Thursday 12 February 2015

Usahawan Melayu Yang Berjaya Tapi Dicemuh Kerana Personaliti.

Usahawan Melayu : Di Singapura pun sama juga dengan bangsa kita, dahlah kita ni tak ramai usahawan melayu, bila ada, tak disokong, dikutuk lagi ada, macam mana nak banyak bangunan wakaf akan datang?

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Usahawan Melayu Dikritik Hebat kerana Personaliti


"Ada 4 tokoh Usahawan Melayu Malaysia Popular dalam gambar ni;

Dr Romzey pengasas Herba Prima
Dato Vida pengasas Qu Puteh
Kak Ton pengasas produk Umaira
Dato Aliff Syukri pengasas D HERBS

=====

Apa yang kita lihat pada mereka? Sebenarnya didalam media sosial, mereka ini antara personaliti yang sering menerima kutukan.

Dr Romzey dikutuk sebagai berambut ala kura kura. Dikatakan sebagai tak sedar diri bila menerbitkan filem 2 Alam yg kononnya akan pecah panggung hingga mengutip 50 juta.

Dato Vida di kutuk gemuk dan tag linenya dijadikan meme yg beredar dimedia sosial.

Kak Ton juga disindir akibat tag line 'Comey macam Kak Ton.'

Dato Syukri juga dikatakan menumpang kaya maknya yang merupakan.pengasas sendayu tinggi.

Rata rata yang mengutuk ini sebangsa dengan mereka berempat.

Kenapa ya?

Hasad dengki ini memang sudah menjadi lumrah agaknya dalam bangsa kita. Sikap tak senang dengan kejayaan orang lain lebih lebih lagi sesama kaum merupakan satu mentaliti yang tiada kelas langsung.

Bagaimana kita nak maju jika kita sesama sendiri rela memperlekehkan usaha rakan sebangsa kita?

Apa kena dengan bangsa kita ni?

Martha Tilaar yang mahsyur di seluruh dunia pun berbangga memperkenalkan jamu NYONYA MENER nya.

Berjuta rakyat indonesia berbangga dengan dia.

Tapi bila Dr Romzey membawa kita kehebatan Jusmate nya yang dikutuk ialah rambutnya. Apa kaitan jus dengan rambut.

Bila Dato Vida memperkenalkan kehebatan produk Qu Putehnya yang kita nampak bukan putehnya tapi kita lebih membicarakan gemoknya tubuh pengasas.

Bila Kak Ton memperkenalkan produk Umairanya yang kita sebut dan sindir ialah hidung dan rupa kenenekan kak ton.

Bila d HERBS dikenali yang kita umpat ialah gedik si pengasasnya.

Apa ni?

Apakah setiap produk kecantikan perlu diciptakan oleh orang cantik?

Produk kurus mesti diformulasikan oleh orang kurus?

Salahkah produk putih dicipta oleh orang tembam?

Apakah estee lauder tu cantik untuk melariskan bedak asas dan minyak wangi?

Ubahlah mentaliti kita. Sisiplah rasa bangga pada kegigihan mereka walaupun dalam telinga rasa pedih mendengar nak putih pakailah Qu putih....

Jangan lihat apa yang kita nampak dipermukaan sahaja tapi lihatlah usaha mereka.

Pengasas produk ini bukan artis yang sedia ada menjual wajah tapi mereka berani membuat sesuatu yang kita sendiri tak mampu lakukan.

Jika sikap.hasad dengki ini berterusan maka janganlah kita hairan dalam.senarai 10 billionaire negara hanya Tan Sri Bukhary sahaja yang melayu .

Oh ya walau berkoyan kutukan mereka terima mereka tetap pakai mercedes berumah agam dan berkepuk dompet dengan wang.

Manakala yang menghina mereka masih berhutang keliling pinggang membayar ansuran rumah, kereta dan pinjaman peribadi." Sumber dari fb: bila cikgu emmet menulis.

Kesimpulan


Setiap usahawan mempunyai marketing yang tersendiri. Ada yang menggunakan Model sebagai pelaris produk ada pula yang menggunakan iklan yang hebat untuk melariskan produk dan tak kurang juga terbaru melariskan produk dengan mendedahkan sendiri pengasas produk dengan trademark tertentu sehingga trademark menjadi bualan orang ramai.

Penampilan sangat penting untuk memberi keyakinan kepada pengguna untuk membeli produk. Tidak kiralah apa juga penampilan yang ingin ditonjolkan tetapi biarlah mengikut perkembangan terkini.

Paling penting sekali, produk itu memberi kesan yang positif kepada penguna jangan sekadar promosi bagai nak rak tapi tak ada kesan yang memberangsangkan kepada pengguna.

17 Comments

aku memang tengok personaliti owner produk sebelum beli produk dia.

hoho..

tapi takde la ngutuk.

Validation produk mesti selari dengan validation owner dan keadaan semasa.

Disebabkan dengan sifat perasan diorang semua ini lah membuatkan mereka menjadi trending dan diingati. Orang Malaysia suka benda yang pelik-pelik ini

nama dr romzey ke dr rozmey ye? saya kurang pasti.

sekarang yang trending ialah qu puteh, bermula dari gegar vaganza sampailah anugerah juara lagu.

Personalitii adalah perkara pertama yang dilihat oleh mata kasar, tapi dengan cara mengutuk tu memang saya sangat tidak setuju la..itu cara merketing mereka, cara mereka nak memikat pelanggan. Apa yang penting ialah orang Melayu yang beragama Islam tetap berjaya dalam bisnes

Sebenarnya segala kutukan yang dilontar tidak sekumis menjejas mereka yang sudah biasa dan dan imun dengan tomahan sejak hari pertama berniaga.

mereka ni tahan dengan kutukan dan cemuhan orang ramai...sebab tu boleh berjaya...yang jadi tukang kutuk dan tukang cemuh, hanya berada di takuk yang sama...

orang Malaysia ni memang femes dengan sifat dengkinya,

Salah satu usahawan yang berjaya mereka ada berani dan tahan dengan cemuhan dari orang luar.

Baru tau yang Syukri terlajak laris tu anak tokey sendayu tinggi.

Setiap cacian, cemuhan, kutukan kepada si polan bukan kena pada sipolan itu sendiri tetapi akan kena semula kepada batang hidung sendiri. Sipolan tetap terus maju dengan perniagaan mereka. Berkat kutukan, cacian dan cemuhan inilah mereka terus maju ke hadapan. spi pengutuk, sipencemuh sipencaci tetap tak berubah serupa dari dulu sampai sekarang.

Setuju sangat dengan Adrain...Kita buat dono aje..tutup telinga dan jalan terus. Orang yang berjaya tak pernah putus asa..

Kekadang karakter mereka yang buat usahawan melayu ini nampak lawak. haha tapi masing masing ada startegi masing masing pasarkan produk. Itu aku tabik!

Kental hati. Tak semua orang ada. Memang inspirasi kepada kita yang baru nak menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Pekakkan saja telinga.

yap, tabik ngan mereka yang berani yang buat strategi macam tu dan berjaya membuahkan hasil.

Bukan mudah nak berjaya. Memang tu dah jadi asam garam kehidupan. Bila kita berada di puncak, kutukan dan kritikan akan terasa manis. Dah tak heran dah

mungkin tu merupakan strategi untuk menjatuhkan orang tersebut