Blog adarain.com kini sudah masuk setahun bersama hosting tempatan yang setakat ini tidak ada masalah yang terlalu rumit cuma kebelakangan ini adarain.com telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dari Indonesia namun berjaya diatasi dengan segera.
Maaf gambar tiada atas kesilapan teknikal |
Apa yang Menarik Tentang adarain.com Sepanjang Tahun 2014
Jom kita selongkar apa yang menarik tentang adarain.com sepanjang tahun 2014.
Post popular 2014 adarain.com adalah:
- Jalan-jalan di Tanjung Balai, Pulau Karimun
- Mee Rebus Tulang Di Restoran ZZ Sup Tulang JB
- Mengapa Negara Islam Lain Membisu Tentang Palestin
- Tempat Menarik Di Bandung
- Kenapa Presiden Obama Datang Ke Malaysia?
Top Referring 2014 :
Pada tahun ini, selain google.com, guablog.com juga banyak menyumbangkan trafik akan tetapi telah memberhentikan perkhidmatan ping blog dan tidak pasti mengapa berhenti.
Top Commentar 2014
Terima kasih commentar yang sudi singgah ke sini. Boleh klik nama di bawah untuk melihat post mereka yang awesome!
Pencapaian Blog adarain Tahun 2014
Dalam tahun 2014, dari segi rangking alexa pernah mendapat 110,00 ke bawah boleh dikatakan pencapaian yang baik tapi semenjak sudah kerja, rangking alexa jadi tak menentu sehingga naik mendadak ke 200 k ke atas. Mood menulis pun sekarang semakin ke laut.
Contest banyak juga yang disertai lebih kurang dalam 11 contest namun hanya dua (2) sahaja contest yang berjaya dimenangi. Hadiah yang dimenangi adalah berbentuk wang dan sticker secara percuma mengikut rekaan sendiri.
Berjaya menjana kewangan melalui blog tetapi tidaklah sebanyak mana cukup sekadar mampu bayar domain dan juga hosting.
Harapan adarain Tahun 2015
Harapan kali ini untuk tahun 2015 lebih tinggi dari sebelumnya dan tidak mahu berharapan sederhana seperti tahun sebelumnya
Bila berharapan tinggi maka usaha harus juga digandakan untuk menjadikan blog sebagai wadah perkongsian yang menarik kepada pembaca sambil menjana kewangan lebih dari tahun sebelumnya.
Juga berharap, contest yang bakal disertai pada tahun ini bakal memihak kepada adarain jikalau ada rezeki. Kalau dah tak ada rezeki nak buat macam mana, redha je lah.
Setakat ini, belum ada perancangan untuk menukar tema blog dan lebih selesa dengan tema yang ada sekarang.
Yang penting, perancangan dan usaha perlu dilakukan supaya blog lebih maju dari sebelumnya terutama dalam penulisan.
39 Comments
Semoga blog ini berjaya mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun 2015...
Good luck rain. Semoga tahun 2015 akan terus cemerlang dgn blog ni.
Terbaik... Semoga terus berblog..
semoga lebih berjaya lagi utk 2015
Pencapaian bagus sepanjang 2014 yang lalu. Semoga terus sukses pada tahun ini :-)
InsyaAllah tahun ini harapan bakal jadi kenyataan buat semua... Amiiin...
bab ranking tak tahu nak kata ada masa naik ada masa turun aduh....celaru sungguh hee..ke rikut mood tuan blog tu sendiri heee..
mee rebus tu menarik perhatian gua..hehehe..bro nak belanja ke?
semoga tahun baru makin banyak kejayaan yang di capai..:)
Semoga tahun 2015 ini akan membawa lebih kejayaan buat blog ini. Terus bersemangat dan berusaha ya! Cuba tetapkan matlamat dan set dateline...itu salah satu cara yg boleh dilakukan.
jangan ke laut bro..bahaya..ops salah tafsiran
semoga terus sukses dalam tahun 2015
Salam bro..... semoga tahun 2015 tahun jana wang dan blog semakin dikenali. Insya Allah...
wahh..
memang macam-macam gak menarik tahun lepas ni sebenarnya..
pencapaian yang bagus tu, insyaAllah tahun ni lebih banyak lagi
Semoga terus mencapai kejayaan di tahun 2015 ini... aamiin. Salam ceria selalu.. :)
tahniah....semoga terus berjaya..
titan memang top komentar dalam blogging, mana mana pun dia ada :)
Go go chayok!!!! Semoga lebih menyengat pada tahun ni ye. Hehehe.
semoga terus sukses untuk tahun 2015 bro..
Good luck untuk tahun 2015. Semoga bertambah maju.
memang banyak kisah menarik tahun 2014 nih.
masuk tahun 2015 pun..dah macam-macam cerita panas.
Terima kasih :)
amin~
INSYA ALLAH :D
Dia memang rajin komen.
Terima kasih :)
Harap-harap begitunyalah.
amin~
Kalau ada rezeki boleh je bro. hehe
Banyak perkara yang nak dicapai, semoga tercapai.
selamat berblogging bro, dah lama x singgah sini
Jom semangat 2015! Kita sama-sama berusaha dan berdoa.. insyaaAllah lebih baik dari tahun sebelumnya ;)
INSYA ALLAH, sama-sama kita berusaha yang lebih baik.
thanks. :D lepas ni singgah selalu.
pencapaian yang positif, tahniah bro...
yeay... tumpang gembira jugak. bila la nak ada domain sendiri ni..
Beli domain sekarang jangan tangguh2x.
Tq hafiz.
Tahniah dari saya. Selamat berkenalan. Semoga terus sukses di masa akan datang