Pada hari ini, kita telah dikejutkan dengan dua (2) insan iaitu Hj Hasbullah Awang dan Tok Guru Hj Nik Aziz Nik Mat yang banyak berjasa pada negara telah meninggal dunia. Dua (2) insan ini bukanlah calang-calang orang kerana sangat berpengaruh dalam dunia bidang masing-masing.
Hj Hasbullah Awang Pengulas Sukan Terhebat
Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang, 63. dilaporkan meninggal dunia pada usia 63 tahun di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung pada jam 12.20 Tghari.
Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Itulah kelebihan insan bernama Hasbullah Awang yang mungkin sukar dicari ganti. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.
Berikut adalah antara ulasan Allahyarham yang menjadi kenangan peminat-peminat sukan tanah air:
1. “Mungkin jaringan ini adalah hadiah ulangtahun beliau yang ke 25 tahun”
2. “Bersilat nampaknya Mat Yo di situ” – Piala AFF Suzuki
3. “Dia mengapung-apungkan badannya diudara, dan satu pukulan tajam lalu bulu tangkis terbenam didalam gelangang”
4. "Rashid terbang bagaikan kupu-kupu..." Piala Thomas 1992
5. “Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara.”
6. “Penyokong Pahang membelah banjaran Titiwangsa untuk datang ke Stadium Bukit Jalil…” – Final Piala FA 2006
7. “Oh sayang...hanya ketepatan saja yg tidak menepati….. ”
8. “Nampaknya telah kelihatan bunga-bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkan pemain dapat mengawal emosi”
9. “Manusia paling pantas dimuka bumi”
10. “Ahhhhh sayang peluang didepan gol dipersia-siakan oleh pemain yg berasal dari Kajang...bersekolah di Taiping dan di besarkan di Johor...mendapat 8A dalam SPM dan makanan kegemaran nasi ayam…”
Baca selanjutnya [DISINI]
Tok Guru Hj Nik Aziz Nik Mat Tokoh Politik Yang Disegani
Seorang lagi insan yang sangat berpengaruh dalam dunia politik dengan menekankan aspek Islam sebagai keutamaan.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 84, meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.
Pemergian beliau disahkan Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari lalu kerana mengidap kanser prostat.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Hidup beliau sangat sederhana meskipun bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.
Daripada Allah kita datang, kepada-NYA jua kita kembali. Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh TG Nik Aziz Nik Mat. Moga segala jasa dan bakti dibawa pergi sebagai amalan soleh di sisi-NYA. Dia telah merintih banyak jalan untuk memartabatkan Islam dengar kadar ijtihad dan usahanya. Kepada Allah kembali segala urusan - DrMAZA.com
16 Comments
Sayu rasanya bila dua orang "legend" pergi meninggalkan kita.. terutama Tok Guru.. cukup meninggalkan kesan di hati..
al fatihah untuk yang keduanya..pemergian sungguh menyedihkan hati..moga cucuri rahmat olehNYA
keduanya memang terkenal lagenda sungguh terkesan di setiap hati rakyat malaysia.
Cuup sedih bila dengar berita kematian keda-duanya semalam...Tambah lagi sedih bila tengok pengebumian jenazah TGNA yang diiringi dengan ribuan rakyat yang membanjiri kawasan rumah dan perkuburan..semoga Allah merahmati kedua-duanya
kedua2 nya memang lagenda yg harus diingati. moga mereka tenang di sana. Al fatihah...
pemergian Tok Guru meninggalkan kesan mendalam pada kami semua.. alfatihah
Al-fatihah...
#visit me on shukranzahari.blogspot.com #nuffnangclick #happy blogging
Al-Fatihah buat Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Haji Hasbullah Awang.. Semoga roh-roh arwah sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... Terlalu besar sumbangan Tok Guru Nik Aziz kepada negeri Kelantan.. Pastinya sukar untuk mencari pengganti seperti beliau...
Satu kehilangan besar untuk negara. Terutama Tuan Tok Guru Nik Aziz diantara 50 ulamak tersohor didunia.
Semoga Tok Guru damai di sana. Permata yang sukar dicari ganti. Semoga keluarga TGNA tabah.
amin~
al-fatihah untuk kedua dua tokoh negara...
Moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang solleh....amiinnn
semoga Mereka MEndapat tempat yang terbaik dan diridhai oleh Allah SWT AMin
terkejut sebab ramai sangat orang pergi pada bulan februari nih..
termasuklah nenek aku..
alfatihah.. Perginya seorang murabbi