√ Peragaan Baju raya Tanpa Baju Strategi Marketing? - Adarain

Peragaan Baju raya Tanpa Baju Strategi Marketing?

Terkejut bila dapat berita ada fashion Show baju raya tanpa baju. Belum pernah lagi orang buat lagi fashion show baju melayu tanpa baju dan ada yang bersamping sahaja.

Di fahamkan Fashion Show ini di adakan pada 23 April 2016 di Victoria Instituition KL bagi memperkenalkan Baju Johor, Jubah, Baju Melayu, Kurta dan Songkok yang direka khas oleh Anuar Faizal.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Fashion Show ini mula mendapat kritikan pedas apabila sebahagian model tidak memakai baju dan tidak berseluar tetapi memakai samping sahaja.

Menurut Anuar, tujuan tersebut adalah bagi bagi menunjukkan kepada penonton rekaan kedua-duanya itu dengan lebih jelas. Samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.

"Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.

"Gambar berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.

"Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri," sumber dari SINAR.


Tak perlu sampai tak pakai baju dan bersamping sahaja. Pembeli biasa akan tengok dulu sentuh2x baju yang dibeli dan biasanya pegang kain dah tahu sama ada fleksible untuk buat solat ke tidak. Kalau kain tu bergetah memang ok buat solat tapi kalau ketat dan tak bergetah memang tak fleksible buat solat.

Baju raya Tanpa Baju Strategi Marketing Dengan Viral


Kejutan baju raya seumpama seperti ini bukan baru ini kerana tahun2x sebelum ini pun kita digemparkan dengan dengan baju melayu Hipster, baju melayu ketat dan macam-macam lagi.

Ada yang yang mengutuk n ada yang dapat menerima kreatif yang dilakukan pada baju raya ala hipster yang seiring dengan zaman maju.

Secara tak sengaja dengan ciptaan pereka designer tersebut menjadi perhatian orang ramai yang masih lagi baru untuk menerima rekaan yang ala hipster.

Sama ada ia marketing dengan viral yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak, rekaan tersebut pasti mendapat sambutan yang lumayan walaupun ramai yang mengutuk. Lihat sahaja jubah sado yang dulu viral mendapat kutukan orang ramai tapi mampu meraih pendapatan berjuta-juta.  Ini kerana ramai customer mahukan kelainan pada hari raya nanti disamping tampak bergaya.

Get notifications from this blog

8 comments

  1. betul la tu, sekarang ni, marketing strategi buat je yang pelik-pelik lepas tu orang dok viral kutuk.dalam masa yang sama dia dah dapat expose brand dia.

    ReplyDelete
  2. pelik betul lah... tayang body la pulak

    ReplyDelete
  3. Fuhhh... Macam-macam trend fesyen zaman sekarang ni... Tapi ini yang paling menakutkan... huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. saya tak terkejut kalau sebenarnya ia marketing strategi dari designer tu sendiri sebab memang lumrah orang malaysia suka hentam dulu baru tanya...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. cara promosi yang takde otak dan kurang sesuai.

    semata-mata nak sales aje.

    ReplyDelete
  6. masih bagus lah malaysia masih punya pakaian khas yang bagus di banding negara lainnya

    ReplyDelete
  7. style boleh rancang buat trend asalkan jangan jadi pakaian luar jalur agama

    ReplyDelete
  8. Hari Raya dah nak sampai lagi. Pasti ramai orang sedang simpan wang untuk beli baju raya. :)

    ReplyDelete