√ Drama Korea Paling Best 2014 - Adarain

Drama Korea Paling Best 2014

Tahun 2014, tak semua drama korea yang sempat aku tengok dan boleh di bilang dengan jari berbanding dengan tahun 2013.

Drama Korea Paling Best 2014


Kebanyakkan drama Korea 2014 sangat menarik, lagi-lagi yang berbentuk fantasi dan aksi. Berikut adalah 5 drama bersiri korea paling best 2014 yang pernah ditonton.

Drama Korea Paling Best 2014
Drama Korea Paling Best 2014
1) 3 Days
Mengisahkan seorang bodyguard kepada presiden Korea. Pada suatu hari, sedang presiden Korea menikmati percutian ke villa, terjadi suatu misteri di mana terdengar tiga (3) kali tembakan dan ramai yang menyangka presiden Korea sudah mati tetapi sebenarnya sudah hilang. Bodyguard terpaksa berhempas pulas untuk mencari penyelesaian disamping mencari presiden yang hilang sekelip mata.


Review: Drama aksi ini memang sangat best, bodyguard hanya diberi masa hanya 3 hari untuk mencari presiden yang hilang dari episode 1 sehingga 16.

2) God's Gift 14 Days
Seorang ibu yang telah kehilangan anak perempuannya tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuannya telah mati dibunuh dan cuba membunuh diri. Namun, perkara yang pelik telah terjadi di mana si ibu tersebut telah 'travel' ke masa lalu iaitu 14 hari yang lalu. Dari situ, si ibu mempunyai peluang untuk menghalang dari anak perempuannya dari mati dibunuh. Adakah si ibu berjaya mencari siapa pembunuh sebenar anak perempuannya? kena tengok sendiri


Review: Drama fantasi ini memang sangat best dan pembunuh anak perempuannya memang tak disangka di penghujung episod.

3) Fated To Love You
Merupakan sebuah drama romantik di mana sebuah pasangan telah tertidur bersama tanpa disedari apabila terminum yang telah diisi pil khayal oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan perempuan tersebut hamil. Adakah hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat?


4) Angel Eyes
Juga merupakan sebuah drama romantik mengisahkan seorang heroin yang buta pada zaman remaja dan ada seorang hero minat terhadapnya. Hubungan mereka tidak kekal lama sehingga 12 tahun kemudian. Heroin tersebut kini sudah dapat melihat hasil derma dari emak lelaki yang mati akibat dilanggar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Babak semakin rumit di mana heroin tersebut tidak dapat menerima hakikat bahawa mata yang didermakan padanya adalah dari ibu teman lelaki tanpa pengetahuannya dan bersangkut paut dengan kisah lalu langgar lari ibu hero.

5) You're All Surronded
Mengisahkan empat (4) orang detektif baru yang baru dilantik dalam satu kumpulan di Gangnam. Dalam drama ini, kisah perjalanan 4 detektif ini menjadi fokus utama cerita serta melihat bagaimana 4 detektif baru ini memecahkan teka-teki kes yang misteri.

Kesimpulan


Kalau mengikut rating utama yang mendapat tempat Pertama dalam koreandrama.org adalah Inspiring Generation. Tapi aku tak berapa gemar dengan jalan cerita tersebut. Lain orang lain seleranya. :)

Itulah sedikit sebanyak yang mampu aku kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan drama yang aku rasa best dan berbaloi untuk tengok time waktu lapang.

Get notifications from this blog

27 comments

  1. Drama Korea ni, sesekali melayan berair jugak mata ni kalau tengok. Filem yang boleh buatkan saya menangis, antaranya Miracle in Cell No 7.

    ReplyDelete
  2. Rasanya semua Drama Korea tu saya tak pernah tengok.. Jadi memang saya tak tahu mana satu yang best... Terima kasih di atas perkongsian info ini.. Secara tidak langsung memudahkan saya mengetahui Drama Korea mana satu yang best..

    ReplyDelete
  3. Bahayalah tengok drama korea ni...macam kecanduan, tak boleh dimulakan tengok...mesti akan terus melekat! Tidak dinafikan...jalan cerita drama korea agak menarik dan pelbagai, tak macam drama2 melayu.

    ReplyDelete
  4. Banyak gak drama korea bro layan. Saya baru layan 3 days jer.

    ReplyDelete
  5. Kesemuanya saya dah tonton..dan yang paling saya suka drama no 5..:)

    ReplyDelete
  6. Saya tengok jgk miracle cell no 7 tu. Hasben saya pun bergenang air mata.

    Rain, nnt artis KPop pompuan dtg malaysia, awak jgn bagi mereka peluk awak ye.

    ReplyDelete
  7. Movie itu memang best sangat dan paling menyedihkan. Kalau kpop perempuan memang takkan dapat pelok punya sebab datang konsert pun tak pernah. hehe :D

    ReplyDelete
  8. owh, yg no 5 tu memang best dengan aksi komedi terbaik.

    ReplyDelete
  9. ada masa terluang memang layan drama korea la jawabnya

    ReplyDelete
  10. hahaha, betul, memang comfirm melekat sampai larut malam nak tunggu habis episod drama.

    ReplyDelete
  11. Lama movie tu Miracle In Cell no 7, tahun 2013. Masih lagi diingati lagi sampai sekarang.

    ReplyDelete
  12. drama korea ada tarikan yang luarbiasa kepada jalan cerita,pelakon dan publisiti..

    ReplyDelete
  13. sila update blog lagi please. salam dari krabi.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum...mmg byk drama korea yg best sepanjang tahun 2014...:)

    ReplyDelete
  15. lama pulak tak tengok cerita korea ni...

    ReplyDelete
  16. dah lama tak layan cerita korea :)

    ReplyDelete
  17. bad guys pun ok gak drama diorang.

    ReplyDelete
  18. angel eyes sering denger tapi malah belum pernah nonton sob..he he

    salam admin satriyoku.blog

    ReplyDelete
  19. dah lama den tak tengok drama korea. last time den tengok waktu kluar fullhouse 2. walaupun pelakon dah lain, tapi still best

    ReplyDelete
  20. Full house 2 tak tengok lagi masa tu time rumah tak pasang wifi lagi. :D

    ReplyDelete
  21. pergh.. layan korea rupanya...

    ReplyDelete
  22. Layan la juga drama korea. hahahaha

    ReplyDelete
  23. Oh, peminat drama Korea rupanya. Baru tahu. Ingatkan drama Bahrain :p

    ReplyDelete
  24. Drama korea penuh cinta, romantis dan menguras air mata...

    ReplyDelete
  25. Wah first time saya tengok lelaki layan drama korea? Last saya layan, masa zaman Lee min ho dalam cerita Boys over flowers. Hahaha

    ReplyDelete