√ Berbuka Puasa di Paramount Coffee House Bangi - Adarain

Berbuka Puasa di Paramount Coffee House Bangi

Paramount Coffee House : Sebelum ni pernah makan kat cafe ni rasa pun sedap time tu makan spaghetti dan kebetulan lalu Bangi Sentral beberapa hari yang lepas ternampak satu banner yang cafe ini ada buat buffet khas sempena Ramadan.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Jadi terdetik nak booking bersama2x officemate untuk makan kat sini. Bukan selalu berbuka luar memandangkan ini first time makan buffet time Ramadan.

Harga yang dinyatakan pun agak berbaloi.

Review Berbuka Puasa di Paramount Coffee House, Bangi


Lebih kurang pukul 6.30p ptg, terus pergi sini dan duduk di meja yang ada nama. Sebelum ambil makanan yang disediakan kena bayar dulu baru boleh ambil makanan.

Menu yang disediakan oleh Paramount berlainan setiap hari dan antara yang disediakan seperti Chicken Chip, fish&chips, Kerang rebus dan banyak lagi.

Ini menu yang disediakan masa ak berbuka kat sini ari tu. Mee goreng dia tersangat pedasss. haha

Rasa macam mana?

ALHAMDULILLAH, rasa yang sangat memuaskan dan sedap. Orang pun tak ramai sangat masa tu jadi senanglah nak ambil makanan. Tak suka bersesak dengan orang ramai. Kemudahan seperti surau pun disediakan walaupun kecil (boleh muat 2 orang).

Cumanya,

Makanan tak banyak pilihan - krang kalo banyak pula membazir tak habis plak kan dan layanan daripada waiter agak kurang mesra - muka ketat masa nak bayar bil kita punyalah senyum sampai ke telinga. hehe

Takde nak complain sangat memang bg aku sendiri dah cukup berbaloi makan kat sini yg penting kenyang. Tempat pun strategik lepas makan bolehlah shopping baju raya sekali.

PARAMOUNT COFFEE HOUSE BANGI
7-47-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Get notifications from this blog

16 comments

  1. Hmmm... menarik juga ni... Harga pun berpatutan...

    ReplyDelete
  2. Tengok senarai menu tu pun dah buat orang terliur.. huhu

    ReplyDelete
  3. ok juga menu tu dan harga pun berpatutan, biasanya lepas berbuka bukan makan byk sgt kan, mmg sesuailah menunya tu

    ReplyDelete
  4. wow, murah sangat tuk buffet tu

    ReplyDelete
  5. Bertuahnya badan. Saya sehingga ke akhir Ramadhan belum pernah hadir mana-mana iftar selain berbuka bersama keluarga sahaja.

    ReplyDelete
  6. manyak syok... syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. ALHAMDULILLAH, boleh save duit untuk raya :D

    ReplyDelete
  8. kan, perut pun bukan boleh makan semuanya. :D

    ReplyDelete
  9. Selalu nampak Ebit Lew update location nie kat status dia, barulah tahu kat Bangi rupanya...

    ReplyDelete
  10. tempat tempat hipster mcm ni biasanya sedap, tapi agak mahal

    ReplyDelete
  11. cocok sekali untuk buka puasa

    ReplyDelete