√ Tips Persediaan Melancong Ke Luar Negara - Adarain

Tips Persediaan Melancong Ke Luar Negara

Tips Persediaan Melancong - Kalau tak ada halangan bulan 10 ni akan pergi ke luar negara. Kat mana tu dirahsiakan nanti kalau g tau sekarang takot plan tak jadi pula. Tiket pun dah book tinggal nak pergi je.

Tips Persediaan Melancong Ke Luar Negara
sekadar gambaar hiasan

10 Tips Persediaan Melancong Ke Luar Negara


Just nak kongsi sedikit persediaan apa yang perlu tahu kalau nak melancong kat luar negara.  Berikut adalah 10 Tips Persediaan Melancong Ke Luar Negara :

1.MenabungMempunyai banyak wang yang mencukup amat penting disamping bajet untuk 'travel plan' masing-masing. Kalau bercuti bersama keluarga tentukan bajetnya lebih berbanding cuti jenis 'baackpackers'. Ini terpulang kepada 'percutian ideal' masing-masing. Asingkan duit untuk bercuti ke dalam tabung khas.


2.Survey / Cari MaklumatIni juga salah satu kaedah mengurangkan kos perbelanjaan bercuti. Cuba survey seperti:

*Destinasi
*Harga Tiket pengangkutan
*Tiket "theme park/event" yang dituju

Pada hari minggu kebanyakan pusat pelancongan akan sesak (peak hour) dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal berbanding hari biasa. Kebiasaannya di Eropah ada tempat-tempat yang ditutup ketika musim salji

3.Pakej PromosiUntuk promosi pelancongan, cuba lihat promosi oleh negara yang kebetulan mengadakan tahun melawat negara/tempat tersebut. Contohnya, Tahun Melawat Malaysia 2014 banyak diadakan acara menarik yang disampingnya terdapat promosi pakej pelancongan yang menarik

4.Agensi PelanconganAda juga pelancong yang suka membuat travel plan sendiri namun bagi memudahkan serta menyenangkan rancangan percutian ada yang memilih untuk menggunakan agensi pelancongan lebih-lebih lagi  yang pertama kali ke destinasi.

Ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu atau membuang masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi percutian berkumpulan menjimatkan kos perjalanan apabila berkongsi kos contohnya Hotel

Jika mahu travel plan sendiri juga cuba baca pengalaman orang di blog tentang percutian yang ingin dituju dalam pada masa yang sama tanya rakan-rakan di laman media sosial yang ada pengalaman bercuti ke luar negara.

5.Tarikh SesuaiMemastikan tarikh yang dipilih sesuai dan tidak bertindan dengan aktiviti-aktiviti lain. Sebaiknya tarikh tersebut lima (5) bulan awal selain menyiapkan tugasan yang patut sebelum bercuti.

6.Tempahan AwalTempahan awal tiket perjalanan bagi mengelakkan tiket kehabisan. Biasanya harga tempatan saat-saat akhir adalah mahal berikutan permintaan yang tinggi. Namun jika nasib baik korang juga mungkin dapat harga yang lebih murah dari harga biasa.

Bagi tempahan hotel contohnya pada saat akhir terdapat "website" yang menawarkan harga murah. Bagi "mereka" lebih baik ada yang menginap daripada tiada pelanggan langsung. Dan ini adalah risiko yang mungkin berbaloi.

7.Wang TunaiWang tunai penting terutama berbelanja di luar negara. Bagi yang mennggunakan kredit kad perlu teliti caj yang dikenakan. Pastikan kad debit/kredit ada diaktifkan untuk penggunaan luar negara.

8.ChecklistMenyediakan checklist untuk barang-barang yang perlu dibawa bagi mengelakkan barang tertinggal terutamanya dokumen penting!

9.DokumenDokumen penting perlulah disediakan lebih awal passport, cek kembara, kad pengenalan, surat doktor (untuk yang mengandung dan yang tidak sihat), tiket kapal terbang dll.

10.PetaIni adalah pilihan, cuma ia sangat membantu. Sekarang sudah ada Google Maps yang memudahkan korang merancang jenis pengangkutan ke tempat-tempat yang menarik.

Peringatan : Sila semak Status Perjalanan ke luar negara supaya tidak dihalang untuk keluar negara ketika di airport nanti. Pastikan korang tidak dalam senarai blacklist dan sudah membayar ansuran pinjaman PTPTN.

Boleh Join Telegram Group Backpackers kalau nak tanya pasal pengalaman travel ke luar negara.

Semoga tips persediaan melancong ke luar negara membantu korang merancang percutian dengan lebih baik. :D

Get notifications from this blog

15 comments

  1. musim macam ini, buat saya fikir banyak kali untuk melancong.

    ReplyDelete
  2. pen jangan lupa bawak sbb nak isi borang imgresen. kang malu je pnjam pen dgn org sebelah. haha

    ReplyDelete
  3. Aplikasi multi bahasa dan jangan la malu bertanya :)

    ReplyDelete
  4. nak senang, kena banyak duit.

    aku rasa tak sedap kalau gi melancong poket ngam-ngam aje.

    ReplyDelete
  5. Bagus informasi ini supaya kita ada sedikit pengetahuan dan maklumat sebelum travel.

    ReplyDelete
  6. Tips no 1 tu memang dah amalkan..heehe

    ReplyDelete
  7. saya menabung awal tahun 2016 untuk bercuti ke vietnam pada akhir tahun 2017 insyaAllah. Tips yang berguna ni tuan..

    ReplyDelete
  8. Yang penting kena menabung dan cukup wang tunai baru boleh plan nak melancong ke luar negara...tukaran wang kita pun rendah so rasa rugi ja

    ReplyDelete
  9. kan.. nak banyak duit kena cari income lebih.. :D

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan urusan nanti ke sana.

    ReplyDelete
  11. kan. tapi setakat ni wang kita nak stabil. harap berterusan.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih info yang sangat berguna, berjalan tempat orang buka minda & cara berfikir .

    ReplyDelete
  13. thanks for tips sangat membantu sekali, tambah sedia kamus tuh jika berpergian ke luar negri hahaha

    ReplyDelete