Breeks Cafe - Kalau aku dah datang bandar Johor Bahru, mesti cari tempat makanan sedap. Kat kg aku tak dapat merasa macam ni. Selepas merasa makanan di Pot's Kitchen Cafe, kali ini try makan pula di Breeks Cafe di City Square Mall, Johor Bahru.
Sekali pandang warna tema cafe tersebut sama seperti Secret Recipe iaitu warna merah. Begitu juga dengan dekorasi dalam kafe tersebut cuma menu sahaja yang berlainan
Menu Breeks Cafe
Makanan utama yang ada pada cafe kalau aku tengok ada pelbagai masakan barat, Pasta, Steaks, Chops, Grills, Desserts dan banyak lagi. Minuman yang ada pun sangat terhad.
Berikut adalah makanan yang telah di-order
Aku memang teringin nak makan Pasta sebab dah lama tak makan kemudian tambah satu coleslaw yang rasanya sebijik macam KFC punya brand.
Minuman di bawah diberi nama black forest macam nama kek. Rasanya seperti Coffee caramel dan sedap.
Kalau tengok harga menu makanan kat sini memang orang akan cakap orang kaya je yang mampu makan kat sini hari-hari. Harga lebih kurang sama macam restaurant @ cafe lain. Sekali-sekala makan kat sini bolehlah bukannya selalu pun menghabiskan duit untuk makanan yang sedap macam ni. Ye dok?
24 Comments
aik makan lagi adeh jauhnya pi jalan cari makan admi uik..
Memang sedap makan bolognese
Lebih lebih lagi kalau tambah lada hitam dan cili api.
Malaysian style
dua batang dekat pasta tu apa benda?.. hiasan ke blh makan?
Sebagai hiasan tapi boleh makan. Rasa macam keropok.
hohoho..
cam sedap je coleslow tu..
Saya memang gemar makan makanan pasta kecuali sos putih dan cendawan.
Jalan jauh sebab ada hal kat Jb, sekali tu cari makan juga. :)
Terima kasih di atas pekrongsian info... Sekarang ni saya berada di JB.. Ada pertandingan catur dekat UTM... kalau ada masa nanti bolehlah singgah kedai ini...
terliur kak yati tengo makanan ni.. sedap... wajib datang ke sana ni..
jemput jalan2 ke blog akak..
lama tak jalan-jalan jb, kalau balik rumah parents pun tak sempat meronda. lepas nie boleh kut.
Fulamak makan menu western. Memang best.
Assalammualaikum...
Pehhh... sedap dan menyelerakan... ooo nie kat CS kan!... tpt shopping terkenal kat JB..
mselim3
salam..
waaa.. thanks sbb rekomen tmpt mkn kat sini.
nxt trip nak ke JB lagi tak yah nak garu kepala cari tempat makan
Mekacih tau :)
Sekali sekala nak layan tekak kalau harga mahal pun ok je. Hoho
betol. :)
Waalaikumussalam, sama-sama. hahaha.
Fuhhh..bila lah agaknya saya nak try semua ni..haha
haha, ada rezeki boleh try.
sedapnya black forest tu.
Wah nampak menyelerakan sangat2..
Kalau tengah lapar apa2x makanan nampak menyelerakan. :D
sekali sekala, nak naikan selera makan ok je. nampak menyelereakan.
jadi lapar semula gua pagi-pagi buta nih..haishhhh
Sekali-sekala ubah angin apa salahnya. hehe