Kafe Mykori Dengan Makanan Pencuci Mulut yang Sedap
Mykori ini adalah kafe yang menjual makanan pencuci Mulut style Jepun dan kini dorang dah ada lebih dari 60 cawangan kalau tak silap. Sangat berkembang dorang punya bisnes sebab banyak permintaan.
Dulu selalu nampak orang post gambar makanan Mykori dan nampak kedai Mykori dah ada kat Bangi. Masa tu teringin nak try makan kat situ cuma tak tau bila nak makan sebab kebanyakkan makanan yang dihidangkan jenis pencuci mulut punya style sahaja. Jadi takut tak kenyang..
Kafe Mykori Dengan Ais Kepal Halus Tinggi
Suka suasana Mykori yang simple dan ceria. Tema warna-warni.
suasana kafe Mykori Bangi |
Kebetulan masa datang tu lepas maghrib jadi takde orang datang lagi makan kat sini. Senang nak order lama-lama kat kaunter tu sambil tengok menu.
So, aku decide nak makan kalau tak silap namanya Thai Tea kakigori dengan harga RM21 macam tu kalau tak silap untuk saiz large. Kira boleh makan 2 orang. Kalau saiz kecil dalam RM13 macam tu.
Lebih kurang macam ABC cuma nama je berbeza. Dan jepun punya style ABC ni ada macam-macam flavour dan lebih halus aisnya atau orang panggil ais kepal. Tinggi style aisnya nampak terliur nak makan..
Thai Tea kakigori |
Chicken Slice & Cheese Taiyaki |
Overall kalau nak makan sekadar pencuci mulut tu boleh lah try makan kat sini. Rasa memang sangat sedap marvelous. Nak rasa ABC Hispter pun boleh makan kat sini.. Korang kalau time lapar pastu nak makan kat sini memang tak kenyang la jawabnya.. Harga pula ikut pandangan masing2x. Ada yang kata mahal ada yang kata murah.. Kalau nak try sekali apa salahnya..
Get notifications from this blog
Bagaimana perkembangan Mykori sebagai kafe yang mengkhususkan diri dalam makanan pencuci mulut ala Jepun, dan apa yang menyebabkan pertumbuhan pesat mereka dengan lebih dari 60 cawangan?
ReplyDeleteTelkom University