√ Tontonan Movie Paling Menarik Sempena Hari Ibu - Adarain

Tontonan Movie Paling Menarik Sempena Hari Ibu

Selamat hari ibu sedunia di ucapkan kepada mereka yang bergelar ibu khususnya di Malaysia. Cakap pasal pengorbanan ibu kalau hendak diceritakan memang tidak akan habis.

Saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan dengan salah satu filem jepun dan satu drama korea selatan yang saya rasa sesuai dengan tema hari ibu sepanjang zaman. Filem dan drama melayu sudah biasa sangat tengok masih still terbaik.

Tontonan Sempena hari Ibu

Movie Wolve Children

Wolve Children merupakan filem animasi dari Jepun. Filem ini mengisahkan seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh berubah menjadi serigala. Mereka berdua hidup bahagia sehingga melahirkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang boleh bertukar menjadi serigala seperti bapanya.

Tontonan Movie Paling Menarik Sempena Hari Ibu
sekadar gambar hiasan
Malang tidak berbau, bapa mereka telah mati ditembak dan telah menyebabkan ibu tersebut merasa sedih dan kesunyian setelah kehilangan suaminya. Ibu tersebut mengambil keputusan untuk berpindah dari bandar ke kawasan perhutanan sebelum diketahui orang ramai kerana melihat anak-anaknya yang sering bertukar menjadi serigala tanpa sedar.

Beberapa tahun kemudian, anak perempuannya yang semakin besar serta matang mampu menyesuaikan keadaan dirinya yang boleh bertukar menjadi serigala serta mahu menyambung pengajian yang lebih tinggi bagi menampung kehidupannya bersama ibu. Manakala, anak lelakinya mengambil keputusan yang sebaliknya iaitu menjadi serigala untuk selama-lamanya dan mahu tinggal di hutan.

Ibunya terpaksa redha dengan pilihan anak lelakinya yang tetap dengan pendiriannya walaupun menyakitkan untuk dilepaskan anak lelaki kesayangannya itu.

Review Wolve Children

Filem ini sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga dengan jalan ceritanya yang menarik walaupun agak slow sedikit. Suatu kebiasaan untuk filem animasi jepun yang agak slow sedikit.  Dari filem ini, kita dapat lihat pengorbanan si ibu membesarkan anaknya yang luar biasa dengan perangai sukar dijangka. Dengan ketabahan melalui kehidupan tanpa suami, telah berjaya membesarkan anak-anaknya dengan didikan terbaik.


Drama God's Gift - 14 Days

God's Gift merupakan drama korea yang popular dan hebat dengan jalan ceritanya yang menarik. Baru sahaja menamatkan episod pada awal mei lalu.

Drama ini mengisahkan di mana seorang ibu yang telah kematian anak perempuannya kerana telah dibunuh dan dijumpai mati dalam sungai. Ibu tersebut yang tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya bertekad untuk membunuh diri ke dalam sungai.

Perkara yang tidak disangka, ibu tersebut telah diselamatkan oleh seorang lelaki namun perkara aneh yang berlaku apabila tersedar dari pengsan di mana bergerak kembali ke masa lalu iaitu 14 hari sebelum kejadian kematian anaknya.

Ibu tersebut merasa gembira melihat anak perempuannya telah hidup namun ibunya perlu menyiasat dalang pembunuhan anak perempuannya sebelum kejadian berlaku lagi ke atas anaknya itu. Siapa yang membunuh anaknya itu? Dapatkan anak perempuannya terselamat dari kematian terjadi lagi?

Review God's Gift 14 days


Tak dapat dibayangkan kos yang dilaburkan dalam drama ini yang mungkin berjuta-juta. Drama Malaysia mungkin tidak dapat melepasi kos yang dilaburkan seperti drama ini. Drama thriller dan fantasi ini kalau dilihat merupakan sebuah kisah pengorbanan ibu yang sanggup bermati-matian demi menghalang anaknya dari dibunuh oleh penjahat yang penuh misteri. Drama ini banyak bermain persoalan yang memerlukan kita untuk berfikir siapakah pembunuh yang sebenarnya dan penuh dengan babak aksi dan suspend.

Get notifications from this blog

22 comments

  1. So cute..is a great movie.

    ReplyDelete
  2. wow.. bestnya citer2. semalam beli cd frozen, anak2 nak tengok. mlm tadi 2 round diorang layan.

    ReplyDelete
  3. tak dapat tengok cerita ini.tapi sejak seminggu yang lalu leka cerita her legend tv2. kisah mak angkat dan anak yatim piatu,oh tersetuh sungguh.

    ReplyDelete
  4. frozen anak saya suka tengok mula suka dah lama jadi jemu tidaklah dia tengok heee

    ReplyDelete
  5. Cerita kartun Jepun memang best! Saya minat betul!
    Cerita Korea tu pun macam best jer...bila agaknya dapt diulang siar...

    ReplyDelete
  6. Filem frozen memang best tu. Budak-budak suka tengok berkali-kali. Saya sekali sudah cukup. :)

    ReplyDelete
  7. kalau tegok gambar memang cute budak-budaknya. :)

    ReplyDelete
  8. pilihan kartun / movie yg bgus nak ditonton..
    siap ada review lagi..dasyat!

    ReplyDelete
  9. wow.. Menarik! bestn baca review ni.. nanti nak cari la! :D

    ReplyDelete
  10. mcm best jer... terus google Wolve Children kat youtube.........

    ReplyDelete
  11. Macam menarik je cerita ni. Mesti tengok ni

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Ibu Bahrain. Eh.. Bahrain ni ibu ke? hahaha

    ReplyDelete
  13. AKU NI BUKAN MOV[IE OR DRAMA MANIAC.. TENGOK TV PON MACAM TAK TENGOK.. ANAK2 JE YANG HARI2 NENGOK KARTUN..

    ReplyDelete
  14. macam menarik.. nk kena cari la cerita wolf children tu..

    ReplyDelete
  15. macam best filem wolwe children tu. kalau ada mas boleh cari cerita ni.

    ReplyDelete
  16. ibu segalanya yang terbaik untuk kami kerana ibu kami ada

    ReplyDelete
  17. Menarik.. anak2 pun suka. Boleh menonton seisi keluarga.. :)

    ReplyDelete
  18. Wah, menarik cerita ni, ilustrasi pun cantik.

    Anak saya pun duk ulang cerita frozen.

    ReplyDelete