√ Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia dan Sangat Pedas - Adarain

Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia dan Sangat Pedas

Hai guys.. dah lama rasanya tak update pasal makanan kat sini. So, kali ini ada tempat makan baru kat Bangi iaitu Kotak. Ya Kotak.. Pelikkan macam dah takde nama lain kotak yang dorang pilih. Tak sure kanapa cafe ini pilih nama kotak sebagai nama komersial dorang sebagai kedai makanan.

Apa yang Bestnya Cafe Kotak Malaysia?


Kotak Malaysia ini menu utamanya lebih kepada makanan Indonesia dan juga makanan yang sangat pedas.. serius memang sangat pedas! Rasa memang dah tak nak makan makanan pedas kat sini lagi. Nak makan benda biasa je. 

Selain itu suasana kedai Kotak ni lain dari kedai makanan Indonesia kat luar. Uniknya kedai dorang ini adalah jenis tertutup, ada air cond dan kena pilih order dulu baru duduk. Ala style macam kfc, mcdonals la kiranya.. 

Macam aku ni first time masuk kotak ni memang terpinga-pinga la pilih makanan kat menu di kaunter tu.. Risau kat belakang tunggu lama je aku pilih makanan. 

Menu apa Yang Best?


Menu apa yang best kat sini adalah Geprek sejenis makanan pedas.. Ada nasi putih, ayam yang dicincang kemudian di tambah pula dengan sambal meletop pedas. 

Korang boleh pilih sama ada nak Level 1 sampailah Level 10

Korang bayangkanlah aku ambil level 1 sahaja dah pedas gila babeng.. berpeluih wei rambut aku semua.. macam dah level 8-10 macam tu rasanya. Padahal aku boleh je tahan pedas yang jenis pedas manja-manja.. tak taulah level 2 ke atas tu macam mana... 

Siapa yang tak tahan pedas jangan ambil menu Geprek or mee pedas.. 

Korang boleh try Bakso pair dengan nasi ke, Mee Cheesy rendang, sate, lava cake dan macam-macam lagi. 

Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia dan Sangat Pedas
Nasi Ayam Salted Egg. Ayam banyak siap ada telor ngan coleslaw lagi
Gambar bawah ni pula makanan signature kotak.
Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia dan Sangat Pedas
Ayam cheesy Geprek.. pedass wii
Air dorang pula tak ada yang special just aku order Nescafe Latee yang dalam tin tu. 

Harga Kotak?


Harga tak berapa murah tak berapa mahal. Dalam lingkungan belasan ringgit. Macam Ayan cheese Geprek tu RM15.++ macam tu. 

Kira berbaloilah dengan rasa yang dorang bagi. Dapat pula makan dalam suasana sejuk. 

Lokasi Kotak Malaysia


No.15, Ground Floor, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi (Near Family Mart). Sebaris dengan kedai makan Menate Bangi.

dorang ada cawangan lain kat Subang Jaya

No. 7, Jalan SS 15/8B, 47500 Subang Jaya

Dibuka setiap hari bermula 10 pagi sampai 12 pagi. 

Korang yang minat dengan makanan indonesia tu kena try dan recommended makan kat sini.. Bawa family pun ok guys.. Sangat sedap dan selasa. 


Get notifications from this blog