Menu Kfc Baru Zinger Double Down - adarain

Thursday, 20 July 2017

Menu Kfc Baru Zinger Double Down

KFC Zinger Double Down - sekarang ni memang kfc tengah promote menu baru ni dan katanya yang menu ni limited maknanya hanya ada untuk beberapa hari atau bulan je pastu dah tak ada lagi..

Korang dah try menu baru Kfc Zinger Double Down? Macam was-was je nak makan takut tak sedap meh aku bagi ulas pasal makanan ni sama ada sedap ke nak makan ni ala burger tapi tak ada bun roti.


Aku try la nak beli sebab dah ternampak iklan kan tetiba rasa nak pergi makan menu baru ni.. time tu pula tengah malam carilah restaurant kfc yang buka 24 jam kat bandar kajang.



Kfc Zinger Double Down Out Of Stock!


Dah sampai kaunter, boleh pula Zinger Double Down ni out of stock..


nampak tak penangan marketing kfc.. habis licin semua ramai yang order menu ni.

terus terbantut nak makan kfc time malam tu then pergi pasar malam.. hahaha..

Harga Zinger Double Down


beberapa hari tu pergi kfc lagi tapi lain branch kali ini nasib baik ada.. so order lah 2 sekali dengan member sekali..

Harga kalau combo dalam RM14 lebih ada kentang, air, dan zinger double down.. kalau nak ala carte dalam RM10 lebih macam tu.

Menu Kfc Baru Zinger Double Down

Rasa Kfc Double Down


Macam mana rasanya?

SEDAP! ada cheese, mayonis dengan chicken strips  tapi macam muak plak sebab tak ada bun roti dan agak berminyak, normal lah ayam kfc banyak minyak sbb tu jangan makan selalu... jadi aku order nasi.. hahaha. dah tak rasa makan burger plak sebab makan dengan nasi.. Janji sedap dan kenyang.


Menu Kfc Baru Zinger Double Down

ramai juga yang complain kat fb dorang tak dapat cheese dgn mayonis,  just ada chicken strips..


mesti pekerja kfc tu terlupa nak letak cheese dengan mayonis, kena minta ganti barulah gamaknya..maklumlah menu baru banyak benda nak kena ingat belum campur menu kfc lain lagi.


korang bolehlah try lah makan nanti sebelum habis stok dan menu pun limited edition katanya.

Comments

12 komentar

Bagi aku serius sedap plus kenyang. haha sebab isi ayam tu yang menarik. Letak daging salai kat tengah rasa masam manis masin sikit. Berbaloi la RM 15 combo dapat Mountain Dew dgn Fries.. kenyang tu penting ?

haha. btol2x. yang penting kenyang..

try jangan tak try . hehehe

Berita tak baik untuk orang yang nak diet

Abis lah berat naik

Minyak keju dan lain lain

Memang torbaik

Wow... Bestnya... Dah lah Zinger Burger... Double pulak... Sekali makan memang betul-betul kenyang ni...

memang kompom la naik.. dah la tak ada sayur... berminyak pula tu..hahah

kalau makan ni makin comfirm kenyang..

Akak memang peminat zinger burger, aiyo abisla diet mak ;)

habislah.. anaknya pun nak makan nnti..

Macam best je. Limited tu jap lagi habis lah. Ada masa serbu KFC beli zinger hehe.

baru cube aritu hehe..ok la..bun burger diganti ayam goreng..tengah-tengah ada sehelai daging..kalau daging tu banyak sikit lagi best kot..hehe..tapi diorng mesti nak tonjolkan ayam tu compare daging di tengah tu..hehe


EmoticonEmoticon