kebetulan pula terasa nak makan nasi kandar terus plan nak datang sini nak merasa padu ke tak. hehe
Kedai Nasi Express kat Bandar Baru Bangi sebelum ini adalah kedai Tatt Nasi Ayam dan sekarang digantikan dengan Nasi Kandar Express. Orang bangi memang dah taulah tempatnya kat mana cuma apa jadi dengan Tat Nasi Ayam tu tak taulah kenapa tutup mungkin dah takde sambutan lagi.
Di hadapan kedai |
Apa yang bestnya Nasi Kandar Expres?
Bila dah sampai tu waktu malam pula memang tak ramailah orang kalau datang waktu puncak macam tengahari memang tak danlah aku nak beratur panjang.
Terus ke kaunter dan pilih menu apa yang dipaparkan. Harga paling rendah dalam lingkungan RM6.50, kira berbaloila kan. Nasi + Ayam goreng/Ayam Bawang dengan Sayur. Air kira harga asing.
Ada lagi menu macam sotong goreng, ikan dan yang lebih menarik ada beriyani bombay tapi masa aku datang tu dah habis jadi memang tak sempat nak merasa.
pelbagai jenis kari |
ada macam-macam lauk |
Apa yang aku boleh katakan memang padu gak nasi kandar ni lagi-lagi kuahnya kebetulan masa tu terorder lauk pedas ayam bawang jadi memang mendapatlah pedasnya. terangkat beb.. hahah
overall, memang puas hati tempat pun simple, best, banyak meja siap ada tempat berhawa dingin.
Ini adalah list jalan - jalan cari makan yang perlukan korang pergi. Google maps ke tempat ni Nasi Kandar Express