√ Masalah PC Lembap dan Cara Lajukan PC Dengan Bajet Mampu Milik - Adarain

Masalah PC Lembap dan Cara Lajukan PC Dengan Bajet Mampu Milik

Ada beberapa banyak faktor masalah pc lembap dan hang bila buka komputer. Mestila kita sendiri stress bila terlalu slow sangat macam hp juga kalau hang slow kadang menyerap juga.

faktor Pc Lembap

  1. Mungkin terlalu banyak software
  2. terlalu banyak virus
  3. Tak scan computer dengan antivirus
  4. Tak melakukan Defrag Hard Drive
  5. Pc terlalu panas
  6. Windows tak up to date
dan banyak lagi la puncanya.. 

Tapi bergantung juga pada jenis pc korang macam mana.. contoh pc dengan lower range i3 dengan mid range i5.  

Sah-sah i5 lagi laju dari i3 kan? Kalau pandai adjust i3 tu boleh selaju macam i5 dan boleh kata lebih laju dari i5. 

Macam mana caranya Lajukan PC?

Ini cara aku lajukan pc dengan brand lenovo yang agak lama iaitu lenovo h20-50 yang pakai processor i3 dengan 4 ram sahaja. Memang slow bila buka komputer dan aktiviti pekerjaan jadi terganggu bila buka software lain. 

Caranya adalah aku tukar pakai SDD dan upgrade tambah RAM lagi.

Apa beza SSD dengan HDD?

HDD ni macam external harddisk agak besar dan dalamnya ada bentuk cd yang berputar-putar. Kalau jatuh memang habis rosak terus.. nak repair pun makan kos.  Harga lagi murah dari SSD

SSD ni pula bentuknya saiz nipis dan kelihatan fungsi sama macam pendrive. SSD tak menggunakan komponen macam Cd yang digunakan oleh HDD yang boleh menjadikan SSD sedikit lebih kukuh. Sangat ringan berbanding HDD dan 10x lebih laju dari HDD. Harga SSD mahal.  Harga SSD untuk 480Gb je dah boleh beli HDD 1TB 

Jadinya, bila korang tukar je pc korang pakai SSD automotik bila buka je windows terus pantas dalam masa beberapa saat je. bawah 10 saat. Tersangatla pantas. Begitu juga kalau nak tutup pc memang sama pantasnya. Nak buka fail pun sangat pantas. 


aku beli ssd kingstorn 480gb. 4 Ram pula brand Adata.


Macam Mana nak tukar ke SSD?

Agak kompleks, sebenarnya nak pasang tu mudah je cuma nak pindahkan file-file lama HDD ke dalam SDD tu rumit sedikit dan makan masa. Lagi banyak file lagi banyak makan masa untuk pindahkan.

Kalau kita terus tukar je SSD nanti tak ada windows dan semua file takde macam pc baru pula. Dah satu hal pula pula nak kena install windows baru. 

Caranya kena clone dari hdd to ssd.. 

Kalau tak pandai boleh suruh kedai komputer buatkan. 

Kemudian Upgrade RAM. Macam pc aku ada 4 ram jenis DDR3. jadi tambah lagi 4 RAM jadilah 8 RAM supaya lagi smooth. Google Chrome pun dah pakai banyak ram. 

Boleh check kat task manager, kalau memory macam 80% ke atas boleh la tambah lagi ram. 

Sesiapa yang pakai windows 10 aku sarankan pakai 8 ram untuk lebih lancar. 


Get notifications from this blog