√ Review Filem Maze Runner The Death Cure - Adarain

Review Filem Maze Runner The Death Cure

Maze Runner The Death Cure kalau nak diikutkan novelnya ini adalah sekuel yang terakhir dan tak ada khabar angin yang akan ada sambungan untuk movie ini..

Memandangkan yang ini adalah movie last jadi kenalah tengok kat wayang.. hehe

Adakah movie ini boleh dikatakan sebagai penutup sekuel Maze Runner yang best?

Sinopsis Maze Runner The Death Cure

Mengisahkan Thomas dan rakan-rakannya berusaha menyelamatkan mangsa dari diuji kaji termasuklah Min-ho kawan dorang yang kena tangkap.. Pada mulanya dorang ingat dah dapat selamatkan min-ho rupanya min-ho kat dah tempat lain..

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Jadi Thomas ni berkeras juga nak pergi selamatkan Min-ho kat satu bandar yang dikelilingi oleh tembok besi serta dikawal rapi oleh askar. Min-ho ada dalam situ kat bangunan Wicked.

Persoalannya macam mana dorang nak masuk bandar yang dikelilingi oleh tembok besi dan macam mana pula dorang nak pergi selamatkan Min-ho yang dalam bangunannya setiap tingkat ada askar.?

Ulasan Maze Runner The Death Cure


Tak tahu nak cakap macam pasal ending Sekuel maze runner sebab movie ini menghampakan macam better tengok download je cerita ini..

Kalau tengok balik skrip yang dorang cakap ni.. balik2x nama thomas, newt, minho. Skrip yang berulang-ulang kali dengar.

Dalam movie ini tak ada part babak yang epic or mengagumkan.. babak semua biasa-biasa sahaja kalau tengok..tiada kepuasan tengok cerita ini.. ending sepatutnya kasi gosbamm!!..

Ending tak memuaskan.. penawar macam gitu je... haha

Aku bagi 6.5/10 bintang untuk movie ni..

Ini pendapat adarain sendiri... lain orang lain pandangannya. :D

Get notifications from this blog

3 comments