Paramount Coffee House : Sebelum ni pernah makan kat cafe ni rasa pun sedap time tu makan spaghetti dan kebetulan lalu Bangi Sentral beberapa hari yang lepas ternampak satu banner yang cafe ini ada buat buffet khas sempena Ramadan.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Jadi terdetik nak booking bersama2x officemate untuk makan kat sini. Bukan selalu berbuka luar memandangkan ini first time makan buffet time Ramadan.
Harga yang dinyatakan pun agak berbaloi.
Review Berbuka Puasa di Paramount Coffee House, Bangi
Lebih kurang pukul 6.30p ptg, terus pergi sini dan duduk di meja yang ada nama. Sebelum ambil makanan yang disediakan kena bayar dulu baru boleh ambil makanan.
Menu yang disediakan oleh Paramount berlainan setiap hari dan antara yang disediakan seperti Chicken Chip, fish&chips, Kerang rebus dan banyak lagi.
Ini menu yang disediakan masa ak berbuka kat sini ari tu. Mee goreng dia tersangat pedasss. haha
Rasa macam mana?
ALHAMDULILLAH, rasa yang sangat memuaskan dan sedap. Orang pun tak ramai sangat masa tu jadi senanglah nak ambil makanan. Tak suka bersesak dengan orang ramai. Kemudahan seperti surau pun disediakan walaupun kecil (boleh muat 2 orang).
Cumanya,
Makanan tak banyak pilihan - krang kalo banyak pula membazir tak habis plak kan dan layanan daripada waiter agak kurang mesra - muka ketat masa nak bayar bil kita punyalah senyum sampai ke telinga. hehe
Takde nak complain sangat memang bg aku sendiri dah cukup berbaloi makan kat sini yg penting kenyang. Tempat pun strategik lepas makan bolehlah shopping baju raya sekali.
PARAMOUNT COFFEE HOUSE BANGI
7-47-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
7-47-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
16 Comments
Hmmm... menarik juga ni... Harga pun berpatutan...
Tengok senarai menu tu pun dah buat orang terliur.. huhu
ok juga menu tu dan harga pun berpatutan, biasanya lepas berbuka bukan makan byk sgt kan, mmg sesuailah menunya tu
wow, murah sangat tuk buffet tu
Bertuahnya badan. Saya sehingga ke akhir Ramadhan belum pernah hadir mana-mana iftar selain berbuka bersama keluarga sahaja.
manyak syok... syukur alhamdulillah
Syukur selalu. :D
ALHAMDULILLAH, boleh save duit untuk raya :D
kan, perut pun bukan boleh makan semuanya. :D
ALHAMDULILLAH :D
menarik tempatnya
Selalu nampak Ebit Lew update location nie kat status dia, barulah tahu kat Bangi rupanya...
tempat tempat hipster mcm ni biasanya sedap, tapi agak mahal
cocok sekali untuk buka puasa
jangan terlalu banyak makan
berbuka puasa sangat enjoy