√ Kapten Norudin Dan Bomoh Tentang MH370 - Adarain

Kapten Norudin Dan Bomoh Tentang MH370

Sejak kehilangan pesawat MH370, telah lahir 'pemikir' yang tidak bertauliah. Saya sangat pelik dengan status laman sosial yang semakin merepek berkenaan dengan kehilangan pesawat MH370. Bagaimana mereka mereka tergamak menulis status yang merepek secara terang-terangan tanpa berfikir dengan waras.

Dek kerena 'pemikir' yang tidak bertauliah mengemaskini status di laman sosial, maka ramailah yang mula percaya bulat-bulat dengan status yang telah dikemaskini itu. Tanpa sedar, mereka telah membawa satu fitnah yang besar. Sila pastikan kesahihan status atau berita yang disampaikan dalam laman sosial tidak kira sama ada facebook mahupun twitter.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Kenyataan Kapten Norudin Abd Majid Tentang Kehilangan Pesawat MH370.


Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Kapten Norudin selaku ketua juruterbang Boeing 777-200 di Malaysia beberapa hari yang lepas di TV3. Menurut Kapten Norudin, ini bukanlah kes pertama pesawat hilang dari udara.

Tambah beliau, perkara yang ajaib dan membingungkan buat Malaysia dan seluruh dunia ialah apabila pesawat MH370 hilang terus tanpa dapat dikesan oleh radar skrin dari Pusat Kawalan Trafik Udara, Subang.

Apabila ditanya oleh wartawan berkenaan dengan pesawat yang hilang, adakah ia boleh ditemui? Apabila ia boleh ditemui, bagaimanakah caranya?

Beliau menjawab, ALLAH S.W.T telah memberi kita segala cara iaitu menggunakan kebolehan, pengetahuan, kepakaran dan orang tertentu. Orang-orang yang tertentu yang dimaksudkan di sini ialah doa dari orang-orang yang soleh dan mangsa ahli keluarga.


Sains dicipta sendiri oleh PENCIPTA iaitu ALLAH S.W.T yang memberi ilham kepada manusia untuk mencipta sains. Di sini, ALLAH S.W.T menunjukkan kekuasaan bahawa tiada manusia mampu mencari pesawat MH370 dalam masa pantas sehingga kini tidak dapat dijumpai. Maka adalah cara yang terbaik ialah merendah diri dan berdoa kepada ALLAH S.W.T agar dipermudahkan urusan mencari pesawat MH370 sekaligus merungkai masalah kehilangan tersebut.

Perbuatan Bomoh Jelas Syirik


Bila sebut sahaja Bomoh sudah tentu Bomoh itu mengamalkan perkara yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Ada pun, ayat-ayat al-quran yang dibacakan pun telah bercampur dengan jampi-jampi serampah yang tidak pernah didengar sebelum ini.

Apa yang dikesalkan disini, kehilangan Pesawat MH370 dibenarkan pula bomoh untuk untuk mengamalkan perbuatannya di khalayak orang ramai di KLIA. Ada pun kemasukan bomoh tanpa sedar daripada kakitangan KLIA harap selepas ini ambil dengan serius.

Malulah kita sebagai Malaysia yang berstatus Negara Islam dengan membenarkan perbuatan bomoh secara terang-terangan di hadapan orang ramai di KLIA. Sudah pasti, kita telah memberi pandangan yang buruk tentang Islam kepada orang ramai yang bukan Islam yang berada di luar.

Apa yang pasti Isu Kehilangan pesawat MH370 menjadi liputan seluruh dunia, maka bertambah malulah kita apabila dilihat oleh orang ramai dari pelusuk dunia. Kenapa tidak melakukan solat hajat secarah berjemaah di KLIA. Adakah itu cara yang lebih bagus daripada aktiviti  perbomohan yang dilakukan oleh Ibrahim Mat Zin.

Kesimpulan


Kita kena ingat, kehilangan yang berlaku pada pesawat MH370 bukanlah kes yang pertama. Sebelum ini, berlaku kes kehilangan Air France 447 ( 1 Jun 2009) yang mengambil masa 5 hari untuk menjumpai serpihan pesawat dan mengambil masa 2 tahun untuk menjumpai bangkai utama Air France 447.

Walau apa jua cara pun mestilah berlandaskan syariah Islam dan tidak boleh menyimpang dari ajaran tersebut. Sebagai umat Islam, apa yang perlu dilakukan ialah berusaha, sabar dan berdoa. Itulah kunci kita untuk menemui Pesawat MH370. Semoga dipermudahkan urusan.

Get notifications from this blog

33 comments

  1. memang sebuah jawapan yang terbaik dari beliau

    ReplyDelete
  2. misteri yang belum terungkai..

    ReplyDelete
  3. sabar dan tabhkan hati selalu itu perlu dari buang masa buat benda tak betul

    ReplyDelete
  4. Jawapan yg terbaik dari seorang yg cukup berpengalaman dlm bidang penerbangan ni.. klu kita tak ambil nasihat tu.. mmg tak taulah apa lagi yg nak dicakap. Marilah kita sama2 berdoa kpd Allah...
    Bab bomoh ni pun saya sgt tak setuju.. dah mcm Do Re Mi pun ada.. lepas ni tunggu 'bangsi ajaib' pulak keluar huhu...

    ReplyDelete
  5. Semenjak pesawat MH370 hilang.. Dah macam-macam spekulasi yang saya baca diinternet.... Diharap tiada lagi pihak yang pandai-pandai nak membuat cerita itu dan ini tanpa menyelidiki kesahihan sesuatu berita..

    ReplyDelete
  6. Satu dunia dah tengok bomoh tikar terbang kita.. Cemar imej

    ReplyDelete
  7. Tak salah berusaha tapi kekadang bila ada yang terlalu taksub boleh memalukan diri sendiri kan

    ReplyDelete
  8. Semoga MH370 dijumpai dalam masa terdekat nih...amin...

    ReplyDelete
  9. semoga pesawat mh370 akan ditemui dan doakan yg terbaik buat mereka

    ReplyDelete
  10. setuju!xpatut panggil bomoh dengan terang-terangan,umpama rakyat malaysia yakin pada bomoh sedangkan majoriti rakyat beragama islam.Allah adalah yang berkuasa,patut minta padanya, xperlu bomoh2 ni.

    http://teratakvitaminhaeida.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Ya marilah kita doakan supaya mh370 dapat ditemui

    ReplyDelete
  12. Harap lepas JAIS standby orang kat KLIA takde lagi yang berani macam tu.

    ReplyDelete
  13. bomoh ni dah sampai ke angkasa dah nih...

    ReplyDelete
  14. Bila ada kejadian macam ni, memamng perlu kembali kepada yang mencipta. Dia lebih tau...setiap dugaan yang diberi pasti ada solusinya..kita manusia diberikan akal untuk berfikir..semoga Allah mempemudahkan segalanya...Yang bomoh tu tak tau nak kata apa..siapalah punya idea tu...

    ReplyDelete
  15. Wow, that's what I was seeking for, what a material!
    existing here at this web site, thanks admin of this
    web site.

    ReplyDelete
  16. mengarut betul bomoh tikar terbang tu...buat malu je...

    ReplyDelete
  17. HANGAT!!! AS KATA ADA PETUNJUK MH370 TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI
    JOm BAca..
    http://medianetworksaya.blogspot.com/2014/03/hangat-as-kata-ada-petunjuk-mh370.html

    ReplyDelete
  18. kita doakan yang baik-baik untuk mereka ye..

    ReplyDelete
  19. itulah, mcm2x cara boleh kita usahakan

    ReplyDelete
  20. BUAT MASA SEKARANG SAYA TAKNAK DENGAR APA-APA SPEKULASI.. SAYA HANYA NAK TAU BILA KAPAL TERBANG ITU DAH JUMPA.. DAH MACAM MALAS NAK DENGAR PELBAGAI BERITA DAN SPEKULASI.. TAPI MASIH TERUS BERHARAP AGAR MH370 CEPAT DITEMUI..

    ReplyDelete
  21. sama2 nantikan.
    sama2 berdoa,
    sama2 berharap.
    insyaallah akan ada penyelesaian nnti.

    ReplyDelete
  22. Entqh la..kalau fikirkan logik memang dah tak masuk akal pangsung..tapi kenapa mereka tu seakan-akan ikut jer apa yang org sedang lakukan..

    ReplyDelete
  23. orang kita memang pelik bin hajaib hee..mula ikut filem tu

    ReplyDelete
  24. memang perlu juga kita meminta pendapat kepada para Ahli siapa tahu ada petunjuk terhadap hal ini setelah itu mari berdoa karena usaha sudah maksimal namun belum ada petunjuk tentang keeradaan peswat ini

    ReplyDelete
  25. Sungguh memalukan bomoh ini jelas bukan ajaran Islam untuk bomoh-bomoh ini

    ReplyDelete
  26. Emm macam2 hal kan..macam mana diorang fikir pun tak tahulah..

    ReplyDelete
  27. Jawapan Kapten Nordin tu memang sempoi hehehe..:) terbaik

    ReplyDelete
  28. Pengumuman baru oleh PM mengenai status baru. Menimbulkan persoalan baru nasib MH370 ini.

    ReplyDelete
  29. InshaAllah, saya yakin boleh bertemu dalam masa yang singkat dengan izin ALLAH.

    ReplyDelete
  30. salam.. betol2.. kat fb bayak keyboard worrior.... kdg ckp doa... tp ade yg x buat pon

    ReplyDelete
  31. Dah seminggu lebih, masih menjadi misteri. Malah ada yg mula mengaitkan dengan politik pula. Otak sempit!

    ReplyDelete
  32. Masing-masing ada cara tersendiri. Orang beriman dengan cara orang beriman, orang takda iman cara dia la. Polis, tentera, CIA, FBI, Interpol, nelayan dan orang perseorangan mencari dengan cara dan gaya tersendiri. Nak salahkan mereka 100% memang tak boleh. Sebab itu ilmu yang mereka dapat dan amal.

    ReplyDelete
  33. yang guna bomoh tu, satu malaysia kot geram dan tak puas hati.
    memang jelas bercanggah dengan islam.
    haishhh..

    ReplyDelete