√ Pakej Traveloka Salebration Dengan Harga Berbaloi Untuk Flight dan Hotel - Adarain

Pakej Traveloka Salebration Dengan Harga Berbaloi Untuk Flight dan Hotel

Perkara benda yang paling best adalah pergi berjalan-jalan atau melancong ke luar negara. Sebab benda ini secara tak langsung buat korang hilang stress buat seketika pastu rasa teruja dengan keunikan negara lain berbanding negara sendiri. 

Lagi best kalau dapat melancong dengan member memang bertambah meriah aktiviti perlancongan korang nanti.

Tempat perlancongan luar negara yang paling jimat dan berbaloi adalah seperti Turki, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Nepal, Peru, Romania, Afrika Selatan dan Poland.

Pakej Traveloka Salebration Dengan Harga Berbaloi Untuk Flight dan Hotel
Antara tempat tarikan antarabangsa

Paling Basic Melancong ke Luar Negara

Paling basic kalau nak pergi melancong mesti kena cari tiket, hotel dan merangka Itinerary Perjalanan. Kalau ke luar negara kena ada Passport atau visa bagi negara yang memerlukan visa. 

Sebelum nak melancong mestilah kena tengok ticket penerbangan dan cari waktu yang sesuai untuk bercuti nanti. Dah beli tiket penerbangan semua barulah cari hotel..nak cari hotel ni yang makan masa sebab nak cari yang betul-betul berkenan la.. kalau boleh yang bajet-bajet la kan.. 

Macam mana nak cari tiket penerbangan dengan hotel sekaligus? Mestilah dengan Traveloka.. semua dalam satu.. mudah senang tak payah nak pening-pening nak kena cari wesbite yang berlainan. semuanya ada dekat traveloka tinggal pilih waktu dan tempat hotel. 

Tersangatlah rugi kalau korang sendiri tak pernah guna Traveloka ni. Kalau malas nak buka komputer kat smartphone pun ada install je kat Android dan IOS.

Pakej Traveloka Salebration Dengan Harga Berbaloi Untuk Flight dan Hotel
Mudah travel dengan traveloka
Bila dah selesai mencari tiket dan hotel maka perlulah merangka Itinerary Perjalanan. Kalau jenis suka jalan-jalan cari makan, then start survey tempat makan yang paling best.. kalau suka muzium maka survey muzium yang menarik untuk dilawati nanti.. kena rangka supaya mudah perjalanan nanti. Just take note kat dalam hp pun dah ok tak perlu nak tulis bagai kat dalam buku.

Traveloka Salebration Dengan Pakej Menarik

Sekarang Traveloka Salebration akan kembali tidak lama lagi. 

Apa itu Traveloka salebration? Ianya merupakan satu promosi khas untuk pengguna Traveloka merangkumi semua aspek termasuk tiket penerbangan dan hotel. 

Jadi kalau nak cari tiket murah dengan harga promosi inilah waktu yang sesuai.



Promosi Traveloka ini ala-ala macam Matta Fair 2019 promotion package la.. cuma matta fair korang kena jalan-jalan pusing satu kawasan untuk tengok pakej yang berkenan nak pergi. Benda ni sangat memenatkan, lagi kecewa kalau tak jumpa pakej yang berkenan.. Dan lagi tak best bila promoter layan macam nak layan tak layan jadi sakit hati pula.. end up tak jadi ambil pakej percutian dari promoter. 

kalau macam promosi traveloka Salebration korang tak payah keluar langsung just duduk depan website or smartphone korang dan tengok promosi menarik terutamanya flight promosi yang disediakan. Jimat masa just croll je sampailah jumpa yang berkenan. Kalau berkenan 'book' terus jangan tengok je krang melepas rugi pula tak dapat bercuti..

kalau jenis kaki jalan memang akan tunggu depan pc or smartphone sebab nak dapatkan diskaun sebelum kehabisan promosi. Setahun sekali je dapat berjimat habis pergi melancong dengan Traveloka Salebration

kalau sebelum ini promosi tahun lepas 2018 yang ditawarkan adalah :
  • Dapat Kupon Diskaun tambahan untuk pembelian segera
  • Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan daripada syarikat penerbangan yang terlibat. TIADA CAJ!
  • Tempoh perjalanan pada Bila-bila masa
  • Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk pada terma dan syarat..
Itu baru tahun lepas punya promosi,. kalau tahun ni punya mesti lagi gempak. Jadi korang dah boleh start lihat promosi 2019 yang akan bermula pada 26 August - 27 September 2019




Get notifications from this blog