√ Evo Soho Bangi kini sudah mula beroperasi - Adarain

Evo Soho Bangi kini sudah mula beroperasi

Evo soho Bangi antara salah satu bangunan tanda mercu yang bukan sahaja menyediakan rumah ala studio malah menyediakan kemudahan shopping Mall di bawah rumah. Standard bangunan sekarang atas rumah bawah shopping mall. Jimat kos maybe.

Rumah jenis studio boleh disewa dengan kadar RM1000-1200. Homestay pun ada buat dengan anggaran RM150. Sesiapa yang nak try tidor kat sana boleh booking homestay..

Evo Soho Bangi beroperasi 19 Januari 2018


Ramai yang tertanya-tanya bila bangunan shopping mall ini akan mula beroperasi dan tarikh operasi bermula adalah 19hb Januari 2018 selepas bangunan ini siap sepenuhnya. Setinggi 4 tingkat dan akan dipenuhi dengan kedai secara berperingkat.

Antara kedai yang dah buka di Evo Soho Bangi adalah Aeon MXvalu dan manhattan Fish. Dan antara kedai yang bakal menyusul adalah Daiso Japan, Fokus Point, Aeon Wellness, Vivo, Samsung, Oppo, Subway, Pets wonderland dan banyak lagi.

Kalau ada wayang mesti lagi best dah dekat tak delah pergi alamanda or ioi city mall..

Lepas ini makin jem la bangi. Bayangkan time puasa bangi square penuh sesak orang shopping baju raya.. 5 minit boleh jadi 1 jam.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Get notifications from this blog

2 comments

  1. Megah banget ya bangunanya.. Di bawah mall dan di atas rumah. Asik banget tu, jadi kalau mau belanja tidak perlu jauh jauh, tinggal turun aja .. hehehe

    ReplyDelete