Kenangan Ketika Menjadi Budak Kecil
Adakah anda rindu dengan zaman ketika menjadi budak-budak. Boleh dikatakan sangat innocent dengan kelakuan yang mencuit hati apabila dikenang balik.
Siapa ada gambar dalam album pasti tersenyum keseorang kerana tidak menyangka bahawa telatah zaman ketika menjadi budak kecil
Namun, masa tidak boleh diundur kembali. Masa akan terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke hadapan dan masa tidak akan mendengar permintaan kita untuk memutarkan kembali zaman kecil-kecil. Yang lepas tu biarlah lepas dan dijadikan sebagai kenangan yang terindah seumur hidup.
[caption id="attachment_2672" align="aligncenter" width="700"]
Antara Kenangan Ketika Menjadi Budak Kecil
Jom kita lihat apa kenangan anda ketika menjadi budak Kecil yang telah dikongsikan melalui Whatsapp:
- Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
- Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
- Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
- Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
- Lukis burung guna huruf 'm'.
- Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
- Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
- Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
- Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
- Fikir dunia kartun memang wujud.
- Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
- Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
- Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
- Susun kusyen dan buat seni binaan.
- Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
- Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
- Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
- Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
- Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
- Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
- Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
- Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
- Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
- Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
- Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
- Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
- Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
- ada lagi? ......Bolehlah tambah di bahagian komen. :)
Tidur Malam Dengan Twilight Turtle Night Lights
Korang mesti tengah senyum sorang.-sorangkan bila korang baca memory ketika menjadi budak kecil kat atas ni. Aku share sebab tahu korang mesti pernah buat. Kenangan masa kecil mana boleh lupa
Get notifications from this blog
Zumal main labah2 kot nanti boleh jadi spiderman ^_^
ReplyDeleteden nak kembali jadi budak budak. seorang free dreamer. dare to dream big. kejar cita cita sejak kecil. mungkin akan ada bnyk perubahan klu semua tu berlaku :)
ReplyDeleteHahahaha...memang macam ni kan zaman kanak2..saya suka zaman kanak2..riang gembira dan selalu gelak ketawa..bila dah besar ni, ada masa memang nak jadi budak balik...sekarang, saya ajarkan anak saya pula cakap depan kipas..hahaha
ReplyDeleteTulis nama kat papan hitam siapa yang bising. Bila dah start tulis nama tu, semua pakat diam. Hahahahaaa
ReplyDeleteoh.. tetiba terasa tua.. hahaha
ReplyDeleteTuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring sering buat gak hee..part memang sungguh memori yang lain best gak..
ReplyDelete"saya suka main kawin-kawin" kejadian berlaku masa kami main pondok2 blg umah masing2..mengadap pantai plk tu uh...
Ha ha semuanya betul ...teringat balik zaman Kecik Kecik dulu
ReplyDeleteSaya pun rindu dgn zaman kanak2.. bnyk perkara yg kat atas tu saya buat juga hehee... :D
ReplyDeleteMemang nostalgia.. Tengok kartun ninja turtle..
ReplyDeleteDan banyak lagi kartun best..
Oh.. Bestnya zaman kanak kanak dulu
haha, dulu aku pun pk berangan macam tu. :)
ReplyDeleteMasa kecil memang angan-angan besar tapi tak semua kita boleh dapat.
ReplyDeleteMasa kecil ni best takde masalah nak fikir.
ReplyDeletezaman duduk kelas. Ada yang main macam roda impian kat papan hitam tu.
ReplyDeleteSamalah. hehee
ReplyDeleteowh yg tu pun selalu buat letak air kat piring. hahaa. mesti kelako bila dikenang balik bab main kahwin-kahwin. haha
ReplyDeleteSiapa yang tak rindukan..hehehe.
ReplyDeleteBanyak lagi karton yang best masa kecil macam dragon ball, digimon, dan banyak lagi.
ReplyDeleteOMG, tua nya I..haha!
ReplyDeleteJap, ada ke tapak tgn berbentuk K? :P
biasalah tu. nama puun budak kann. haha..
ReplyDeleteZaman kanak-kanak suka melakukan adventure tanpa memikirkan kesannya. Yang penting seronok.
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletekenangan masa kecil2, kenangan yang tak boleh lupa...
mselim3
psl: bro dah senaraikan semua.. kenangan tu.
Kenagan betul kalau teringat balik zaman tu. Tapi kena kena pandang ke hadapan. Tak boleh nak undur balik dah.
ReplyDelete90% benda2 tu aku pernah buat,..heheeh
ReplyDeleteHaha.. Sampaikan sekarang kartun kartun tu masih ada lagi.
ReplyDeleteOrang sekarang ni dah hilang kreativiti agaknya
Ninja turtle pun dah masuk wayang semula
yap, benda lama jangan dikenang lama sangat.
ReplyDeletememang kangen permainan zaman kecil
ReplyDeletezaman kecil sangat mengenang
ReplyDeletehaha...bila ingat balik zaman kecik2 dulu...memang kebanyakannya pernah buat semua benda2 ni...part bulan ikut kita tu aku ingat aku sorang je perasan masa kecik2 dulu...hee
ReplyDeleteBaca ni rindu zaman kanak-kanak.
ReplyDeletepernah buat hampir semuanya. hihih kenangan mengusik jiwa. chewahh
ReplyDeleteMemang seronokkan zaman kanak-kanak, tak ada masalah.
ReplyDeletehahha..mengimbau kenangan..zaman kanak2 dulu tak macam zaman kanak2 sekarang yg banyak main game dalam rumah..
ReplyDeleteZaman dulu aktiviti banyak main diluar berbanding sekarang.. Budak suka main dalam rumah main hp.
ReplyDelete