√ Jutawan Muda Ditahan Kerana Menjual Produk Tiruan - Adarain

Jutawan Muda Ditahan Kerana Menjual Produk Tiruan

Jutawan Muda Ditahan - Siapa sangka kehidupan yang senang tidak menjamin kesenangan yang berpanjangan dan pasti ada dugaan lagi2x dalam dunia perniagaan.

Hari ini kita dihebohkan dengan jutawan muda berumur 19 tahun yang ditahan oleh KPDNKK kerana menjual produk tiruan secara online sehingga mengaut keuntungan boleh dikatakan berjuta ringgit. Hebatkan dengan menjual produk tiruan dengan harga yang mahal mampu menjana keuntungan yang diluar jangkaan..

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Yes aku tahu dia siapa dan selalu ikuti perkembangan jutawan muda dekat twitter n aku malas nak up-kan siapa dia..korang pun dah taukan...

Jutawan muda ini menjadi dambaan setiap gadis kerana memiliki paras yang tampan. Melaram dengan kereta mewah dan memiliki aset jutaan ringgit serta aktif bg consultant serta menjadi speaker jemputan.

Namun langit tak selalunya cerah, akhirnya sindiket jualan produk tiruan dapat dikesan oleh pihak pihak KPDNKK hasil report dari orang awam mengenai jualan si jutawan muda..

Maka ramaila yang berpusu2x menyerang terutamanya account personal twitter si jutawan muda dengan pelbagai reaksi, ada yang bagi komen positif, ada yang negatif, ada yang bg kata2x sarcasm dan tak menahannya sempat promote album baru Ct Nurhaliza..

Cari Alternatif Perniagaan Lain


Si jutawan muda ni sudah tentu dah berduit kenapalah tak buat produk sendiri macam buat perfume ke, supplement ke, bidang hartanah ke bidang fesyen ke dan banyak lagi lah boleh buat. Sebab kalau jual barang fake ni kalau baru nak up dalam dunia perniagaan tu bolehlah jual yang fake ni tapi kalau dah maju dan duit pun dah berjuta2x takkan still nak jual yang fake punya, mesti la cari alternatif perniagaan lain..

Benda tiruan mana ada yang dibenarkan dalam Malaysia ni sedangkan CD Cetak rompak pun kena kebas..

Hope si jutawan muda terus kuat dengan dugaan yang ada dan mengambil ujian ini sebagai pengajaran untuk terus maju dalam dunia perniagaan lain. Walaupun selalu show off dengan benda yang dia ada tapi ada benda yang kita boleh ambil sebagai pembakar semangat.


Get notifications from this blog

8 comments

  1. Baru umur 19 tahun dah jadi jutawan yer.. siapalah agaknya orang tu yer.. teringin juga nak tahu..

    ReplyDelete
  2. haa bagus la tu. tak berkat rezeki macam tu

    ReplyDelete
  3. bukan senang nk jadi jutawan tp memang senang nak menipu haha

    ReplyDelete
  4. buat benda yang betul.

    cari rezeki yang halal.

    in-shaa Allah, bantuan Allah itu tidak pernah miss.

    ReplyDelete
  5. tak baik camtu, eloklah ditahan sebagai pengjaran kepada orang lain

    ReplyDelete
  6. tak salah jadi jutawan, tapi kalau cara salah , itu kena betulkan...

    ReplyDelete
  7. kesan buruk selalu show off. masyarakat akan pertikai mcm mana dia boleh ada duit banyak. lol

    ReplyDelete