√ Pantun Manglish Yang Awesome - Adarain

Pantun Manglish Yang Awesome

Hosting Maintenance


Serius semalam adalah hari yang sangat menyakitkan dengan keadaan blog yang tidak boleh dibuka atas sebab hosting maintenance.


Bila blog dah kembali pulih, ada beberapa post mengenai percutian ke Krabi dan juga beberapa review movie habis lesap terus. Tak boleh nak restore balik. Terus, sakitnya tuh disni by Cita Citata.


Penat-penat tulis panjang habis terus lesap. Tak boleh nak cakap apa benda dah jadi terima dengan hati yang terbuka.


Jadi hiburkanlah diri dengan pantun manglish yang kebetulan pula saya jumpa hasil perkongsian di facebook baru-baru ini. Pantun Manglish yang campur Malay + english memberi nasihat kepada orang ramai menuju ke arah kebaikkan.


Pantun Manglish Yang Awesome

Pantun Manglish


Pulau pandan so far ke tengah,
Gunung daik bercabang triple,
Benda mungkar together we tegah!,
Dosa maksiat jangan ambil simple.

Buah cempedak outside the pagar,
Take the galah tolong jolokkan,
Larangan agama don't dilanggar,
Pesan ulamak don't dimomokkan.

Tanam pisang closed together,
So the puyuh cannot lari,
Kita tak hidup di dunia forever,
That's why kena selalu muhasabah diri.

Two three kucing berlari, Never be the same to kucing belang,
Make sure istighfar setiap hari,
Just in case ajal menjemput senang.

So high is the matahari,
Anak buffalo dead tertambat,
Always reflect membersihkan diri,
Selagi bernyawa before terlambat.

Bread is roti,
Shadow is bayang,
Before you mati,
Better you sembahyang

Get notifications from this blog

13 comments

  1. menarik pantun ni,dulu ramai kawan-kawan forward dalam whatsapp

    ReplyDelete
  2. Kena buat backup posting dalam drive lain, kot-kot masalah yang sama berulang. Pantun yang menarik dan menghiburkan. Best!

    ReplyDelete
  3. pantun ini kalau mr tehr tau ..boleh marah punya!

    ReplyDelete
  4. mmg frust kalau jadi camtu. nak tulis balik pun jadi malas pulak.

    ReplyDelete
  5. setakat ini dapat baca deat blog sahaja..tak der pula hantar uh..

    ReplyDelete
  6. Dulu-dulu kalau kat Majalah Ujang selalu ada ruangan pantun ni. Kalau dah Pak Cik Din Beramboi yang handle ruangan pantun tu, memang merapu je la yang banyaknye. Hehe

    ReplyDelete
  7. hehe..

    kemah molek pantun nih.

    tapi saya lebih suka pantun melayu.

    ReplyDelete
  8. Dalam duk syok berpantun manglish ni diselitkan juga nasihat didalamnya :)

    ReplyDelete
  9. first time baca pantun Manglish ni...ada nasihat hujung pantunnya...bagus...

    ReplyDelete
  10. dalam gurau ada peringatannya

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  11. wahh pelbagai jenis pantun yg best. hehe tq :)

    ReplyDelete