Konsert Liar FMFA14 Mengundang Bala
Salam sejahtera kepada semuanya. Harap pembaca dalam keadaan sihat selalu. ALHAMDULILLAH, setelah mengalami kemarau yang amat panjang kira-kira dalam sebulan lebih, akhirnya bumi telah dibasahi dengan air hujan selama 2 hari berturut-turut di kawasan Johor Bahru.
Namun, di sebalik semua itu misteri kehilangan MH370 masih belum terjawab dan berharap usaha akan terus digandakan serta berdoa agar semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat.
Konsert Festival Future Music Asia 2014
FMFA telah dianjurkan buat pertama kali pada tahun 2012. Pada tahun ini, konsert telah mengegarkan suasana di perkarangan Stadium Bukit Jalil dengan persembahan puluhan artis bertaraf antarabangsa serta menampilkan deejay terkenal bertaraf dunia.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Walaupun kehilangan pesawat MH370 belum terjawab tetapi konsert Festival Future Music Asia 2014 tetap berlangsung tanpa diketahui umum malah telah mengorbankan 6 nyawa manakala 3 lagi berada dalam kritikal akibat pengambilan dadah secara berlebihan.
Adakah ini merupakan salah satu bala yang telah diturunkan oleh ALLAH S.W.T terhadap orang yang lalai dan leka dengan konsert yang tidak bermoral.
Sedih sebenarnya konsert ini dibenarkan untuk beraksi di Malaysia dan kebanyakkan golongan muda/remaja menyaksikan konsert tersebut tanpa perasaan takut tetapi gembira dengan adanya kewujudan FMFA
Malah kalau kita lihat cara pemakaian dan tutur caranya sebelum acara FMFA berlangsung yang ditemu bual oleh seorang wartawan sudah jelas menampakkan budaya mereka yang sangat liar dan suka pada hiburan yang melampau. Ketika acara berlangsung, semuanya bagaikan orang gila yang menari tidak tentu arah sambil berpelukan tanpa segan silu.
Pengajaran Konsert Liar FMFA14 Mengundang Bala
"SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap
Kelihatan kerajaan tidak serik anjur konsert seperti konsert liar fmfa14 yang melalaikan serta meruntuhkan akhlak moral remaja masa kini. Maka jangan hairan, acara konsert dibenarkan tetapi acara kerohanian pula dihalang.
Apa pun yang berlaku, kerajaan yang sedia ada kena peka dengan perketat syarat konsert yang tidak diendahkan. Dan berharap tiada konsert dari luar negara yang membawa imej buruk serta mengurangkan aktiviti konsert di Malaysia.
Semoga kita dapat mengambil iktibar berkenaan dengan kejadian di konsert liar FMFA14 yang telah mengorbankan 6 orang nyawa sekaligus di kategorikan sebagai 'mati katak'. Mati yang sia-sia.
Get notifications from this blog
yang peliknya macam mana konsert ni boleh diluluskan untuk diadakan di Malaysia...pergi konsert, layan dadah berlebihan...mati sia2 je...
ReplyDeleteSelalunya kita hanya tersentak seketika...kemudian lupa. Malang dan sedihnya melihat generasi yg penting untuk masa depan negara ini tumpas sia-sia...
ReplyDeletePelik juga kenapa boleh dianjurkan dan diluluskan konsert ini diketika ini, sedangkan semua program hiburan di TV pun d tangguh sementara.
Paling menyedihkan ialah bila negara sedang mengalami pelbagai permasalahan, konsert spt ini boleh lagi diteruskan... pihak2 tertentu seharusnya lebih sensitif terhadap sensitiviti rakyat Malaysia terutama ttg isu MH370 & pelbagai musibah lain yg sedang melanda ketika ini. Nak dijadikan iktibar... ada pula kematian yg berlaku... peringatan yg patut direnungkan & dijadikan pengajaran...
ReplyDeleteAllahuakbar..dalam kesibukan misi pencarian MH370 masih ramai yang mampu nak bersuka ria..Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami..turunkanlah hujan yang lebat supaya empangan2 kami dipenuhi air..supaya udara kembali bersih..supaya langit kembali cerah..temukanlah pesawat MH370 supaya anak2 kembali ke pangkuan ibubapa..suami2 kembali ke pangkuan isteri..ibu2/ayah2 kembali ke pangkuan anak2..isteri2 kembali ke pangkuan suami2..aminn..
ReplyDeleteTips Atasi Masalah Rambut Gugur
Kalau tak silap salah satu korban pakai tudung,macam masih dibawah umur.
ReplyDeletememang tak sesuai masa dan gayanya..
ReplyDeleteLihat video liburan sampai tak ingat dunia
ReplyDeleteSebaiknya haramkan semua Konser Liar ini. Kes macam ni sangat banyak kematian seperti ASOT 650 tu. huhu
ReplyDeleteSaya pun pelik dan macam-mana kegiatan konsert yang sedang berlaku tidak dipantau secara teliti.
ReplyDeleteHiburan tv ditangguhkan tetapi konsert tidak ditangguhkan demi kepentingan syarikat penganjur. Sangat memalukan.
ReplyDeleteKita berharap perkara ini tidak berulang kali.
ReplyDeleteAMIN~
ReplyDeleteYa, saya pun ada perasan gambar perempuan bertudung terpampang dalam surat khabar.
ReplyDeletekonser seperti ini pastilah lebih banyak mudharat daripada kebaikan, bercapur baur dan mudah sekali terjadi keributan
ReplyDeleteyang menyedihkan ada saudara seislam yang meninggal dikonsert tersebut
ReplyDeleteHarap-harap pihak-pihak yang terlibat mendapat pengajaran dari kes ni...Hiburan yang bertukar tragedy...
ReplyDeleteinilah perkara yang amat memalukan kita semua..semoga menjadi pengajaran bahawa maksiat memang mengundang bala..
ReplyDeletedalam sibuk kisah MH370 tiba-tiba dengar sampai 6orang mati, banyak hikmah dari kejadian ni.
ReplyDeleteSemoga terdapat pengajaran dalam setiap musibah yang berlaku dalam hidup kita... ;)
ReplyDeletedengan uang segalanya berlaku
ReplyDeleteGua rasa tak perlu diadakan konsert seupama ini, byk keburukan drp kebaikan. Inilah yg membuat ramai pihak menyalahkan kerajaan tidak Islamik.
ReplyDeleteMuzik tu tak salah, yang salahnya cara orang yang mendengarnya. Punya ekstrem sampai tak hingat dunia. Bila kita marahkan konsert-konsert sebegini, kang ada je yang salah anggap ingatkan kita ni anti muzik. Orang lain pun sekali-sekala berhibur, tapi takda la sampai menjahanam diri dan masyarakat macam orang-orang kat event tu.
ReplyDeleteInilah bukti bahawa negara kita sedang di ambang bahaya. Ramai anak-anak muda sudah terpedaya dengan kebebasan dunia yang melampau. Sedihnya...
ReplyDeleteapa konsert tak perlu cari sebab kalau konsert sah ada pertemuan lelaki dan perempuankan..salah satu genjala remaja kita suka bersosial
ReplyDeleteTepuk dada tanya selera.
ReplyDeletesekejap je lah ni, karang lupa balik, masyarakat kita kan gitu.. ntah apa yang nak dienjoykan sangat pun mama tak faham, terjoget-joget, lagu ntah apa-apa.. eii.. pelik lah..
ReplyDeletenauzubillah semoga ianya jadi pengajaran utk semua dan sentiasa beringat yang Allah Maha Berkuasa
ReplyDeletekonsert yg xpatut disertai org islam
ReplyDeletetuhan baru tunjuk sikit tu :)
bagaimana negara lain menilainya...
ReplyDeletekat barat mereka menggunakan istillah konsert sebab yang datang adalah terdiri daripada pencinta2 muzik...bila kat sini istillah konsert tu lebih sesuai ditukar kepada party sebab majoriti yang datang hanya mau berpesta...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-