan. Begitu juga dengan makanan dengan kadar rendah lemak dan tiada bahan tambahan Monosodium glutamat (MSG).


Ini sudah terbukti bahawa produk yeo's sangat mementingkan kualiti dalam minuman dan makanan. Produk yeo's sesuai untuk semua peringkat umur dari budak kecil sehinggalah mereka yang berstatus warga emas. Sesuai dengan tema Yeo's menyihatkan dan menyergarkan.


Untuk mendapatkan berita terkini dari yeo's boleh ikuti melalui beberapa rangkaian sosial media yeo's seperti:


Facebookhttps://www.facebook.com/YeosMalaysia
Twitter: https://twitter.com/YeosMalaysia
Google+: https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
Instagram: http://instagram.com/yeosmalaysia
Youtubehttp://www.youtube.com/yeosmsia

yeos-minicontest-300x250

Pengalaman Bersama Minuman Produk Yeo's


Minuman yang aku paling suka dari produk yeo's ialah Teh Kundur, Teh Hijau dan yogurt. Kali pertama minum daripada produk Yeo's ialah Teh kundur. Apabila minum sahaja teh kundur terasa hendak mahu minum lagi Teh Kundur kerana selama ini aku tak pernah rasa Teh Kundur.




[caption id="" align="aligncenter" width="640"]Status Halal Produk Yeo's Diragui? Tidur lena bersama Yeo's[/caption]

Teringat dahulu masa zaman universiti, di mana ada suatu kedai buat satu promosi daripada tin minuman produk yeo's sahaja dengan harga seringgit. Apa lagi, memang aku kaut semua Teh Kundur sampai habis. Sampai rakan aku dah 'masak' dengan karenah aku yang suka dengan minuman Kundur.


Tak semua orang suka dengan Teh Kundur, setiap orang berbeza-beza rasa lidahnya. Serius aku cakap, kalau waktu panas ditambah pula tengah kehausan pula masa tu memang lega kalau dapat minum Teh Kundur. Terasa badan begitu segar sekali. Itulah penangan Teh Kundur.  Sekali-kala tukar selera dengan minuman Teh Hijau, teh bunga dan soya.


Untuk minuman Yogurt pula, kebiasaannya aku akan minum pada waktu pagi. Perisa yogurt paling aku suka ialah asli dan anggur. Kalau ada roti di rumah memang akan di sapu dengan jem seri kaya dari produk Yeo's.


Apa pun, semua minuman dari produk Yeo's adalah yang terbaik dan menjadi pilihan utama dalam kehidupan aku untuk mengekalkan gaya hidup sihat yang berpanjangan.



Jom Meriahkan Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014


Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Get notifications from this blog

70 comments

  1. semoga berjaya bro, comel kucing tu :D

    ReplyDelete
  2. wah kucing pom suka yeos nih yer...eheh anyway good luck bro..

    ReplyDelete
  3. Gambar kucing paling takleh blah. Haha. All the best!

    ReplyDelete
  4. teh kundur memang sedap woo..rasa dia lain dari yang lain. hoho

    ReplyDelete
  5. suka tengok gambar dalam entri ni..

    ReplyDelete
  6. gambar kucing pun jadilah. hehe

    ReplyDelete
  7. Terima kasih, gambar biasa-biasa je

    ReplyDelete
  8. Kalau company Yeos ni perlukan QA atau Halal exec jangan lupa iklan kat gua.
    Brand dia memang dah masuk dengan orang Malaysia. Btw semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  9. serius comel kucing tu... apa2pun gud luck bro :)

    ReplyDelete
  10. wui habis la air tin aku , melekat bulu kucing tuh . hehe

    ReplyDelete
  11. hampir lupa isu tahun 2007 tu, umat Islam sangat sensitif isu ni.
    billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  12. pergh!! terbaiklah entri ini bro..hasil susunan kata dan gambar yang menarik..ada peluang bro akan berjaya nanti! tahniah diucapkan.

    ReplyDelete
  13. tak sejuk ke kucing tu pelukk ?

    ReplyDelete
  14. tiap kali bukak puasa yeos minuman harian kot masa bukak puasa..hehe

    ReplyDelete
  15. Kalau air nie memang YEO'S bagus laa.... kalau untuk makanan dalam nie masih lagi kena bersaing dengan jenama lain

    ReplyDelete
  16. Betul jugak, sebb makanan pun dah banyak bursa ing.

    ReplyDelete
  17. Lega bila berbuka dengan yeo's

    ReplyDelete
  18. Kuching tahun dengan kesejukan..hehhe

    ReplyDelete
  19. Kuching tahan dengan kesejukan..hehhe

    ReplyDelete
  20. Good luck Bahrain..tentang status halal tu memang confirm kan..so tak perlu risau...

    ReplyDelete
  21. halal haram memang sensitif......tp selagi jakim dan jabatan agama berfungsi pasti tak ade masalah

    ReplyDelete
  22. menurut saya kalau produkj legal ada di iklan tentu sudah persiapkan segalanya,termasuk sertifikat kehalalan

    ReplyDelete
  23. jangan tergesa2,biasa dalam persaingan bisnis

    ReplyDelete
  24. minuman yang ada di mana sahaja.

    ReplyDelete
  25. produk yeos sangat sedap dan sangat berkualiti...!!

    den dah SHARE di facebook ya bro...=)

    ReplyDelete
  26. comel plak en.meow tu jadi model..
    semoga berjaya yer untuk contest ini.

    ReplyDelete
  27. setiap kedai mesti ada jual minuman. ;)

    ReplyDelete
  28. Terima kasih akan like dan g+ blog saudara. :)

    ReplyDelete
  29. […] Salam, blog saya tak ada dalam senarai yang dituliskan atas. http://www.adarain.com/2014/02/status-halal-produk-yeos-diragui/ […]

    ReplyDelete
  30. Belum pernah try teh kundur..biasa teh bunga tu..nak kena try gak ni

    jgn minum, terus kendur sudahlah...hahahha

    done bro! selamat berjaya

    ReplyDelete
  31. betul tu bro hazman =)

    kalau ikut apa yg aku selidik (macam conan plak dah...haha)

    mmg kategori soya...mmg 1st..lain2 mmg belum..kena kerja kuat lagilah

    ReplyDelete
  32. Zumal pun suka Teh kundur, manisnya dan baunya tu rasa istimewa sangat.

    ReplyDelete
  33. kucing tu pun minum Yeos juga...hehehe...Good Luck yer

    ReplyDelete
  34. tak minum dia tengok dan pegang je. :)

    ReplyDelete
  35. rasanya memang lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  36. Osah hebat eh. Den share dah.

    ReplyDelete
  37. kucing pun minum yeos... terbaik
    http://www.iuzira.com/2014/02/yeos-pilihanku.html

    ReplyDelete
  38. Produk Yeos sememangnya ada sijil halal yg diiktiraf.

    ReplyDelete
  39. kekadang kalau bab status halal nie orang suka buat khabar angin untuk menjatuhkan sesetengah pihak..tapi dengan maklumat dan info yang betul kita boleh membuat pilihan yang tepat...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  40. Itulah yang terjadi pada produk yeo's di mana ada pihak tertentu cuba untuk menjatuhkan produk tersebut.

    ReplyDelete
  41. Salam... artikel yg menarik daripada bro... Dah disahkan oleh JAKIM status halalnya, tak perlu was-was lagi. Semoga bro berjaya.... TQ.

    ReplyDelete
  42. waalaikumussalam. artikel biasa-biasa sahaja. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  43. wah~ kucing tidur berbantalkan Yeo's Teh Hijau... huhu~
    btw, good luck, ya...
    saya support entri ini dgn G+ dan FB Share...

    ReplyDelete
  44. terima kasih ya kerana singgah entri blog ni yang tak seberapa.

    ReplyDelete
  45. mantap entri ni.. smoga berjaya..

    ReplyDelete
  46. pergh!
    detail.. good luck bro...

    ReplyDelete
  47. kami akan menjadi photo dan video rasmi event SBB nanti. ada live update di instagram. so, make sure singgah blog kami dan follow kami di instagram ye! :)

    ReplyDelete
  48. terbaiklah gambar kucing tu..comel je

    lepas komen ni terus tekan +1 and like

    goodluck!!!

    ReplyDelete
  49. nak ke titan..?? aku ada 10 botol ni.. hehehe

    ReplyDelete
  50. Baru tengok video SBB2014. Memang terbaik!

    ReplyDelete
  51. Produk keluaran Yeo's ini mudah untuk diperolehi.

    ReplyDelete
  52. mana-mana kedai mesti ada yeo's

    ReplyDelete
  53. chomel je kucing tu. ahhah saya everyday minum soya yeoh's :/

    jemput singgah http://iluvtour.com

    ReplyDelete
  54. Teh kundur!!!!

    antara minuman kegemaran aku jugak

    ReplyDelete
  55. Ohhh tajuk bikin panas aje..hehe..tahanks bro..lepas ni memang pekena yoes selalu lah...haha

    ReplyDelete
  56. Wow, marvelous blog format! How lengthy have you ever been blogging
    for? you made running a blog glance easy. The overall glance
    of your web site is great, as smartly as the content!

    ReplyDelete
  57. ihhhhh .... kucingnya lucu Binggo
    thanks yo infonya ^_^b

    ReplyDelete