Telegram 4.0 Dengan Video Messages Dan Telescope - adarain

Friday, 19 May 2017

Telegram 4.0 Dengan Video Messages Dan Telescope

Pada 18 Mei yang lepas Telegram telah mengemaskini terbaru 4.0 dengan menambah ciri2x yang menarik seperti Video Messages dan Telescope.



Video Messages


Untuk menghantar video messages, pergi mana2x chat member ke kat Telegran dan klik icon mikrofon kepada camera mode. Dan sekarang just tekan camera icon dan mulakan merekod video message. Apabila sudah siap rekod just lepaskan icon kamera dan send kepada video kepada member.


Telegram 4.0 Dengan Video Messages Dan Telescope


kini mudah bukan sahaja boleh voice call malah korang boleh buat video message kepada member or family korang..  Video message sangat pantas ini kerana telegram akan compress video tersebut agar mudah didownload.


Telegram 4.0


Lagi satu, semasa merekod video dan klik camera icon dan swipe ke atas untuk lock camera mode recording. So tak ada lah kena klik camera icon sepanjang masa.. dengan fungsi lock, korang boleh lepaskan tangan korang dari klik icon camera dan bebas untuk merakam video. Juga fungsi lock ini terdapat juga di Voice message.


Video message akan automatik download dan autoplayed. Tapi korang boleh tukar di bahagian setting kalau korang tak nak autoplayed,


Ketika menonton video message dari member korang bebas untuk pergi ke chat telegram member yang lain tanpa tertutup dengan sendiri. Video tersebut akan pop up sendiri dibahagian tepi dan terus memainkan video message. Korang boleh gerakkan video message tersebut dan pausekan video tersebut dari mana2x dalam telegram.



Telescope


Telescope ini khas untuk public Channel yang mempunyai peminat yang tersendiri. Di mana telescope ini akan mengumpulkan segala video message yang disampaikan kepada peminat melalui public channel. Kepada korang yang sudah mempunyai Public Channel korang boleh terus buat video message kepada peminat dan secara automatik korang sudah ada akaun telescope. (telesco.pe/your_name) Segala video message di public channel akan dikumpulkan dalam telesco.pe untuk tatapan peminat.



Instant Views dan Shop Bot


Bukan itu sahaja, Telegram juga mengemaskini Instant Views untuk semua orang yang boleh digenerate dari website ke instant views Telegram. dan memberikan ganjaran 200,000 kepada mereka yang membuat template.


Selain itu juga Telegram juga ada menyediakan satu Bot khas untuk membuat pembayaran di Telegram. Bayangkan jika korang nak order pizza, beli kasut ke dan macam2x la secara online dan korang just boleh buat pembayaran di Telegram... cool gila...


Untuk maklumat lanjut tentang kemaskini terbaru Telegram 4.0 boleh rujuk [DISINI]

Comments

1 komentar

Sebaiknya mulai coba nih app telegram


EmoticonEmoticon