√ Kena Pandai Pilih Kedai Kalau Nak Repair Laptop - Adarain

Kena Pandai Pilih Kedai Kalau Nak Repair Laptop

Nak Repair Laptop : Beberapa hari yang lepas laptop saya rosak setelah sekian lama berkhidmat. Jarang laptop saya rosak tapi kalau benda nak jadi nak buat macam mana kan? kalau nak repair laptop kenalah keluarkan duit sikitkan?


Kena Pandai Pilih Kedai Kalau Nak Repair Laptop
Maaf gambar tiada atas kesilapan teknikal

Punca laptop rosak kalo ikut expectation saya adalah mungkin disebabkan wayar screen yang tak berapa stabil menyebabkan screen laptop macam tv yang tak dapat siaran. Sekejap ok sekejap K.o.



Kemudian, saya ada ternampak page fb Kedai Komputer yang selalu update status tentang kedai mereka dan juga kelebihan kedai mereka untuk membaiki laptop dan Hp.


Jadi, saya pun ke sana selepas melihat post page fb tadi, Dengan semangat dan gigih membawa laptop tapi apabila sampai ke sana diberitahu oleh pihak kedai sana laptop kena tukar screen dengan harga RM330 lebih kurang macam tu.


Perghhh!! terperanjat beb, on laptop, tak cek dalam laptop dulu pastu tengok luaran je terus dia conclude yang laptop aku screennya rosak tukar screen yang baru.


Saya paling tak suka kalau pekerja yang tak selidik dahulu masalahnya apa, then terus conclude yang sebenarnya screennya rosak.


Tak tahu la betol ke tak apa yang pekerja tu conclude tapi saya kata takpelah saya simpan dulu beli laptop lain padahal nak cari kedai komputer lain. :D


Terus, saya pergi kedai komputer di belakang Warta, nama kedai tersebut carikomputer kalau tak silap. Dulu beli Harddisk kat situ harga boleh tahan.


Jadi saya tanya pekerja tentang masalah laptop saya. Pada mulanya pekerja tu assume yang screen saya rosak kemudian dia gtau yang dia akan check first sama ada problem wayar ataupun screen. Kenalah simpan Laptop dalam wad jawabnya.


===


Lama juga dia check lebih kurang 3 ke 4 hari baru siap, mungkin ramai laptop dan komputer nak kena repair memandangkan kedai komputer tersebut agak popular walaupun tempat tersorok di belakang Warta Bangi. (updated 24/februari/2018 - kedai dah tutup belakang warta/kipMall.. boleh cuba cari cawangan lain kat sebaris dengan petronas seksyen 9)


Cer teka berapa harga yang dikenakan charge dan apa masalahnya?


Harga cuma RM15 je yang saya perlu bayar dan masalahnya adalah disebabkan wayar tak berapa nak stabil jadi dia just fix-kan wayar laptop saya. Jadi, betullah tekaan saya yang wayarnya tak berapa stable. Settle masalah selamat skit duit keluar.


SELAIN ITU...

boleh servis laptop berdekatan dengan TESCO Extra Ampang. Budak² kat sana memang mesra, tutur kata pun sopan, kiranya bagus la layanan.. - Amir Zahari

Ingat nak hantar laptop lain tuk downgrade windows. Laptop dah 4gb pun boleh mengah nak run PS, Chrome, Ai, words serentak.

Laptop yang 2gb boleh senyum apa pasal 4gb macam kena asma?

Jujur + kualiti = FR Laptop Service

Cuma kedainyanya agak sempit sekiranya ramai orang kat kedai tersebut.

Pilih Kedai Dengan Berhati2x Kalau Nak Repair Laptop


kalau saya mengiyakan kata2x kedai pertama tadi habis duit saya terbang rm330 tanpa check apa dalam laptop dengan betul2x.


Kedai kedua plak ambil masa nak check tapi pada masa yang sama tak conclude terus screen rosak.


Selalu sangat jumpa kes kedai komputer yang main conclude masalah ini, masalah itu, then terus format padahal sepatutnya tak kena format. Suka amik benda mudah dengan selesaikan masalah dengan format. Itu baru satu kes, belom bab battery lagi, screen dan keyboard


So, kalau nak repair laptop pilih kedai yang betul jangan main dengar cakap kedai komputer dan beritahu masalah dengan lebih detail. survey kedai komputer dulu baru boleh decide nak repair kat mana. Lain Kedai lain caranya.


Get notifications from this blog

24 comments

  1. betullah tu, sekarang ramai yang ambil kesempatan

    ReplyDelete
  2. sama juga dgn baiki paip ni, kerja sikit je caj sampai ratus2. nasib baik husband pandai buat.

    ReplyDelete
  3. lagi jimat kalau ada orang yang pandai buatkan. :D

    ReplyDelete
  4. Biasa laa nie bro..kalo pegi kedai yang berniaga ingat dunia memang macam nie laa rupanya... :)

    Terbaik laa kedai carikomputer tue... sama macam kedai komputer kat tempat saya nie bagus gak servisnya - shahmhitech

    ReplyDelete
  5. La dekatnya kedai tu dengan rumah MV..Kalau ada masalah laptop boleh la dihantar ke sana nanti...

    ReplyDelete
  6. senangla nanti kedai mana nak repair :D

    ReplyDelete
  7. 2 solution.

    yang kedai 1st tu..dia ambil jalan mudah dan jalan yang paling selamat dan jalan paling cepat.

    masalah setel, cuma kena bayaq banyak.

    kedai 2nd tu..dia ada pendekatan berbeza. walaupun mungkin tak untung banyak, tapi dia target repeat customer untuk jangka masa lama.

    sebab tu, kedai tu boleh tahan lama.

    susah nak jumpai kedai komputer bertahan lebih dari 3-4 tahun.

    selalu..bungkus terus lepas 2-3 tahun.

    ReplyDelete
  8. Kedai tu kat mana yer

    ReplyDelete
  9. di belakang shopping mall warta.

    ReplyDelete
  10. sabtu dan ahad dia bukak tak?

    ReplyDelete
  11. Kedai ni boleh install kan software sekali tak?

    ReplyDelete
  12. Tak sure boleh roger kedai sana utk kepastian

    ReplyDelete
  13. salam saudara, nama kedai ape ye? sye pon ade mslah lcd screen laptop crack T.T

    ReplyDelete
  14. salam saudara, ade nama penuh & no phone kedai tersebut x?
    sye pon ade mslh lcd laptop crack T.T

    ReplyDelete
  15. waalaukumussalam, boleh terus ke kedai tersebut kat belakang warta carikomputer nama kedainya.

    ReplyDelete
  16. wahh jauh beza memang kena hati2 sekarang nih sebab ramai suka ambil kesempatan

    ReplyDelete
  17. nak tanya, kedai tu baiki printer x? printer saya jenama fuji xerox rosak. bila print jadi hitam.

    ReplyDelete
  18. tak sure liza, dah perasan plak ada repair printer.

    ReplyDelete
  19. kedai sama gak yg charge RM15 tu..cuma 1st dia bagitau..sekiranya lcd rosk RM330 tapi cek dahulu..then dia hanya charge RM15...bkn kedai kedua yg charge RM15...

    ReplyDelete
  20. jauh sebab tiada kerosak kan barang cuma kabel bekang lcd tertanggal...
    then kedai carikomputer Charge RM15 je...
    cuma staf tu bagitau sekiranya kerosakan LCD rm330..
    tapi Apa2 pom kena cek dahulu...

    ReplyDelete