Wednesday, 11 November 2015

Promosi Harga Special 7Eleven Malaysia Terhad

Baru-baru ini, saya ada dapat beberapa mesej berangkai yang tertulis bahawa ada promosi Khas dari 7Eleven Malaysia dengan harga RM1 sahaja untuk barang tertentu sahaja.

logo 7E 24 jam

Promosi Harga Special 7Eleven Malaysia


Berikut adalah Mesej berangkai tentang mesej Promosi Harga Special 7Eleven Malaysia

7E membuat promosi harga special dengan nilai rm1 setiap satu barang pada tarikh ditentu kan . seluruh 7e di malaysia membuat promosi ini .
Hanya barang ini sahaja .

10-11 november .
-air kotak vico
-air lipton
-air yeo's
-mister potato
-maggi hot cup
- kotex

17-18 november
-kitkat 2 fingers
-mameebev cool tea
-air kotak harshey's soyfresh
-nescafe
-ubat gigi darlie

24-25 november
-air kotak yeo's yeogurt drink
-goodday UHT milk
-mister potato crisps
-garnier men
-garnier women
-fumakilla

1-2 December
- yeo's laici
-dutch lady UHT milk
-mamee monster
-Mamee chef cup
-l'oreal shampoo

HANYA RM1 SAHAJA . TIADA LIMIT PEMBELIAN


Untuk kepastian, saya bersama dengan kawan yang lain pergi 7Eleven Malaysia dan Comfirm mesej ini betul dan akan bermula pada 12 malam sehingga hari yang telah ditetapkan.

Keesokkan saya pun pergi 7eleven untuk beli barang dengan harga RM1 tapi malangnya kesemua barang dengan harga promosi sudah habis dijual. Laku beno sampai pergi mana-mana 7Eleven pun katanya semua habis. Tak sampai berapa jam sudah habis.

Rugi pula tak pergi masa 12 malam kebetulan 7Eleven depan Apartment je.

7Eleven Mahu Menghabiskan Stok Sedia Ada?


Cepat sangat stok habis takkan tak restock lagi barang yang ada kan. Pelanggan mesti beli dengan kuantiti yang banyak siap borong semua barang yang ada harga promosi.  2

Tertanya2x gak apa motif 7Eleven buat promosi macam ni dengan harga yang sangat murah. Sama ada Promosi 7Eleven mall, Annivesary atau Nak habiskan Stok je. Takkan buat suka2x pula. :D

So lepas ni, nak tunggu 17 November pula hope sempat beli semua barangan promosi biar orang lain tak dapat beli. Boleh cam gitu. hahaha :D

24 Comments

saya pergi jam 12 tengahari memang habis terus dah

samalah tak ada rezeki la nak dapat barang dengan harga RM1.

Dah lama tak pergi ke Seven E... sebab harga barang dekat sana jauh lebih mahal berbanding kedai-kedai runcit biasa... hohoho...

memang mahal sebab kedai buka 24 jam.

Sy nora dari 7e.. kali ni kami akan jual limit 3 pcs untuk sorg custmer...untuk saksama.. aka adil ya..bg darlie stok terhad sape cepat dia dpt..limit 1 shje

barang yang dijual murah adalah strategi pemasaran luar biasa namun bukan sesuatu yang pelik..

kos harga barangan tersebut telah diserap melalui keuntungan yang telah diperolehi sebelum ini..

Apa yang menarik promosi begini boleh mengangkat jenama..

wow, bagusla macam tu..comfirmla saya grab nanti. :D

kena bijak pilih barang, usah beli yang barang yang dah luput :)

oh betul rupenye mesej iklan 7e tu ingatkan palsu..kalau ade next cycle bolehlah pergi..dekat je dengan rumah..

bnyk jugak produk yg 7e buat promosi... nk habis kan stok kot... hehehehe

Ramai yang komen tak dapat beli barang yang diwar-warkan ada promosi RM1 tu. Ada pulak yang dapat beli, sekali dapat barang expired. Tak tahu lah macam mana 7Eleven ni.

ura2x macam tu lah. sekarang dah limit kalo nak beli 3 je boleh

Ramai gak cakap 7E buat macam tu sebab nak clearance stok

alahai dah terlepas promosi harini..kene tunggu 24 hb la pulak

dengor2 ada barang yang dah expired.. tapi dah lepas dah pun promosi nih... memang jadi viral lah

Belom sempat pukul 1 pagi semua dah habis...

Tepat jam 12 malam dah ada yang tunggu nak habiskan stok kat rak dan pernah nampak staf 7Eleven kena marah sebab hanya benarkan dorang beli 3 unit je setiap satu.

tempat saya pun hanya benarkan 3 unit sahaja yg boleh beli. :D