√ Pengalaman Guna Kad Debit BigPay Sangat Mudah - Adarain

Pengalaman Guna Kad Debit BigPay Sangat Mudah

Kad Debit BigPay? Mungkin ada yang dah tahu tapi tak fikir perlu nak guna lagi kad ini.. kalau ada sesiapa yang yang terfikir macam tu better korang daftar skrang untuk dapatkan kad ini..


Pengalaman Guna Kad Debit BigPay Sangat Mudah
Kad Big Pay telah sampai

Apa itu Bigpay?


Kalau korang nak tau, BP ini merupakan salah satu platform yang telah dibangunkan oleh Tony Fernandes selaku owner airsia sebagai salah satu strategi ke aras cashless. Dunia zaman moden sekarang mungkin lebih kepada sistem online. 

BP ini fungsinya lebih kurang sama macam TnG Ewallet, Boost, Grab dan lain-lain cuma yang membezakan adalah BP ada Kad fizikal yang disediakan dengan kelebihan Mastercard. So, korang boleh lah paywave dengan kad BP kalau korang rasa ragu-ragu nak guna Paywave kad debit (bank) korang. Untuk pertama kali guna BP ini guna dulu no.pin kemudian pembelian kedua nanti boleh buat paywave. 

kad Bigpay ini fungsi lebih kurang sama macam Kad debit bank yang lain. Cuma beza kad BP ini tidak ada bank fizikal dan ada fungsi Mastercard (lebih kurang sama ngan visa) yang mana korang boleh shopping mana-mana tempat sama ada secara online ataupun di kedai fizikal dan yang menariknya boleh juga shopping kat luar negara. 

Rate ringgit pun boleh dikatakan rendah berbanding dengan bank-bank yang lain. 

Korang jangan risau BP ini memang dah disahkan oleh Bank Negara Malaysia dan selamat digunakan.

BP ini ada app jadi korang boleh monitor pembelanjaan korang dengan lebih details. Siap ada carta setiap bulan. 

Pengalaman Guna Kad Debit BigPay Sangat Mudah
App Bigpay


Kemudian ada point. RM10 dibelanjakan akan dapat 1 point. Kalau point dah cukup korang boleh tebus tiket penerbangan secara percuma sahaja.

Kelebihan Utama Guna Kad Debit BigPay


  1. Pertukaran mata wang yang terendah berbanding bank
  2. Boleh transfer duit ke luar negara seperti Singapore, Thailand, Indonesia dll
  3. Dapat diskaun fees sekiranya beli tiket melalui airasia.com dan dapat rebate pre-book meals
  4. Dapat Point. Lagi banyak belanja mengunakan bp lagi banyak korang dapat point dan boleh reedem tiket secara percuma. 

Macam mana nak dapatkan Kad BigPay?


  1. Download apps BigPay 
  2. Sign Up
  3. Pilih negara Malaysia
  4. Masukkan nombor telefon dan lakukan pengesahan.
  5. Masukkan butiran peribadi dan masukkan kod '#' di bahagian Referral/Promotion Code *Penting untuk dapat RM10*
  6. Hantar gambar kad pengenalan dan gambar/video diri. Ikut je arahan yang diberikan. 
  7. Masukkan RM20 kedalam akaun anda. Nanti duit ini akan dalan akaun BP korang. 
  8. Tunggu beberapa hari untuk kad anda sampai di rumah.
  9. Jangan Tekan Receive Card lagi kalau belum terima kad. Sebab nanti akan ada pengesahan lagi untuk kad korang kat app nanti. Simple je. 

Pengalaman Guna Kad Debit BigPay

Pengalaman aku guna sendiri memang sangat mudah lagi-lagi kalau pembelian secara online yang memerlukan no kad ini mcm mcd dan umobile.. Cuma beberapa hari ini pembayaran ada failed ketika melakukan transaksi sebab BP dalam tempoh maintanance, Jadi kenalah sabar menunggu. 

Kemudian, app BP ini sangat best sebab bukan sahaja setiap transaksi dapat notifikasti tapi dapat tengok details pembelanjaan yang korang beli siap ada logo yang kita beli lagi.. Macam shopee ada logo shopee yang muncul kat app. Jadi sangat memudahkan. Kemudian kat app tu korang boleh separatekan antara peribadi dan business. 

Korang kena try sendiri buat guna BP ini baru korang tau betapa simplenya guna kad ini sbb nak cerita kat sini tak jadi apa pun.. korang kena try sendiri baru tau.. Jadi sekarang korang tak payah risau dan tak payah lg guna kad debit bank lagi. Guna je BP. 

Cuma nasihatkan aku jangan link-an Kad BP dengan kad bank kita ya. Walaupun BP kata selamat je tp kita buat sebagai langkah berjaga-jaga mungkin kena kat hari kita naya nak settlekan. 

Alert ! Ini yang aku perasan, once aku dah berjaya daftar dan dapat kad dan belanja guna BP ini, beberapa minggu kemudian dapat SMS/whatsapp yang mengatakan aku menang duit dari BP. Mohon korang jangan terpedaya sangat sebab macam benda kecil tapi masih lagi yang terpedaya sebab tengok kat group BP Malaysia ada yang terpedaya.. 

Nasihat aku jangan layan kalau korang menang ke apa dan make sure block terus. Kalau call pun kata dari BP pun jangan layan terus block je no phone. Sebab BP takde buat pertandingan apa2x pun dan memang takkan buat ya. 

Benda ini sama macam kes aku lepas daftar boost tapi aku dah tak aktif dengan boost. Just fokus pada 2 benda je untuk cashless iaitu TnG Ewallet dan BP sahaja. Itu sudah memadai. 

Get notifications from this blog