√ Movie Charlie's Angel 2019 Biasa je Tetap Enjoy Tonton - Adarain

Movie Charlie's Angel 2019 Biasa je Tetap Enjoy Tonton

Tak sangka la pula kan ada movie remake untuk Charlie'S Angel. Memang enjoy tengok movie dulu-dulu punya tapi tak tau sekarang macam mana dengan pelakon lain. 


Jalan Cerita Charlie's Angel 2019


Mengisahkan 3 orang wanita yang bergabung cuba menghalang musuh daripada menggunakan teknologi terbaru yang dicipta oleh salah seorang Charlie's Angel untuk perkara yang tak baik. Teknologi tersebut mampu membawa kematian pada manusia. 

Movie Charlie's Angel 2019 Biasa je Tetap Enjoy Tonton
Charlie's Angel bergabung


Best ke tak Charlie's Angel 2019


Jalan cerita sama je macam movie-movie lain. Menentang musuh yang menyalah gunakan teknologi untuk membunuh manusia. 

Tak adalah yang menarik sangat untuk jalan cerita ni cuma ada plot twist mula-mula tu tak boleh nak agak siapa sebenarnya yang jahat.. lastly baru tahu siapa yang jahat. 

Cuma aku suka dengan movie ni Kristen Stewart ni terkenal dengan muka takde perasaan.. Bukan twilight cerita lain pun sama muka spesen je ekspresi dia ni..

Tapi dalam movie ni muka dia ada perasann.. takde la mimik muka sama macam baru bangun tido kan.. 

Dan dalam movie ni nampak dorang punya chemistry bersama dalam movie ini.. Even kat luar masa interview tu nampak dorang mesra dah macam adik beradik aku tengok. 

Aku bagi rating 2.8/5 untuk movie ini.

Time ni aku tengok movie jenis 4DX GSC. Memang bergoyang habis la kalau ada babak aksi. Baru lah enjoy tengok kan.. Tapi movie macam ni kalau ambil seat biasa pun ok..

Overall, sekadar puas hati sahaja.. Janji enjoy tengok cerita ni.. btw lagu ost dorang sedapp!





Get notifications from this blog