√ Perfume Tom Ford Yang Sangat Macho dan Elegan - Adarain

Perfume Tom Ford Yang Sangat Macho dan Elegan

Tom Ford merupakan salah satu brang yang sangat popular di Seluruh dunia. Harga pula memang boleh kata hanya orang-orang yang kaya je mampu beli ini kerana harga yang sangat mahal. Bayangkanlah untuk perfume sahaja dah beribu-ribu belum lagi baju lagi. Kira Tom Ford setanding dengan brand yang berjenama lain.

Kali ini nak bincangkan topik berkenaan dengan Perfume Tom Ford. Kebanyakkan bau perfume Tom Ford yang untuk lelaki memang baunya agak maskulin dam macho. Kira bau jantan habis la baunya. Manakala bau perfume untuk perempuan pun sama bila pakai bau tersebut terasa bau elegan dan mewahnya..

Bau tom ford ni kira untuk umur yang 30 ke atas kot yang boleh ngam dengan bau ni. Kalau remaja tu macam tak sesuai dengan bau ini..

Perfume Tom Ford yang Terbaik

Ini antara beberapa perfume yang sangat popular dan terbaik. Ini adalah perfume buat korang yang masih mencari-cari bau tom ford mana yang best baunya.

Black Orchid (Sekadar gambar hiasan)

1. Black Orchid (Women)
Bau ini jenis sweet black orchid. Bila bau ini terasa mewah baunya ala macam-macam bau datin macam tu setanding dengan bau Gucci Flora. Bau ini juga sedikit klassik dan 'dark'

2. Tom Ford By Tom Ford (Men)
Bau perfume ini adalah jenis citrus, woody dan fresh. Perfume ini tak ramai yang beli mungkin disebabkan bau yang yang agak berat dan sukar diterima oleh rakyat Malaysia. Kalau suka bau ginger boleh la try bau ini.. 

3. Tobacco Vanille (Unisex)
Bau perfume jenis sweet Tobacco Vanille. Sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita. Bau yang sangat wangi kalau pergi majlis kahwin pun ok gak pakai bau ini.. sangat nice baunya. 

4. Tobacco Oud (Unisex)
Bau ini jenis sweet warm spicy tobacco oud.. dah terang-terang bagi tau tobacco oud. haha. bau ini lebih sesuai untuk diguna oleh lelaki dan kurang sesuai untuk perempuan sebab agak berat serta too masculine baunya. Harga ori perfume ni antara yang paling mahal iaitu RM1250.00

5. Oud Wood (Unisex)
Bau ini jenis woody lebih sesuai untuk lelaki berbanding perempuan. Kalau perempuan nak pakai pun boleh try but not recommended.. Bau woody kan mana perempuan suka. 

6. Velvet Orchid 
Bau ini lebih kurang macam black orchid cuma bau ini lite-lite (ringan-ringan) sahaja tak terlalu sweet sangat macam black orchid. Harga ori lebih kurang RM550

7. Neroli Portofino (Unisex)
Bau ini jenis aroma citrus dan white flora. Bau ini walaupun unisex tapi bau ni more kepada perempuan. Rasa fresh bila pakai sebab ada citrus. Harga ori lebih kurang RM800

8. Santal Blush (Women)
Bau ini jenis warm spicy dan woody.. kalau lelaki nak pakai bau ini pun boleh juga sebab bau woody more too kepada lelaki punya bau.. Jarang kalau perfume perempuan ada woody.. Hanya Tom Ford sahaja yang berani buat bau ini untuk perempuan. 

9. Cafe Rose (Unisex)
Bau ini jenis warm coffee Rose. Bau ini ala-ala macam kira masuk kafe hipster. Harga ori dalam RM1000.00 lebih macam tu

Harga Tom Ford Mampu Tengok


Harga ni memang tersangatlah mahal kalau yang murah pun consider mahal juga tu. Ori ini biasa orang buat hantaran kahwin je la kan. Tapi kalau tak mampu korang trylah beli perfume jenis Inspired punya.. Walaupun Inspired je tapi bau lebih kurang sama buat apalah nak beli mahal-mahal. Kalau ada kemampuan bolehlah beli yang ori. 

Perfume Tom Ford Yang Sangat Macho dan Elegan
bau yang sangat popular.

Boleh try beli kat Shopee kalau nak cuba bau dari Tom Ford dengan harga RM15 sahaja.  Boleh klik link di bawah:


Rugi kalau korang tak ada shopee sebab kos shipping yang sangat murah iaitu RM0.91 berbanding di luar sana kalau menggunakan voucher yang telah disediakan oleh shopee. 

Kalau baru nak daftar Shopee tu korang boleh try code referral ini MYADM222. Nanti akan dapat RM8 untuk first order dan dapat shopee coin. 



Get notifications from this blog

2 comments

  1. Mana lagi best bau dgn Creed Aventus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang paling top.. antaranya bau creed eventus..

      Delete