√ Belia Remaja Semakin Ramai di Hospital Akibat Penyakit kronik - Adarain

Belia Remaja Semakin Ramai di Hospital Akibat Penyakit kronik

Pada hari 14 November yang lepas adalah Hari Diabetes Sedunia & temanya pada tahun ini adalah Wanita & Diabetes : Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita.

Belia Remaja Semakin Ramai di Hospital Akibat Penyakit kronik
perbezaan gaya hidup


Penyakit Kronik antara tertinggi ialah Diabetes


Tahukah anda bahawa pada tahun 2015, 3.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes. *Jumlah yang ke-4 tertinggi di Asia!*

Kalau kita dapat mengelak daripada penyakit ini, pasti dapat mengelak daripada makan ubat Yang bukan-bukan.


Cara Mengawal Diabetes


  • Pemantauan Paras gula dalam darah secara berkala

  • kawal tekanan darah dan paras kolestrol

  • makan ubat mengikut nasihat doktor

  • Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam

  • Jaga Pemakanan

  • Pengurusan Berat badam

Cara Mengelak Diabetes


  • Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul

  • Mengelakkan penggunaan tembakau dan pendedahan kepada asap rokok kerana boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular

  • Melakukan aktivi fizikal tahap sederhana dan tinggi - minimum 5 hari semninggu dan 30 minit setiap sesi

  • Kawal pemakanan. kurangkan pengambilan gula serta makanan yang berminyak dan banyakkan makanan sayur dan buahan. 

====

Ada seorang lelaki muda berumur 30an mengikut pengalaman Hana Hadzrami telah melalui pembedahan membuang darah beku akibat pendarahan dalam otak (hemorrhagic stroke). Beliau yang dah bertahun ada darah tinggi kurang sekali kesedaran nak makan ubat.

Tekanan otak beliau sangat tinggi sehingga bengkak otaknya, walaupun ketulan darah telah berjaya dibuang. Beliau masih kritikal di ICU. Entah apalah nasib beliau.

Seramai 1 juta (9.5%) belia di Malaysia menghidapi kencing manis, 1.7 juta belia menghidapi darah tinggi.
34% belia kita mempunyai masalah kolesterol dan 14% daripada mereka adalah obes.

Ini kisah belia kita. Bukan kisah orang tua. Bagaimana nak jadi belia harapan bangsa jika ramai sekali muda-muda dah berpenyakit kronik dan berangkai?

Kesimpulan tentang penyakit kronik di kalangan belia


Kebanyakkan belia juga seringkali bertarung nyawa di hospital.

Kajian oleh kementerian juga menunjukkan bahawa sebab-sebab peningkatan ini antara lain, kekurangan tabiat gaya hidup sihat seperti makan dan senaman yang betul, serta merokok.

Secara keseluruhannya, lebih daripada 47% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan ini, 15% adalah obes.
"Ini adalah masalah perubatan utama kerana ini berkaitan dengan penyakit utama lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan serangan jantung."

Kedua-dua masalah utama adalah bahawa banyak yang tidak mengawal penggunaannya atau memakan makanan tidak sihat, dan mereka juga tidak mempunyai aktiviti fizikal yang mencukupi kerana tabiat gaya hidup moden, katanya.

Semoga kita dijauhkan dari penyakit kronik yang berbahaya ini.

Get notifications from this blog

2 comments

  1. Kena tukar lifestyle. Mungkin Cara hidup Kita yg makin sibuk membuatkan x sempat nk Jaga makan

    ReplyDelete
  2. Nak kena amalkan diet dgn cara yg betul. Ambil segenggam nasi saja. Baru boleh kurus....yg lain2 makan kena berpada-pada. Sayur-sayuran dan buahan-buahan adalah amat penting utk kesihatan tubuh kita.

    ReplyDelete